Assalamualaikum dan
olaaaa everyone.
Sabah?
Ketinggalan orang kat sana.
Ada apa je kat sana?
Internet ada?
Rumah pun banyak kat pedalaman.
Kemudahan pun susah nak cari.
Setakat Gunung Kinabalu yang jadi kebangaan negeri Sabah tu, tak bawa ke mana lah Sabah tu.
Maju pun tidak.
Miskin.
Ketinggalan zaman.
Opssss.... Jangan marah.
Baca sampai habis.
Ramai
feedback sebegini yang diterima oleh rakyat Sabah.
Masa mula-mula aku nak pindah Sabah, kawan-kawan aku cakap, ramai orang Kristian kat Sabah tu.
Aku ambil endah tak endah je.
Look, sebenarnya bagi pendapat aku, orang yang berpemikiran bahawa Sabah ni ketinggalan zaman, tak maju
and so on, actually mereka-mereka inilah yang ketinggalan zaman dan tak maju.
Kebanyakan orang yang cakap macam tu adalah orang yang tak pernah pun menjejakkan kaki kat Sabah.
Setakat tengok televisyen yang hanya memaparkan kawasan pedalaman Sabah, baik tak payah cakap besar.
Aku lahir Johor.
Ayah aku orang Johor, ibu aku orang Sabah.
Aku mula tinggal Sabah masa aku darjah 5.
Memang tak dinafikan Sabah ramai orang Kristian, tapi itu bukan jadi penghalang bagi aku dan keluarga untuk terus hidup secara Islamnya.
Hampir 11 tahun aku dah tinggal Sabah.
Dan secara jujurnya, aku lebih sayang Sabah.
Aku lebih suka Sabah.
Bukan sebab ada Gunung Kinabalu, tetapi sebab masyarakat Sabah itu sendiri.
Walau berlainan agama, adat dan sebagainya, itu bukan menjadi penghalang bagi kami untuk bersatu.
Tiada hidup berpuak-puak.
Untuk pengetahuan, majoriti penduduk Sabah akan ada Astro sebab ada sesetengah hanya dapat tengok tv3 dan al-Hijrah je.
Astro tu pun nak bayar tiap bulan.
Barang-barang kat Sabah lebih mahal dari barang-barang kat Semenanjung, tapi kami tak pernah mengeluh kalau barang naik harga.
Sebab kami tahu, bising macam mana pun, memang kena beli sebab keperluan.
Miskin dari segi apa ya?
Walau kami miskin wang, tapi kami masih kaya budi bahasa.
Kami tak pernah memburukkan orang Semenanjung.
"Eh, kau dah lupa asal usul ke, banggakan Sabah je?"
Bukan aku lupa asal usul, tapi itulah hakikatnya.
Aku bahagia tinggal di Sabah. Alhamdulillah.
Walaupun terpaksa korbankan perasaan apabila berjauhan dengan keluarga, cuti semester baru boleh pulang, tapi aku tak kisah pun.
Sebab tu, orang-orang Borneo ni, hati dia lagi sado.
So, berhentilah memburuk-burukkan negeri Sabah.
Kalau sehari dua je pernah menjejaki Sabah, lepas tu nak cakap kencang tentang keburukan Sabah, lebih baik senyap.
Rasa tinggal di Sabah.
Rasa bayu Sabah.
Rasa kemesraan orang Sabah.
Rasa ukhwah orang Sabah.
Bahasa orang Sabah kasarlah, guna 'kau aku'.
Kau dengan Allah guna 'awak saya' ke?
Pfffftttttt~
Itulah cara kami ubtuk rapatkan ukhwah.
So, just stop it.
Please.
Dah lama aku pendam dan kali ni aku rasa aku perlu bersuara.
Walau aku bukan bumiputera Sabah.
Walau aku hanya punya separuh darah Sabah.
Aku rindu Sabah.
Rindu Kinabalu.
Hormati adat.
Hormati bahasa.
Hormati antara satu sama lain.
Kita rakyat Malaysia.
Kau mahu aman, maka tunjukkan.
Bukan sembang kosong.
Harap maklum.
Wassalam~