Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza
update blog ini.
Maaf semua sebab dah lama biarkan blog ni senyap.
Biasalah orang jarang balik rumah bersama keluarga, ginilah gayanya. ;)
Nama yang Punya Senyuman di Belakangnya - Senyumannya Telah Kupadam ;) Diam seribu kata.
Tiada khabar daripadanya.
Tiada pesanan yang disampaikan.
Bisu.
Hati dikebalkan bak dinding.
Segala kenangan beku dibaliknya.
Segala kepahitan tepalit padanya.
Segala pemikiran dibiarkan hanya sebagai angan-angan yang mengisi waktu yang kosong, tidak berpunya.
Angan-angan yang tidak bisa bertukar menjadi kenyataan.
Perlahan-lahan kurenung namanya yang hanya tersimpann di telefon genggam.
Kenapa ada senyuman di belakangnya?
Berkali-kali persoalan itu menerjah benak fikiranku.
Kenapa masih punya senyuman pada namanya?
Sedangkan aku sudah tidak tahu dia hilang entah ke mana.
Lantas, aku cuba untuk memadamkan senyuman itu.
Perasaan aku?
Biasa sahaja.
Tersangat biasa.
Kalau aku ahu begiu, sudah lama aku padam senyuman itu.
Ketawa.
Ya, aku berjaya padam senyuman itu.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. ;)
Kem Sayangi DakuSiapa Sayang Saya?
Saya Sayang Siapa?
Ini adalah temanya.
Kenapa temanya sebegitu?
Kerana diri para peserta dalam dilema.
Kem ini diadakan pada 13 Mei hingga 15 Mei 2011 yang lalu.
Kem ni dijalankan di Surau Siti Khadijah, SMK Perempuan Likas.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada Ustazah Noraini kerana menjemput Syaza dan menjadikan Syaza sebagai salah seorang fasilitator dalam kem ini.
Bersyukur dan gembira sangat sebab dapat jumpa cikgu-cikgu, kawan-kawan, para junior dan barisan rakan PSS.
Aku seorang yang sangat sempoi dan aku sangat selesa dengan diriku kini.
Mudah untuk ketawa dan berkongsi suka dan duka dengan hidup mereka.
Aku hanya mendengar dan berkongsi apa yang terdaya.
Aku hanya insan biasa yang perlu menjalani kehidupan yang sudah terbentang untukku; kegembiraan, kepayahan yang menjadi lumrah setiap individu.
Aku tidak lari dari semua itu.
Cumanya, cara kita berbeza untuk mengatasi semua ituu.
Aku tidak seperti orang lain, begitu juga orang orang lain tidak seperti orang lain yang lain.
Berkongsi ilmu kepada para peserta dengan cara aku yang tersendiri dapat menarik perhatian mereka yang benar-benar ingin berubah. Alhamdulillah.
Peserta yang mula-mulanya pasif dapat aku tukar menjadi aktif. Alhamdulillah.
Hubungan seperti sudah lama kenal dapat aku suntik.
Alhamdulillah.
Semuanya atas pertolongan Allah.
Aku sudah cuba semampuku dan aku serahkan semuanya kepadaMu.Terima kasih kepada adik-adik sebab percaya pada akak dan sentiasa mendengar apa yang disampaikan.
Akak harap adik-adik dapat mencapai matlamat hidup adik-adik. InsyaAllah.
***Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Terima kasih, ya Allah atas segala nikmat kurnia dan rezeki yang telah Kau kurniakan kepadaku.
Wassalam~