Nuffnang Ads

Friday, January 28, 2011

Badan Lemah, Hati Masih Kuat - Kuharap Doa Darimu

Assalamualaikum semua. ;)

Apa khabar kalian?
Maaf, kebelakangan ini jadual telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti harian yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup Syaza.

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan kita roh dan jasad.
Masih memberikan kita udara untuk bernafas.
Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah.

Sejak beberapa hari ni, cuaca tidak menentu.
Sekejap hujan, sekejap panas.
Kalau hujan pun, gerimis tapi lebat. Faham tak? -_-"

Disebabkan oleh cuaca tak menentu, diri ini pun telah jatuh sakit.
Tetapi, masih mampu untuk berdiri dan berlari. InsyaAllah.
Selsema, demam dan sakit tekak telah melanda diri.
Tapi kugagahkan juga kaki ini untuk melangkah selagi masih punya kekuatan dari dalam.

Jika badan sudah terlantar di tilam, rasanya mahu bangkit daripada tidur pun satu perkara yang agak menyeksakan.
Sentuh dahi, panas.
Nafas berat sentiasa dilepaskan - menghilangkan segala kepayahan yang melanda diri.

Syaza harap sakit yang Syaza alami ini dapat menghapuskan segala dosa Syaza terhadap Allah. InsyaAllah.

Boleh tak berselubung macam ni masa main? ;)


Semasa latihan dijalankan, terasa badan ini terlalu lemah.
Namun, kuteruskan jua kera hatiku berkata aku masih mampu melakukannya.
Syaza harap perkara ni tidak memudaratkan Syaza selepas semuanya selesai kerana memaksa diri untuk terus berlari.

Syaza mengharap doa dari anda semua.
Doakan Syaza cepat sembuh ek!
Tidak lupa juga doakan kejayaan UPSI untuk pertandingan bola jaring di Universiti Malaya pada 30.1.2011 hingga 1.2.2011.

Ya Allah, semoga sakit yang Kau berikan ini dapat menghapuskan dosaku.Amin~

Wassalam~

Monday, January 24, 2011

Kejayaan Menyebelahi UKLK | Tudung Bukan Sebagai Perhiasan

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih meminjamkan roh dan jasad ini kepada kita.

Pada 21.01.2011, Kelab Bola Jaring UPSI telah menghantar wakil untuk ke Pertandingan Bola Jring Kolej Terbuka Za'ba.
Semua pemain menunjukkan semangat yang jitu.
Alhamdulillah, kemenangan menyebelahi pasukan UKLK. Memang terbaiklah! Tak sia-sia Syaza jerit-jerit, sehinggakan suara agak rock sikit.
Nak rock lagi boleh tak? -_-"
Hari-hari yang amat memenatkan.
Apa-apa pun, sayang korang semua! ;)
Jumperz terbaiklah!

Banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan.
InsyaAllah, dengan izin Allah akanku siapkan dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.
Cuma perlu suntikan semangat sahaja.
Doakan yang terbaik untuk Syaza ek. ;)

***


Sayang, rambut bukan boleh buka, tutup.
Sedih bila tengok orang perempuan yang mana senang je dia orang nak tunjuk dan sorokkan mahligai mereka.

Siang, pakai tudung.
Malam, buka tudung.
Allah, ada juga orang yang macam ni. -_-"
Di mana letaknya iman mereka?
Kalau kata perkataan IMAN, mungkin ada sesetengah orang terlalu berat.

Baiklah, Syaza bagi ringan sedikit.
Di mana letaknya MALU mereka?
Masih adakah MALU dalam diri mereka?

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”


Aku: Eh, itu bukan budak malam tadi tu ke?
Kawan: Mana?
Aku: Yang tu. Yang pakai tudung biru tu.
Kawan: Em... Macam. Tapi, dia tak pakai tudungkan semalam.
Aku: A'ah. Kenapa boleh macam tu?
Kawan: Siang kan panas. Jadi, dia pakailah tudung supaya tak gelap sangat.
Aku: Ah? Boleh ek cam tu? Ada juga orang macam tu ek? -_-" (Astaghfirullah)


Kepada saudari, sejujurnya kamu lebih cantik bila pakai tudung.
Tudung itu jangan hanya untuk melindungkan kamu dari sinar cahaya matahari.
Tetapi, tutuplah mahligai kamu yang amat berharga itu.

Buat baiklah untuk menjaga nama agama kita, iaitu Islam.
Kalaulah orang yang bukan Islam nampak dan fikir, begini rupanya orang Islam, seluruh umat Islam yang dapat tempiasnya.
Kalau ingin lakukan sesuatu, fikir dahulu.




Cuba bandingkan dengan situasi ini:

Makanan 1 terbuka, pabila sudah dihinggapi lalat, baru mahu ditutup dengan tudung saji.
Makanan 2 sudah ditutup oleh tudung saji dari awal supaya tidak dihinggapi lalat.

Jika kita tengok situasi ini, mana yang kita pilih?
Makanan 1 atau Makanan 2?

Mesti ramai daripada anda pilih Makanan 2.
Makanan 2 bersih dari kotoran, manakala Makanan 1 mungkin akan membawa penyakit kepada sesiapa yang memakannya.

Oleh itu, janganlah jadi seperti Makanan 1.
Sebaiknya-baiknya, jadilah seperti Makanan 2.

Tudung ini, bukan hanya sebagai perhiasan, tetapi untuk menjaga maruah diri kita sendiri.
Oleh itu, sedarlah wahai kaum Hawa!
Jadilah wanita yang menjaga kehormatannya.

p/s: Terlalu penat. -_-"

Wassalam~

Friday, January 21, 2011

Mencari CintaNya | Kekeliruan Kedudukan | Perkara di Luar Jangkaan - Ya, Itu Aku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga Syaza meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Maaf, jadual harian Syaza agak penuh dengan aktiviti-aktiviti yang Syaza terlibat.
Semalam cuti Thaipusam, alhamduluillah dapat rehat dengan selesa. Tapi, pada waktu malamnya ada latihan bola jaring sehingga lebih kurang pukul 11.20 malam.
Ya, hari ni pun Syaza kuatkan diri untuk bangkit daripada memanjakan diri dengan tidur sahaja.

Tugasan sedang dalam proses untuk mencari rujukan.
Model bahan bantu mengajar sudah siap beberapa minggu sebelum ni, cuma laporannya sahaja belum lagi mula menulis.


Inilah diri saya buat masa ni. -_-"


Alhamdulillah, usrah untuk bulan ini telah selesai.
Ya, Syaza mengaku perlu perbaiki dari segi penyampaian.
Sudah satu tahun Syaza meninggalkan zaman sekolah, kini Syaza perlu kembali ke masa lalu untuk menyampaikan mesej kepada ahli-ahli dengan cara yang sesuai. InsyaAllah.

Hati tersentuh pabila membaca kata-kata di bawah ini daripada blog kawan yang jauh di Mesir, Khalilah.

" Barang siapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya Tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah jauh "

Ya, Syaza mengaku perlu perbaiki diri, muhassabah diri untuk menjadi lebih baik di sisi Allah.
Alhamdulillah, Syaza sudah berani untuk tepikan nama yang punya senyuman di belakangnya.
Tepikan ke mana?
Di satu sudut kecil di dalam hati.
Kalau buang terus boleh tak? He~
Alhamdulillah, mudah-mudahan cinta Syaza kepada Allah terus memenuhi hati ini. Diri ini pernah terfikir ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah.

***


Kekeliruan kedudukan dalam bola jaring.
Ya, itu yang Syaza alami sekarang.
Syaza cuba buat yang terbaik untuk pasukan.
Nak tahu kedudukan Syaza dalam bola jaring sekarang?
Kawan-kawan Syaza kat sekolah mesti terperanjat.
Baiklah, Syaza rahsiakan. ;)

Cemburu melihat rakan yang sentiasa tetap dengan kedudukannya. -_-"


Di mana kedudukan aku?


***


Melihat perubahan seorang sahabat yang berubah sedikit demi sedikit, membuatkan hati Syaza agar sedih.
Tetapi Syaza tidak boleh jatuh kerana Syaza ingin bantu dia bangun.
Mungkin dia tidak perasan akan perubahan dalam diri dia.
Tidak mengapa, bukan?
Ini tugas Syaza sebagai seorang, kawan, teman dan sahabat untuk bantu dia kembali ke jalan yang diredhai.

M: Syaza, aku pernah juga terfikir yang jadi macam kau.
Aku: (Senyum)
M: (Sebab dirahsiakan)
Aku: Kau jangan jadi macam aku, tapi jadi lebih baik daripada aku. ;)

Syaza ni bukanlah baik sangat.
Apa yang Syaza mampu tolong untuk kawan Syaza, Syaza tolong. InsyaAllah.
Sesungguhnya semua pertolongan adalah daripada Allah.

Jika anda mahu pinjam bahu untuk menemui kembali kekuatan, Syaza boleh pinjamkan.
Jika anda mahu tersenyum dalam kesedihan, benarkan Syaza bantu untuk kembalikan senyuman kegembiraan.
Semuanya dengan izin Allah.

Kak A: Ganas juga Syaza ni, naik basikal main lepas tangan.
Kak I: Itulah, akak pun belum boleh buat lagi.
Aku: (Senyum)

Ya, kalau bab ni Syaza dah lama tak buat.
Seronok bila buat perkara gila macam ni. He~
Syaza hanya boleh jawab dalam hati. " Kak, Syaza lahir kat kampung. Syaza kalau kat kampung memang suka main. Main permainan yang diluar jangkauan dengan identiti. He~"
Ya, itu Syaza. Suka buat perkara gila.


Yang ini mungkin Syaza tidak akan lakukan.


Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk Syaza ek. ;)

Wassalam~

Saturday, January 15, 2011

Hatiku Terpaut Pada Kisah Hidupnya.

Assalamualaikum.

Kau kucinta.
Kau kurindu.
Sejarahmu kubaca.
Perit.
Sakit.

Hati membara ingin bersamanya.
Namun, itu kisah dahulu.

Satu demi satu hinaan dan cacian dilemparkan.
Kau terima.
Tabah walaupun kau lemah.
Kau minta pada yang Esa kekuatan.
Kau jadi kuat yang luar biasa.

Jika manusia tidak terima,
Kau berdiri meninggalkan mereka.
Kau tidak marah.
Kau terlalu sabar.

Jika aku, akan kucaci semula.
Itu bezanya iman kau dan aku.

Kau sentiasa dihatiku.
Kau pembakar semangatku.
Kau idolaku dalam perjuangan ini.

Terimalah aku sebagai umatmu,
Ya Rasulullah!

Ya Allah, Kau jadikanlah aku tabah sepertimana para nabi.
Ya Rabbi, Kau tanamkanlah cintaku sepertimana cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMu.




Mimpi bertemu denganmu - sentiasa aku harapkan.

Wassalam~

Saturday, January 8, 2011

Cinta Bukan Sahaja Diluahkan Dengan Kata-Kata - Terlalu Rindu Pada Dia

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?

Alhamdulillah, dapat juga Syaza luangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayanganku ini.
Syaza sedang berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Cuba buat sebaik mungkin, itu pun kalau cara IT yang Syaza gunakan boleh diterima oleh Puan Pensyarah. InsyaAllah.
Mudah-mudahanlah ya.

Ya, kali ini kita bicarakan tentang CINTA.
Cinta ni terlalu umum - cinta kepada Sang Pencinta, cinta kepada Rasulullah, para nabi, ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan.

Syaza tengok remaja sekarang mudah terpedaya dengan hanya lafaz cinta.
Mudah sahaja mereka jatuh cinta.
Apabila si Adam melafazkan kata cinta pada Hawa, terus sahaja terlena dengan kata-kata. Pelik juga kadang-kadang?
Apa buktinya yang si dia cintakan anda?

Kak A: Kamu cintakan dia?
B: Cinta, kak.
Kak A: Dia cintakan kamu?
B: Cinta, kak.
Kak A: Apa buktinya?
B: Dia cakap, dia cintakan saya.
Kak A: Itu saja? Apa lagi bukti dia cintakan kamu?
B: Dia selalu ambil berat tentang saya, selalu bagi saya hadiah yang saya suka.
Kak A: Dia ada minta apa-apa?
B: Dia cuma minta saya cintakan dia dan saya percayakan dia. Itu sahaja.
Kak A: Kalau akak buat apa yang dia buat untuk kamu, adakah kamu akan cintakan akak sepertimana kamu cintakan dia?
B: Saya sayang akak.
Kak A: Cinta?
B: Sayang je lah, kak.
Kak A: Kenapa? Geli ke?
B: Lain macam je bunyinya kalau macam tu.




Pabila kita tengok situasi di atas, adakah cinta itu hanya boleh dibuktikan dengan kata-kata dan harta benda?

Kita lihat situasi sekarang, jika Adam kata Adam cintakan Hawa, Hawa kan mudah percaya.
Jika Kak A kata Kak A cintakan Hawa, lain jadi tafsirannya.
Kenapa boleh jadi begini?
Kerana kebanyakan kita telah letak pemikiran kita yang sebegitu rupa.
Sebab itu kalau kita kata yang kita cintakan kawan kita yang sejenis dengan kita, orang akan fikir pelik.

Kita kembali pada asalnya.
Cinta itu terlalu luas.
Itu kata kuncinya.
Disalahertikan tidak mengapa, tapi jangan disalahgunakan.

F: Kak, kalau manusia nak buktikan cinta dia, dia boleh luahkan dengan kata-kata mahupun harta benda. Tapi, apa bukti Allah yang Dia cintakan kita?
Kak A: (Senyum) F nak tahu buktinya?
F: Nak!
Kak A: Buktinya, tengok badan F, sihat tak?
F: Alhamdulillah, sihat.
Kak A: Tengok muka F, cantik tak?
F: (Senyum) Cantik.
Kak A: Tengok F sekarang, bahagia tak?
F: Alhamdulillah kak, bahagia.
Kak A: Itu baru sikit bukti Allah cinta akan F. Kalau nak senaraikan, mungkin sampai tak terkira dan kebanyakannya akak tak tahu. Contohnya sekarang, nikmat Iman dan Islam itu sendiri adalah bukti Allah cintakan F.
F: (Senyum) Alhamdulillah kak. Terima kasih, kak.


Daripada dialog di atas kita dapat lihat bukti Allah cinta kepada hamba-hambaNya.
Syaza pulangkan kepada anda untuk menilainya.

Alhamdulillah. Itulah ucapan yang selalu kita mampu tuturkan.

***


Ya Allah, Engkau makmurkan kami dengan kurniaMu dan memelihara kami dengan pemberianMu.
Sempurnakan bagi kami limpahan nikmatMu. Jauhkan kami keburukan azabMu.
Berikan bagi kami, di dunia dan di akhirat, yang paling tinggi dan paling mulia, lambat atau segera.
BagiMu, pujian atas keindahan ujianMu dan limpahan kenikmatanMu. Dan bagiMu, pujian yang seiring dengan keredhaanMu yang sepadan dengan kebesaran kebajikanMu.

Ya Allah, di anatara nikmatMu yang besar, alirkan pada kami supaya terus-menerus mengingatiMu.
Izinkan kami berdoa padaMu, memohon agar hamba ini pandai bersyukur dan mendambai cintaMu.
Tuhanku, ilhamkan pada kami supaya zikir padaMu dalam bersendirian dan bersama, pada waktu siang dan malam, dalam suka dan duka.
Bimbinglah kami dalam amalan suci dan perkara yang Kau redhai. Balaslah kami dengan timbangan yang memadai.

Ilahi, berilah kami kekuatan supaya berkorban demi cintaMu.
Kurniakan kepada kami ilmu sedikit lebih tinggi sehingga kami mampu mengenal keagunganMu.
CintaMu begitu besar pada kami tetapi kecil syukur kamu padaMu dan sering kali kami melupakanMu.

Ilahi, Maha Suci Engkau!
Alangkah sempitnya jalan bagi orang yang tidak mempunyai jalan!
Alangkah jelasnya jalan bagi orang yang telah Kau tunjukkan!
Bimbinglah kami ke jalan menujuMu.
Lapangkan kami ke jalan paling hampir ke arahMu.
Dekatkan bagi kami yang jauh.
Mudahkan bagi kamu yang berat dan sukar.
Gabungkan kami dengan hambaMu yang berlari cepat mencapaiMu, yang sentiasa mengetuk pintuMu, yang malam dan siangnya beribadah padaMu, yang bergetar takut kerana kehebatanMu, yang Kau bersihkan tempat minumnya, yang Kau penuhi permintaannya, yang Kau puaskan dengan kurniaMu, yang Kau penuhi dengan kasihMu.

Kerana Engkau, mereka mencapai kenikmatan menyeruMu.
Dari Engkau, mereka memperolehi puncak cita-citanya.
Wahai Zat yang menyambut orang yang menemuiNya, yang kembali kepada mereka dengan memberi kurnia, yang mengasihi serta menyayangi orang yang lalai mengingatinya, yang mencinta orang yang tertarik pada pintuNya.
Kasmi memohon kepadaMu, jadikan kami yang paling banyak mendapat kurniaMu, yang paling tinggi kedudukannya di sisiMu, yang paling besar bahagiannya dari cintaMu, yang paling utama memperoleh makrifatMu.

UntukMu sahaja dicurahkan harapan kami.
PadaMu jua tumpuan hasrat kami.
Engkaulah tempat kembali kami, tidak ada yang lain.
KeranaMu sahaja kami tegak berjaga, tidak kerana yang lain.
Perjumpaan denganMu mendinginkan hati kami.
Perjumpaan denganMu menjadi cinta pada diri kami.
PadaMu mendambakan diri kami.
PadaMu tumpuan kami.
Pada kasihMu gelora rindu kami.
MendampingiMu keinginan kami.
MendekatiMu puncak permohonan kami.
MenyeruMu damai dan tenteram kami.
Di sisiMu penawar derita kami, penyembuh luka kami, penyejuk duka kami, penghilang sengsara kami.
Oleh kerana itu, jadilah Engkau sahabat kami dalam kesunyian, yang menolong kebaikan kami, yang memaafkan ketika kami tergelincir, yang menerima taubat kami, yang memperkenankan taubat kami, yang memperkenankan doa kami, yang menjadikan kami kaya.
Jangan putuskan kami dari sisimu.
Jangan jauhkan kami dari diriMu.
Wahai, Tuhan Kami.
Amin~

Wassalam~

Wednesday, January 5, 2011

Sayang, Janji Jangan Sesekali Dimungkiri - Mulut Tempayan Boleh Ditutup, Tapi Mulut Orang...

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat hendaknya.
Ada beberapa tugasan yang telah diberikan.

Manusia.
Pabila kita bincang tentang manusia, mesti ramai yang akan kata, setiap orang hati lain-lain.
Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Rasanya pepatah ni dah tak boleh digunakan pada zaman sekarang. Kenapa?
Tepuk dada, tanya iman. ;)

Pelbagai gelagat dan karenah manusia yang kita dapat lihat di dunia ini. Terlalu banyak.
Ada yang boleh dipercayai, ada yang samar-samar dan mungkin ada juga yang tidak boleh dipercayai.

Kalau bab percaya mempercayai ni, mesti ada kaitan dengan rahsia dan juga perkataan janji selalu digunakan supaya rahsia tidak dibocorkan.
Tapi, adakah semua orang akan berpegang pada janji?
Adakah semua orang mengambil berat dan memahami tentang perkataan janji itu sendiri?
Kenapa saya menulis begitu?
Kerana ada segelintir manusia yang masih belum memahami perkataan JANJI yang sebenar.



Berjanji itu harus ditepati dan melanggar janji bererti berdosa. Bukan sekedar berdosa kepada orang yang kita janjikan tetapi juga kepada Allah. Dasar dari wajibnya kita menunaikan janji yang telah kita berikan antara lain adalah:

a. Perintah Allah SWT dalam Al-Qurân Al-Karim

Allah SWT telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk melaksanakan janji-janji yang pernah diucapkan.

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki sesudah kukuh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan karena kamu menghalangi dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar.

b. Menunaikan Janji Adalah Ciri Orang Beriman

Allah menyebutkan dalam surat Al-Mu`minun tentang ciri-ciri orang beriman. Salah satunya yang paling utama adalah mereka yang memelihara amanat dan janji yang pernah diucapkannya.

Telah Beruntunglah orang-orang beriman, yaitu yang …. dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya.

c. Ingkar Janji Adalah Perbuatan Syaitan

Ingkar janji itu merupakan sifat dan perbuatan syaitan. Dan mereka menggunakan janji itu dalam rangka mengelabuhi manusia dan menarik mereka ke dalam kesesatan. Dengan menjual janji itu, maka syaitan telah berhasil menangguk keuntungan yang sangat besar. Karena alih-alih melaksanakan janjinya, syaitan justru akan merasakan kenikmatan manakala manusia berhasil termakan janji-janji kosongnya itu.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.

***


Oleh itu, jangan pernah sekali-kali kita memungkiri janji.
Berdosa tau.
Ada sebabnya kita merahsiakan sesuatu daripada orang lain.
Kalau nak pecahkan juga rahsianya, tanya empunya badan, bukan sesuka hati melepaskan begitu sahaja.

Oleh yang demikian juga boleh menyebabkan kita hilang kepercayaan kepada orang lain.
Berhati-hatilah ya!


Memang betul pepatah melayu yang mengatakan mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia bagaimana menutupnya.
Peganglah janji sehingga ke akhir hayat anda.

Janji memang mudah untuk dilafazkan, tetapi payah untuk dikotakan.

Wassalam~

Monday, January 3, 2011

Lenguh, Sakit, Penat... Pengsan!!!

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?

Sebelum ni, Syaza ada menulis tentang Syaza akan mengambil barang dari storkan?
Subhanallah, penat sungguh semalam.
Syaza duduk di blok lelaki, tangga hujung sekalibelah kanan. Stor pula kat hujung sekali belah kiri.
Angkat barang yang agak banyak, memang memenatkan.
Apa taknya, angkat barang sampai 3 pusingan ulang-alik.

Lagipula, tolong turunkan semua barang kat dalam stor untuk dikeluarkan.
Sangat penat.
Sehingga rasanya dah tak dapat menahan bahu yang dapat menampung kekuatan yang agak luar biasa. Macam dah nak tercabut rasanya.
Seluruh badan rasa kesakitannya.

Stor buka lebih kurang pukul 9, walaupun janjinya 8.30 malam.
Lebih kurang pukul 10.30 malam baru selesai segalanya: angkat barang ke bilik.

Dapat melelapkan mata lebih kurang pukul 2.30 pagi.
Kenapa?
Sebab, kemas barang yang agak banyak untuk keselesaan belajar.

Sakitnya bagaimana?
Terlalu sakit. Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa sakitnya badanku.

Ada lagi beberapa barang yang belum selesai untuk dicuci terlebih dahulu.
Beg. Ya, beg.
Penat.
Tidak tahu bila masa yang sesuai.
InsyaAllah, wujud juga masa itu nanti.

Apa yang diperlukan?
Tidur secukupnya. Ya, itu yang aku perlukan sekarang.



Masuk kuliah tadi, rasa macam mahu pengsan!
Terlalu sakit badan. Sepertinya tidak mampu membawa beg untuk berjalan.
Tetapi, aku datang sini untuk menuntut ilmu.
Walauapapun yang terjadi, insyaAllah aku cuba tangani dengan sebaiknya.
InsyaAllah.

Wassalam~

Sunday, January 2, 2011

Blok Lelaki? Bagaimana Dengan Khazanahku?

Assalamualaikum.

Ogenki desu ka?

Alhamdulillah, Syaza dah sampai di kolej kesayanganku, Kolej Ungku Omar (KUO) :P.
Sampai di sini agak awal, kira-kira pukul 9.25 pagi dah sampai.
Bertolak dari Shah Alam pukul 8.00 pagi. Mungkin lebih daripada itu.

Selepas siap mendaftar dan mendapat kunci bilik, aku sendiri terperanjat.
Blok A?
Blok A juga dikenali sebagai blok lelaki.
Membulat mata aku bila dapat tahu aku menetap untuk sem ini di blok A a.k.a lelaki.

Sekarang ni, cuba menyesuaikan diri dengan tempat tinggal, blok, terutamanya dengan diri sendiri. He~
Kenapa?
Entahlah, rasa macam tak selesa. ;)

Apa-apa pun, alhamdulillah sebab Syaza dah dapat tempat tinggal.
Pening kepala Syaza dibuatnya. @_@

Khazanah-khazanah Syaza yang Syaza letak kat stor belum dapat diambil.
Sebab stor tak buka.
Ramai orang cakap stor buka 7 haribulan.
Ha?
Macam mana dengan barang-barangku?
Ya Allah.

Syaza pergilah ke mukabuku JMK, tengok ada orang hantar bahawasanya stor akan dibuka malam ni, jam 8.30 malam.
Alhamdulillah. Bersyukur sangat.

Banyak lagi barang yang belum dikemas sebab majoriti barang-barang, semua kat stor. -_-"

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
InsyaAllah. Amin~

Wassalam~

Saturday, January 1, 2011

Permulaan 2011 - Mengatur Langkah ke Peringkat Seterusnya. Apakah?

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Pabila melihat tarikh hari ni, unik bukan?
1.1.11.
Tapi, aku lebih suka tulis begini, 01.01.11. Cantik tak? ;)

Tadi pergi jemputan orang kahwin.
Siapa kahwin?
Oranglah. He~
Kawan kepada kawan Kak Long.

Seronok jugalah.
Lama dah tak pergi jemputan orang kahwin. He~

Mengatur langkah ke peringkat seterusnya: Semester Dua.
Allah, esok aku sudah mahu daftar di kolej. Lusa sudah mula kuliah.
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Semester Dua

Harap dapat menjalankan tugasan yang diberikan dengan baik.
Harap dapat menjalani kehidupan yang selesa. :)
Harap dapat housemate yang baik. (Penting tau... Supaya kepala tak pening.)
Mudah-mudahan dapat keputusan yang cemerlang.

INSYAALLAH.


Membuat kayuhan sehingga titik peluh yang terakhir untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.


p/s: Kenapa bila orang tulis nama dia, aku tiba-tiba jadi pening kepala? -_-" Tawar hati.

Wassalam~