Nuffnang Ads

Saturday, June 29, 2013

Sufi Rifqi

Assalamualaikum.

30 Mei 2013.
Hari yang ditunggu-tunggu untuk kelahiran si anak buah.
2.4 kilogram, berat selepas keluar dari kandungan.
Bersyukur yang teramat kepada Sang Pencipta. Alhamdulillah.
Lelaki.
Gembira tak terhingga. ;)

Pejam celik pejam celik.
Sudah sebulan.
3.245 kilogram beratnya kini.
Panjangnya semakin panjang. ;)
Alhamdulillah, semakin sihat.

Tengok gambar je lah ye...
Setiap gambar ada cerita. Hehe.


The day before she decide when her baby will labour. Ho-ho.


Comelkan Rifqi. Selepas keluar dari rahim. Selepas diazankan.


Ibu ayah sangat gembira. Dapat cucu lelaki. ;)


Kami juga sangat teruja. ;) 


After 1 month. Saya dah besar. Hehe.


Saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab untuk menjaganya dan ibunya. ;)

Ketika menjaga ibu bersalin dan anaknya, banyak pantang larang yang dikatakan.
Namun, kadang-kala ada pantang larang yang karut dan keturunan semata.
Bab makanan, ada bidan cakap lain, doktor cakap lain, buku cakap lain.
Apa yang kami percaya, doktor dan buku TERKINI.

Apa-apa pun...
Doa Cik Ajja untuk Sufi Rifqi.
Semoga peribadimu indah seperti namamu. InsyaAllah. ;)

Wassalam.

Thursday, June 27, 2013

Fuh... Fuh...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum semua...

Astaghfirullah...
Ya Rabbi...
Lama bebeno  tak menaip kat sini.
Tengok date last post bulan November...
November???
N-O-V-E-M-B-E-R?
Serius?

Ho-ho-ho.
Sekarang bulan Jun 2013.
Dah nak habis Jun dah pun.

Lebih kurang 7 bulan menginggalkan blog ni berhabuk tak disentuh.
Kesian dia... Hehe.



Anyway, Syaza akan start writing again. InsyaAllah.
Jika ada masa terluang dan terbuang, Syaza akan cuba kongsikan pengalaman seharian, iktibar, dan apa-apa sahaja yang Syaza ingin kongsikan kepada pembaca-pembaca semua. InsyaAllah.

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. InsyaAllah.
Semoga Allah memberikan kita peluang untuk meraikan bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah.

Dari tadi duk tiup habuk tak habis-habis.
Tebal bebeno.

Anyway, be yourself and don't ever forget Allah because Allah never forget us.

Wassalam. ;)