"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati." (Surah Al-Anbiyaa': Ayat 35)
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Pagi tadi, Syaza terbaca satu artikel tentang seorang pelajar UPSI meninggal dunia disebabkan jatuh daripada bangunan. Wallahu'alam akan kesahihan perkara tersebut, tetapi yang pastinya pelajar tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Allahuakbar...
Terkejut mula-mula baca berita tu.
Syaza ingat, Syaza tak kenal dengan arwah, tetapi...
Rupa-rupanya, kami pernah sama-sama berusrah di bawah naqibah Kak Su. Allah...
Kak Fatimah seorang pelajar UPSI yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sem 4.
Seorang yang pendiam...
Syaza perasan arwah seorang yang kerap berseorangan.
Seorang yang baik hati, ringan tulang.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke sini. Di antara komen-komen tentang perkara ini:
Al Fatihah untuk
Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab).
Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik
dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma &
tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam
10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga
jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah,
menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan
semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya
berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan
saya parkir kereta di situ)
Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman
Firdaus Sidek
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi. Semoga ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin~
Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah tempat kita kembali.
Alhamdulillah...
Terima kasih kepada Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk bertemu dengan insan-insan yang sudah lama tidak kutemui;
1. Keluarga: Ibu, Ayah, Kak Long, Abby.
2. Cikgu-cikgu sekolah.
3. Rakan-rakan: Kawan sekolah menengah dan bukan.
Alhamdulillah, tak percaya sangat apabila Allah pertemukanku dengan rakanku yang memang jarang-jarang sekali untuk berjumpa, disebabkan jarak yang tidak mengizinkan dan juga sebab-sebab lain.
Alhamdulillah, dapat jumpa kawan-yang-taknak-kalah-dengan-adik-saya. Terima kasih sebab sudi turun padang. HEHE. Hope you are happy with your life now.
Alhamdulillah dapat jumpa rakan-yang-dulu-ada-senyuman-di-belakangnya.
Alhamdulillah...
Ya Allah, jadikan hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku. Amin ya rabbal 'alamin~ ;)
Cuti kali ini dapat jumpa ramai yang lama dah tak jumpa. Alhamdulillah.
Mudah-mudahan, apa yang kulakukan diredhai oleh Allah.
Ampunilah segala dosaku ya Allah.
Semoga persahabatan yang terjalin kerana Allah ini akan berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah. ;)
Abu Musa melaporkan, dia pernah mendengar Nabi Muhammad membaca doa:
" Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku dan keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku yang darang daripada kesungguhanku dan daripada senda-gurauku, dan daripada apa yang aku tidak sengaja, dan daripada sengajaku, dan segala sesuatu yang datang daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan yang akan datang, yang aku rahsiakan, dan yang aku pamerkan, dan segala sesuatu yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Engkaulah yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan, dan Engkau Maha Berkuasa atas segalanya." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Sumber: Buku Amalan dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad oleh Imam Nawawi.
Hari ni Syaza nak kongsikan sesuatu yang Syaza dapat dari Cikgu Heliza.
Pencil and Eraser
Pencil: I'm sorry. Eraser: For what? You didn't do... anything wrong. Pencil: I'm sorry, you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself and get smaller and smaller each time. Eraser: That's true, but I don't really mind. You see, I was made to do this, I was made to help you whenever you do something wrong, even though one day I know I'll be gone. I'm actually happy with my job. So please, stop worrying I hate seeing you sad.
"Our Parents are like the eraser, whereas we children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way they get hurt and become smaller (older and eventually pass on) Take care of your Parents, treat them with kindness and most especially love them."
Thanks to Mohammad Khasnan Bin Selamat dan Rosmiati Binti Hj Sainoh for being so patience with us. We love you... ;)
Wassalam~
p/s: Alhamdulillah, Allah pertemukan aku lagi dengannya. Harap dapat jumpa kamu lain hari pula ye. ;)
Sudahkah anda bersyukur hari ini?
Hari ni Syaza cuma nak berkongsikan kata-kata yang Syaza pos kat mukabuka dan burungberkicauan dan sebuah lagu untuk anda semua.
Just a simple post for today. ;)
Sorry for being quiet for a long time.
Just feel a happiness with my family here. Smiling and laughing everyday. This is me. ;)
Kata Indah buat Hari Jumaat: Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah
tersenyum ketika menghadapi kerugian.
Whatever we got, we must thank to Allah because Allah knows what is the best for us.
Alhamdulillah~ ;)
Syaza bersyukur dengan setiap perkara yang Allah berikan.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah. ;)
I LOVE YOU SO
By: Maher Zain
I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
Chorus:
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong
O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
CHORUS
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you
Pagi-pagi, lepas Subuh terus gerak ke Tasik yang berdekatan di Stadium Likas.
Adik saya, Khairah Nazurah nak main badminton katanya...
Jadi, bawalah dia ke tasik tu untuk beriadah.
Saya pun dah lama tak bersenam selepas cuti dari bermain bola jaring sebab nak exam.
Rindu kot dengan training semua. Nak up-kan balik stamina. -_-"
Apa-apa pun, memang satu aktiviti yang best la.
Adik saya, ada semput sikit. So, dia tak boleh lari sangat. Jadi, saya kena lari per-la-han-la-han. HEHE.
Lepas lari, main badminton. Lepas main badminton, lensa kamera mula aktif. HAHA.
Ada cendawan comel. ;)
Kami. ;P
Kami lagi. Bukti kami main badminton. HAHA. Bawa dua raket ek...
Lepas main badminton, Abby, adik saya, bercadang untuk ke Tanjung Aru.
Yeah, bermulalah pengembaraan kami untuk ke Tg. Aru.
Pergi ke Tasik Perdana, Tg. Aru, Sabah.
Best arr. Banyak kemudahan yang disediakan. ;)
Tetapi, nak masuk kena bayar... -_-"
Motor: RM 0.50
Kereta: RM 1.00
Dansebagainya... Yang lain tak tau.
Kat sana bukan untuk bersenam. Penatdah...
Nak jalan-jalan. Sebab first time.
Tempat yang menarik dan tak ramai orang. ;)
Nak main gelongsor tapi rupanya NO ADULT! Sedih... Tapi saya ambil Early Chilhood Education pun tak boleh main ke? Emmm...
Adik saya jadi model... HAHA. Siapa suruh dia ikut. :P
Muka teruja. HAHA. Pakaian simple je. Nak pergi bersenam. Sesiapa yang nak pakai mekap tu memang nak kena arr. Memang kena tinggal awal-awal. HAHA. :P
Sekali lagi... Cantik tak. HAHA. :)
Kenapa lari? HAHA.
Nak dapatkan benda ni.
Sky Walker namanya. Muka teruja. Sebab sebelum ni ada budak-budak main. Dia orang tak nak bagi kita orang main. :P
Pembetulan: Ada Pertunjukan Pancutan Air Berlampu kat situ. HAHA.
Siapa yang suruh bersenam ni?
Panas la...
Buang masa la...
Hello~~~
Islam menggalakkan kita untuk beriadah tau...
Tak caye?
Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(Hr Muslim –sahih)
Asalkan...
Kita bersenam atau bersukan dengan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Ketetapan apa?
Etika sukan dalam Islam
1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).
2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.
3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.
4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:
“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)
5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)
6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:
لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له
Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(Hr Tabrani)
7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”
Jadi...
Jom bersukan!
Majulah sukan untuk negara. :P
Oh, ye. Lepas habis berjalan, balik rumah je terus ayah ajak pergi makan pizza.
Triple Chicken Sensation!
Memang gempak!!!
Ayah teruja nak tangkap gambar.
Alhamdulillah akhirnya kami berkumpul! ;)
Itu sahaja.
Wassalam~
p/s: Saya semakin gelap walaupun sehari selepas sampai ke Sabah. Tidak! HAHA. Takkisahlah... :P
Abu Bakar as-Siddiq melaporkan, "Beliau pernah berkata kepada Nabi Muhamamad, 'Wahai Utusan Allah, ajarkanlah kepada saya doa yang dapat saya baca dalam sembahyang.'
Lalu Nabi Muhammad menjawab, 'Bacalah,
" Ya Allah, sungguh aku banyak menganiayai diriku sendiri. Tiada lain yang dapat mengampuni dosa-dosaku, kecuali Engkau, ya Allah. Maka, ampunilah aku dengan keampunan yang langsung datang daripadaMu. Kasihanilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Sebelum Syaza balik Sabah, hang out with my lovely sister, Kak Long kat Shah Alam.
Best!
Rindu dengan kamu. ;)
Lepas balik exam terus Kak Long ambil dari rumah.
Stop at IKEA. Miss the meatball...
My twin. HAHA. Ya, saya lebih besar dari kakak saya. :P
Yang ni, cerita sebelum balik Sabah.
Bawah ni pula, selepas sampai ke Sabah.
Apa lagi, hang out with my dad, mom and my cutie younger sister.
I was a foolish little child Crazy things I used to do And all the pain I put you through Mama now I'm here for you For all the times I made you cry The days I told you lies Now it's time for you to rise For all the things you sacrificed
Chorus: Oh, if I could turn back time rewind If I could make it undone I swear that I would I would make it up to you Mum I'm all grown up now It's a brand new day I'd like to put a smile on your face every day Mum I'm all grown up now And it's not too late I'd like to put a smile on your face every day
And now I finally understand Your famous line About the day I'd face in time 'Cause now I've got a child of mine And even though I was so bad I've learned so much from you Now I'm trying to do it too Love my kid the way you do
CHORUS
You know you are the number one for me (x3) Oh, oh, number one for me There's no one in this world that can take your place Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh I will use every chance I get To make you smile, whenever I'm around you Now I will try to love you like you love me Only God knows how much you mean to me