Sunday, June 28, 2015

Ramadhan Kali Ini, Sangat Berbeza.

Assalamualaikum and olaaa everyone.



Alhamdulillah, aku punya keluarga yang sangat simple.
Pabila orang lain enak berbuka makan nasi, mee dan lauk-pauk,
Keluarga aku punya menu yang berbeda dengan yang lainnya,
Berbeda dengan Ramadhan sebelumnya juga.
Menu berbuka hari ini hanya roti canai buat adik-beradik dan gado-gado buat si ayah.
Semalam pula hanya bubur kacang hijau, roti, pulut dan kuih ketayap.
Hari Jumaat lepas, menu berbuka kami hanya ada roti jala dan kari ayam.
Makin lama, semakin hilang selera makannya.
Entah kenapa.
Namun begitu, Alhamdulillah, kami kenyang dan bahagia walau hanya itu waktu berbuka.
Cukup bagi kami untuk berbuka.
Walau hanya sedikit menu yang dibuat, masih punya baki untuk hari seterusnya.
Tahun ini, aku dapat rasa kelainannya.
Semua mahu kelainan dalam menu berbuka.
Ayah yang semakin lama semakin sedikit makanan yang dicedoknya.
Ibu yang selera makannya kadang-kala tidak tentu hala.
Kakak yang tidak mahu makan mee atau nasi bila berbuka.
Adik yang kadang-kadang mahu menu berbuka impiannya.
Tapi, kami terima apa sahaja yang tersedia di atas meja.
Sedikit atau banyak, yang penting kami berbuka bersama.
Bersyukur masih punya rezeki yang diterima.
Alhamdulillah buat yang Maha Esa.
Tiada keluhan. Tiada rungutan.
Yang ada cuma gelak tawa ketika berbuka. ;)
Alhamdulillah.

Wassalam~

Saturday, June 27, 2015

Ramadhan 10: Hubungan Manusia dan Allah.

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Misi perubahan dan terakhir kita ialah jaga hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah.

Surah Ali-Imran, ayat 102 -104.
Baiklah, kita sebagai manusia perlulah menjaga hubungan kita dengan Allah khasnya serta menjaga hubungan kita dengan sesama kita.
Macam mana nak jaga hubungan kita dengan Allah?
Pendek kata, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
Nampak macam mudahkan?
Memang mudah, sekiranya kita hidup dalam cara Islam. Allahu~ ;)

Macam mana pula nak jaga hubungan kita dengan manusia?
Pendek kata, jaga hati orang sekeliling, hati-hati dengan percakapan, fikir sebelum bercakap, eratkan silaturrahim.
Caranya?
Ikhlaskan hati dalam lakukan sesuatu dan biarlah sesuatu perkenalan dan perpisahan kita itu kerana Allah.
Sayang kita kepada seseorang itu kerana Allah.
Cara yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah terlebih dahulu, insyaAllah semuanya beres. ;)



Syaza terbaca satu pengisian yang sangat berguna tentang topik Syaza hari ni, dan Syaza nak kongsikan kepada kalian.
Syaza dapat dari, keranakasihnabi.blogspot.com.

‘Hablun’ bermaksud tali – ada beberapa pendapat tentang maksudnya. Antaranya ialah maknanya merujuk kepada:

  • Jemaah Allah
  • Islam
  • Perjanjian kita dengan Allah
  • Al-Quran
Seterusnya, Allah larang manusia berpecah-belah. Secara ringkasnya, ayat-ayat di atas menerangkan tentang hubungan kita dengan:



  • Allah – melalui tauhid dan ibadat
  • Manusia lain – jangan berpecah-belah

Senarai soalan dan jawapan

S: Apakah maksud hubungan manusia dengan Allah?


J: Allah ialah pencipta kita dan kita adalah hambanya. Oleh itu, kita mesti mentaati segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

S: Apakah maksud hubungan manusia dengan manusia?

J: Ada orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dengan baik, tetapi mengabaikan hubungan dengan manusia lain. Ini sebenarnya tidak cukup. Dalam surah Al-Hujurat, disebutkan bahawa manusia itu hidup bersaudara. Kita juga diberikan tanggungjawab dakwah dan ini memerlukan interaksi dengan manusia lain. Alla menyuruh kita tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan tidak dalam perkaran yang tidak baik.

S: Bagaimana untuk berhubung dengan Allah SWT?

J: Allah juga ada talian-Nya iaitu 24434 J. Itulah solat. Ini menunjukkan bahawa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, kita perlu selalu bermunajat kepada Allah. Hari ini, orang ada masalah tetapi tidak mahu merujuk kepada Allah. Nabi Muhammad SAW, walaupun maksum tidak pernah lupa untuk mengadu dan merintih pada Allah. Kita perlu ingat bahawa dalam apa jua keadaannya, kita ada Allah. Oleh itu, jaga solat, jaga aurat. Jangan cari perantaraan seperti bomoh, tangkal dan sebagainya untuk berhubung dengan Allah.

S: Apakah kelebihan berhubung dengan Allah?

J: Ada banyak – antaranya Allah redha dengan kita, Allah beri rahmat, ketenangan dalam dada. Orang kaya mana sekalipun takkan dapat membeli ketenangan.

S: Apakah kesan tidak berhubung dengan Allah?

J: Ada satu kisah seorang anak yang ayahnya telah berusia 80 tahun lebih tetapi enggan solat kerana beranggapan tanpa solat pun dirinya sihat dan hartanya banyak. Orang yang terus-menerus berbuat dosa, hatinya akan dipenuhi titik hitam dan menjadi semakin keras. Inilah yang Allah nyatakan bahawa hati mereka akan dipalam, dipateri daripada hidayah Allah. Orang seperti ini akan mendapat murka Allah. Walaupun dia mendapat harta dunia, tetapi di akhirat dia akan mendapat balasan atas kemungkarannya.

S: Apakah kepentingan hubungan manusia dengan manusia lain?

J: Ini adalah perintah Allah. Setiap kita mempunyai hak kepada manusia lain – contohnya hak keluarga, hak jiran, hak masyarakat dan seumpamanya. Hubungan dengan manusia juga merupakan satu jalan untuk kita mendapat syurga Allah. Orang yang beribadat sahaja tetapi buruk akhlak dengan manusia dengan suka hasad denga manusia lain, memutuskan silaturrahim dan seumpamanya, maka semua pahala ibadatnya akan hilang begitu saja.

S: Mohon ustaz terangkan tentang golongan yang muflis?

J: Suatu hari Nabi SAW bertanya, “Kamu tahu tak siapakah orang yang muflis?”. Jawab sahabat “Orang yang tiada dinar atau dirham”. Baginda SAW kemudian menerangkan bahawa orang yang muflis di akhirat ialah orang yang datang kepada Allah dengan pahala solat, puasa, zakat tetapi dia banyak masalah dalam hubungan dengan manusia. Pahalanya akan diberi kepada orang yang disakitinya dan sekiranya telah habis pahalanya, maka dosa orang yang disakitinya pula yang akan ditanggungnya.

S: Apakah cara terbaik menghadapi orang yang jahat lidahnya?

J: Nabi SAW ada menyebut bahawa antara sebab orang masuk neraka ialah lidah. Oleh itu, Nabi SAW suruh kita kawal lidah dan Allah menyuruh agar kita banyakkan bersabar.

S: Adakah tarikat merupakan satu cara menghubungkan diri dengan Allah?

J: “Tarikatun” maksudnya jalan iaitu mencari jalan kepada Allah. Amalan tarikat merangkumi zikir-zikir tertentu yang diamalkan secara konsisten. Selagi mana apa yang dilakukan itu berasaskan ilmu, maka boleh dilakukan.

S: Adakah warak bermaksud – duduk sendirian dan tak bergaul dengan orang lain?

J: Bukan. Warak maksudnya ialah mematuhi perintah Allah SWT dan meliputi hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Contoh orang yang warak ialah Imam Nawawi. Pada suatu ketika di kampungnya ada orang menjual buah daripada tanah waqaf. Oleh kerana itu, beliau meninggalkan untuk makan buah kerana tidak dapat dipastikan sumber mana yang bukan daripada tanah waqaf.

***


Alhamdulillah, semakin jelas bukan?
Saudara ni dapat dari Tanyalah Ustaz.
Jadi, semoga kita dapat menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga makluk-makhluknya. InsyaAllah.

***

Baiklah, seperti pada awal penulisan tadi, Syaza ada katakan bahawa ini adalah misi terakhir kita.
Kenapa terakhir?
Bagi Syaza cukuplah kita buat 10 misi ini dan cuba untuk istiqamahkan ia hingga ke akhirnya.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Kalau buat banyak sekali gus, takut tak dapat istiqamah.
Lama-lama satu habuk pun tak ada.
Jadi, kita cuba sikit-sikit dulu ek.
Kita cek semula dari misi perubahan kita yang pertama, iaitu awalkan waktu solat.
Ha, macam mana?
Sekiranya masih belum berjaya, ayuh kita cuba perbaiki.
Kita buat satu-satu.
Moga Allah permudahkan ya. ;)
InsyaAllah.
Moga Allah redha.

Wassalam~

Salam Ramadhan. ;)

Friday, June 26, 2015

Ramadhan 9: Berzikirlah.

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Misi perubahan seterusnya ialah berzikir.
Ayuh, basahkan lidah kita dengan berzikir kepada Allah daripada kita bercakap perkara yang sia-sia. ;)


Sekarang ni banyak dah alunan-alunan zikir yang best seperti Hafiz Hamidun, UNIC.
Semalam Syaza tengok WHI dan ternampak Rodi Kristal baru melancakan album pertamanya mengenai Alunan Selawat dengan menggunakan gitar. Memang moden dan sedap didengar.
Jadi, kepada yang bawa kereta tengah menempuh jem nak balik kerja, sambil-sambil tu boleh la pasang CD zikir.
Ha, kan senang dapat pahala.
Lagipun, zikir ni kan dapat menghilangkan stress.

Contoh zikir yang boleh diamalkan.
Ha, tunggu apa lagi.
Mari rebut pahala sama-sama.

Wassalam~

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan 8: Jaga Mata, Mulut dan Telinga.

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Untuk misi perubahan yang seterusnya ialah jaga mata, mulut dan telinga.
Syaza kurang sihat hari ni, maaf sangat-sangat.
Cukuplah untuk gambar berbicara kali ini.
Maaf ya.
Doakan Syaza cepat sembuh. ;)



Itu sahaja.
Selamat berpuasa.

Wassalam~

Wednesday, June 24, 2015

Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum... salam sayang....


Allhadulillah, dengan rezeki Allah Ya Razzaq, saya ada beberapa buku yang hendak diberikan pada anda... Buku nukilan Prof Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd dripada UMP....



Saya selalu gunakan buku beliau untuk panduan hidup saya mengenal makrifatullah yang mana selama ini saya hanya tahu nama Allah Asaul Husna tapi saya langsung tak kenal apakah 99 energi Allah.



Bila pergi kursus dan seminar, usrah, Allhamdulillah saya semakin yakin dengan hati, perasaan dan tingkahlaku saya semua kerana Dia Ya Baari' susunkan segalanya.



Dan di sini saya mahu kongsikan beberapa buku ini untuk semua....





Syarat:



  1. Buat entry tajuk "Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang".
  2. Letakkan banner dan linkkan.
  3. Letakkan komen anda.
  4. Blogwalking sesama peserta.




Tarikh mula : 12 Jun 2015 hingga 26 Jun 2015 jam 11:59 pm


Hadiah:

1 buku Isteri Cemerlang x 1 pemenang

1 buku Suami Cemerlang x 1 pemenang

1 buku Keluarga Bahagia x 1 pemenang

1 buku Cemerlang di bulan Ramadhan 1 x pemenang

dan kad raya kepada mereka bertuah.


Pemilihan akan dikatogarikan antara suami, isteri dan belum berkahwin, dan akan menggunakan random system.


Copy paste code di bawah ke dalam entry anda:



Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum and olaaaa everyone.

Kali ni, Syaza jalan-jalan ke blog orang lepas tu ternampak satu giveaway yang menarik perhatian Syaza dari blog Lyssa.
Dengan gigih dan penuh pengharapan supaya Syaza dapat menang giveaway ni. Hoho.
Jom sertai giveaway yang diadakan oleh nile.com.my.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Dan 5 barangan yang Syaza pilih ialah:


Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 60 units


Product: Mix Color Hoodies
Price Meletop: RM21.90
Date: 07/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 150 pieces


Product: Haniya Mixed Color Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 200 pieces


Product: Haniya Embroidery DressPrice Meletop: RM29.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 2.00pm 
Quantity: 80 pieces


Product: Round Neck T
Price Meletop: RM8.50
Date: 29/06/2015
Time: start 2.00pm 
Quantity: 200 pieces

Pening nak pilih, banyak sangat yang cantik-cantik.

Wassalam~

Ramadhan 7: Sabarlah Sayang.

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baiklah, ayuh kita teruskan misi kita...



Misi perubahan untuk Ramadhan yang ketujuh ialah bersabar.
Dalam bulan Ramadhan banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuhi.
Maka banyakkan bersabar.
Bulan Ramadhan ni, kita akan tempuhi hari-hari yang panas dengan haus dan dahaganya kita.
Maka, bersabarlah.
Sabar itukan sebahagian daripada iman.
Sabar itu indah walaupun ianya payah.



Ayuh, bersabarlah dengan setiap dugaan yang diberikan.
Ingat Allah.
Istighfar.

Wassalam~

Ramadhan 6: Cantiknya Dia...

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maaf lewat untuk update Ramadhan 6, badan kurang sihat.
Ayuh, kita teruskan misi perubahan kita yang seterusnya.
Misi yang seterusnya ialah menutup aurat.



Ramai orang kata kalau bab menutup aurat ni, kena tunggu hidayah dulu. Hidayah tak sampai lagi katanya.
Macam mana nak sampai kalau tak dicari.
Nak melakukan sesuatu perubahan ni memang perlukan kesabaran, ketabahan dan kegigihan.
Nak berubah pun depend pada seseorang itu, ada yang drastik, ada yang berperingkat-peringkat.
Bagi mereka masa untuk berubah.

Seperti yang kita tahu, aurat wanita yang boleh ditunjukkan kepada lelaki bukan mahram ialah muka dan pergelangan tangan sahaja.
Bagi yang lelaki pula, bahagian yang perlu ditutp ialah dari bahgian pusat sehingga lutut.
Yang perlu menjaga aurat bukan sahaja wanita, malahan lelaki juga perlu menjaga aurat mereka.



Dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 30-31 tentang aurat:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Ayat 30)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Ayat 31)
Baiklah, sekarang kita dapat lihat pelbagai fesyen tudung, baju yang ada pada zaman ini.
Tidak salah untuk berfesyen tetapi yang penting kita kena ikut syari'at Islam.
Fesyennya biarlah, tudungnya labuh menutupi bahagian dada, bajunya perlulah labuh dan tidak ketat, seluarnya perlulah tidak ketat.

Dannnn...
Satu perkara yang selalu orang lupa ialah memakai stokin.
Kakinya tu perlu dijaga supaya tak masuk kuman.
Kan cantik pakai stokin seperti kakinya dijaga.
Kesian kakinya terdedah dengan kotoran.
Jadi, jagalah ia. Tutuplah ia. ;)


Nah, cek semula anda di tahap yang mana?

Kepada yang belum bertudung, belajarlah untuk bertudung.
Kepada yang dah bertudung, cek semula,betul tak tudung kita tu.

Kepada kaum Adam...
Cek semula seluar tu cukup panjang ke tak.

Zaman sekarang ni, bukan kaun Adam je yang kena jaga pandangan, kaum Hawa pun kena juga jaga pandangan. ;)



Wassalam~

Monday, June 22, 2015

Ramadhan 5: Dah Bersedekah?

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pejam celik pejam celik dah 5 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah.

Baiklah, ayuh kita teruskan dengan misi kita yang seterusnya.
Misi perubahan yang seterusnya ialah bersedekah.



Pabila cakap sedekah mesti terlintas wang ringgit.
Baiklah, cuba tengok dompet masing-masing, ada berapa ringgit?
Cukuplah RM1 kita sedekahkan kepada faqir miskin setiap hari.
Jadi, kalau setiap hari RM1, sebulan Ramadhan dah RM30.
Banyakkan?
Nah, tanpa sedar.
Sekiranya, kita tidak berkemampuan, maka cukuplah kita sedekahkan doa dan al-Fatihah buat mereka.

Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195:
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Allah Akan Sentiasa Membalas Kebaikan Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 215:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”

Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 245:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”
Bulan Ramadhan ni juga jangan pula untuk lupa sedekahkan senyuman kepada orang lain.
Sedekah yang tidak memerlukan wang ringgit pun takkan tak nak buat.
Dapat pahala percuma. InsyaAllah. ;)

Banyak fadhilat sedekah yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.
Janganlah lepaskan peluang keemasan ini, terutamanya pada bulan yang mulia ini Ramadhan.

Wassalam~

Sunday, June 21, 2015

Ramadhan 4: Tarawih Jom!

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Misi perubahan seterusnya ialah laksanakan solat Tarawih.
Solat Tarawih ni cuma ada pada bulan Ramadhan je.
Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk lakukannya.
Takut nanti tak jumpa Ramadhan lagi.
Masa nilah kita nak perbanyakkan amalan dan ibadah kita.

Bila cakap solat Tarawih, mesti orang akan ingat solat Tarawaih ni wajib dilakukan di masjid dan perlu dilakukan secara berjemaah.
Jadi kalau tak ada orang berjemaah, tak boleh nak solat. Tak boleh solat secara berseorangan.

Baiklah, pemikiran ini kena tukar ye.
Syaza pernah menulis tentang solat Tarawih juga sebelum ni.
Jom lihat di sini: Persoalan Solat Sunat Tarawih.

Itu sahaja penulisan ringkas pada hari ini.

Jom Solat Tarawih!

Wassalam~

Saturday, June 20, 2015

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10





∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷







♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡
Anda mungkin juga meminati:

Ramadhan 3: Bacalah Al-Quran.

Bismillah...

Assalamaulaikum dan salam sejahtera semua.



Kita teruskan dengan misi yang seterusnya. InsyaAllah.
Misi perubahan yang seterusnya ialah perbanyakkan bacaan al-Quran.

Kalau sebelum ni, kita jarang baca al-Quran, maka mulalah dari sekarang untuk baca al-Quran.
Satu hari satu muka surat pun tak mengapa.

Kalau sebelum ni tak pernah sentuh al-Quran, maka mulalah dari sekarang untuk cuba ambil al-Quran, pegang dan niatkan dalam hati, supaya kita baca al-Quran bermula pada hari ini.
Kalau satu muka surat tak boleh, satu ayat pun tak mengapa.

Kalau sebelum ni, kita baca satu muka surat satu hari, maka mulalah untuk baca 2 muka surat satu hari.

Kalau sebelum ni kita baca 1 muka surat untuk satu waktu solat, maka cubalah untuk baca 2 muka surat satu waktu.

Kalau sebelum ni, satu hari boleh habis satu juzuk, maka cubalah untuk baca 2 juzuk satu hari.

Sempena bulan Ramadhan, banyak projek atau prgram-program tadarus al-Quran yang ditubhkan.
Maka, sertailah ia, supaya kita mempunyai matlamat untuk habiskan satu al-Quran bersama-sama dalam bulan Ramadhan.

Sekitanya tak mampu untuk habiskan dalam bulan Ramadhan, tak mengapa.
Buatlah apa yang termampu.

Oh, ya...
Mulakanlah hari anda dengan membaca al-Quran.
Sekarang ni, perkara pertama yang orang akan baca adalah, whatsapp, wechat, facebook, twitter dan sebagainya.
Jadi, apa salahnya kita cuba ubah 'kebiasaan' itu supaya menjadi yang lebih baik.
Jadikan perkara pertama yang kita baca ialah al-Quran.
InsyaAllah hidup kita tenang dan diberkati oleh Allah.

Jadi, jom baca al-Quran!

Wassalam~

Friday, June 19, 2015

Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >


Assalamualaikum & hello there,




Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang


Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang


Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :


1. Add BBL di


Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri



Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti




BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Ramadhan 2: Perbanyakkan yang Sunat.

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Alhamdulillah, Allah temukan kita dengan hari kedua Ramadhan.
Baiklah, misi perubahan kedua kita ialah perbanyakkan amalan-amalan sunat.
Bila lagi nak kumpul pahala banyak-banyakkan?

Sebelum ni, kita mungkin sibuk dengan diri kita sendiri.
Sibuk nak makan, sibuk dengan kerja tu, kerja ni.
Sekarang bulan Ramadhan, makan pun kita dah tak fikir dah.
Jadi, ada masa yang lebih untuk kita tambahkan amalan-amalan kita.

Dalam bulan Ramadhan ini jugalah, kita boleh latih diri kita untuk tambahkan amalan kita sehari-hari.
Macam Syaza cakap sebelum ni, biar pun amalan yang kita lakukan tu kecil, tapi yang penting ialah istiqamah.

Amalan sunat apa yang boleh kita buat?

Solat sunat: Tahajud, Hajat, Taubat, Dhuha, Rawatib.
Baca al-Quran.
Mulakan setiap perkara dengan bismillah.
Perbanyakkan sedekah.
Perbanyakkan selawat.
Perbanyakkan zikrullah.
Cakap yang baik-baik.
Tengok yang baik-baik.
Buat perkara yang baik-baik.

Banyak lagi amalan-amalan sunat yang kita boleh buat.
Masa duduk-duduk, bolehlah baca al-Quran.
Masa buat kerja, bolehlah selawat dan zikir.
Macam-macam boleh buat.

Buat sikit-sikit, tapi hari-hari supaya boleh jadi kebiasaan.
InsyaAllah.

Jadi, jom perbanyakkan amalan sunat!

Wassalam~

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan 1: Awalkan Solat.

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan bulan Ramadhan pada hari ini.
Setiap kali masuk bulan Ramadhan, mesti kita pasang niat untuk berubah, bukan?
Maka, ayuhlah sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit.
Allah suka akan hambaNya yang berubah walaupun kecil perubahan itu, tetapi dia ISTIQAMAH.
Oleh itu, ayuhlah kita perlahan-lahan istiqamah dalam perubahan yang kita impikan. InsyaAllah.

Baiklah, perubahan pertama untuk 1 Ramadhan kali ini ialah, marilah sama-sama kita cuba untuk solat di awal waktu.
Solat di awal waktu ni banyak fadhilatnya.
Bukan sahaja Allah suka, tapi kita sendiri senang.
Sebab apa?
Sebab kalau kita solat pada awal waktu, kita boleh selesaikan tugasan kita dengan tenang. InsyaAllah.
Solat di awal waktu dapat membantu kita supaya urusan kita dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah.
Bila kita dah solat, semua perkara yang kita nak buat, insyaAllah boleh selesai dengan bantuan Allah.

Kadang-kala, kita sanggup korbankan waktu solat kita semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu.
Kita beranggapan bahawa, bila kita solat dulu, tugasan yang perlu disiapkan itu akan terbengkalai.
Anggapan ini salah ya kawan-kawan.
Rezeki, idea, nikmat, semua itu daripada Allah.
Maka, solatlah terlebih dahulu supaya Allah permudahkan semua urusan kita. InsyaAllah.

Pabila solat di awal waktu, kita akan dapat rasakan bahawa masa tu panjang je.
Tak percaya?
Cuba buat. ;)

Sekiranya anda tidak solat, maka belajarlah untuk solat.
Sekiranya anda sudah solat, maka belajarlah solat di awal waktu.
Sekiranya anda solat, perbanyakkan solat-solat sunat.
Sekiranya anda solat, perbaikilah solat anda,

Maka, 1 Ramadhan ini, marilah kita cuba untuk solat di awal waktu. InsyaAllah.

Moga Allah terima amalan-amalan kita. InsyaAllah.

Salam Ramadhan buat semua.

Wassalam~

Monday, June 15, 2015

Sabah? Ketinggalan Kot...

Assalamualaikum dan olaaaa everyone.



Sabah?
Ketinggalan orang kat sana.
Ada apa je kat sana?
Internet ada?
Rumah pun banyak kat pedalaman.
Kemudahan pun susah nak cari.
Setakat Gunung Kinabalu yang jadi kebangaan negeri Sabah tu, tak bawa ke mana lah Sabah tu.
Maju pun tidak.
Miskin.
Ketinggalan zaman.

Opssss.... Jangan marah.
Baca sampai habis.

Ramai feedback sebegini yang diterima oleh rakyat Sabah.
Masa mula-mula aku nak pindah Sabah, kawan-kawan aku cakap, ramai orang Kristian kat Sabah tu.
Aku ambil endah tak endah je.
Look, sebenarnya bagi pendapat aku, orang yang berpemikiran bahawa Sabah ni ketinggalan zaman, tak maju and so on, actually mereka-mereka inilah yang ketinggalan zaman dan tak maju.

Kebanyakan orang yang cakap macam tu adalah orang yang tak pernah pun menjejakkan kaki kat Sabah.
Setakat tengok televisyen yang hanya memaparkan kawasan pedalaman Sabah, baik tak payah cakap besar.

Aku lahir Johor.
Ayah aku orang Johor, ibu aku orang Sabah.
Aku mula tinggal Sabah masa aku darjah 5.
Memang tak dinafikan Sabah ramai orang Kristian, tapi itu bukan jadi penghalang bagi aku dan keluarga untuk terus hidup secara Islamnya.

Hampir 11 tahun aku dah tinggal Sabah.
Dan secara jujurnya, aku lebih sayang Sabah.
Aku lebih suka Sabah.
Bukan sebab ada Gunung Kinabalu, tetapi sebab masyarakat Sabah itu sendiri.
Walau berlainan agama, adat dan sebagainya, itu bukan menjadi penghalang bagi kami untuk bersatu.
Tiada hidup berpuak-puak.

Untuk pengetahuan, majoriti penduduk Sabah akan ada Astro sebab ada sesetengah hanya dapat tengok tv3 dan al-Hijrah je.
Astro tu pun nak bayar tiap bulan.
Barang-barang kat Sabah lebih mahal dari barang-barang kat Semenanjung, tapi kami tak pernah mengeluh kalau barang naik harga.
Sebab kami tahu, bising macam mana pun, memang kena beli sebab keperluan.
Miskin dari segi apa ya?
Walau kami miskin wang, tapi kami masih kaya budi bahasa.
Kami tak pernah memburukkan orang Semenanjung.

"Eh, kau dah lupa asal usul ke, banggakan Sabah je?"
Bukan aku lupa asal usul, tapi itulah hakikatnya.
Aku bahagia tinggal di Sabah. Alhamdulillah.
Walaupun terpaksa korbankan perasaan apabila berjauhan dengan keluarga, cuti semester baru boleh pulang, tapi aku tak kisah pun.
Sebab tu, orang-orang Borneo ni, hati dia lagi sado.

So, berhentilah memburuk-burukkan negeri Sabah.
Kalau sehari dua je pernah menjejaki Sabah, lepas tu nak cakap kencang tentang keburukan Sabah, lebih baik senyap.
Rasa tinggal di Sabah.
Rasa bayu Sabah.
Rasa kemesraan orang Sabah.
Rasa ukhwah orang Sabah.

Bahasa orang Sabah kasarlah, guna 'kau aku'.
Kau dengan Allah guna 'awak saya' ke?
Pfffftttttt~
Itulah cara kami ubtuk rapatkan ukhwah.

So, just stop it.
Please.
Dah lama aku pendam dan kali ni aku rasa aku perlu bersuara.

Walau aku bukan bumiputera Sabah.
Walau aku hanya punya separuh darah Sabah.
Aku rindu Sabah.
Rindu Kinabalu.

Hormati adat.
Hormati bahasa.
Hormati antara satu sama lain.
Kita rakyat Malaysia.
Kau mahu aman, maka tunjukkan.
Bukan sembang kosong.
Harap maklum.

Wassalam~

Saturday, June 13, 2015

Saat.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sumber Google


Saat

Di saat mereka ketakutan,
Aku masih di sini menunggu perkhabaran.
Di saat mereka kebimbangan,
Aku masih di sini melihat berita yang dipaparkan.
Di saat mereka merasai gegaran,
Aku masih di sini berdoa supaya mereka mendapat perlindungan.
Tiada apa yang dapat kuhulurkan.
Hanya ucapan, "Moga semuanya selamat di sana" dan "Moga sentiasa dilindungi olehNya."
Hanya doa sebagai senjata.
Hanya Allah yang menjadi perantara.
Dan aku,
Masih di sini,
Menjadi pemerhati dan pendengar setia dari sana.
Masih di sini,
Menunggu saat dapat perkhabaran gembira.
Allah sedang uji hamba-hambaNya.
Dia sudah bagi amaran,
Yang sebenarnya dunia sudah tua.
Dan sedarlah,
Kita juga sudah tidak akan hidup lama.

SyazaSyafeeqah
8:56 AM
13062015