Nuffnang Ads

Tuesday, June 29, 2010

Demam Lagu Bola, Bukan Demam Tengok Perlawanan Bola

Assalamualaikum semua.

Hah, bersemangat dah Syaza untuk update blog. Tapi, beberapa hari lagi, blog ni akan diam untuk jangka masa yang panjang.
Syaza harap kamu sanggup tunggu entri Syaza yang terbaru bila Syaza di bumi Perak. ;)

Baca tajuk pun, kamu mesti dah tahu Syaza nak ceritakan pasal apa.
Sekarang nikan demam bola. FIFA World Cup punya pasal, terus semangat bola.
Makan, nasi nak bentuk bola (bulat).
Minum, wajib cawan negara yang disokong supaya semangat nak minum. Ha~
Tidur, cadar mesti bola.
Mimpi, tendang bola konon-konon masuk FIFA sampai tertendang orang sebelah. Tak pun jatuh katil ;)
Tengok tv, semua nak rancangan bola.
Sanggup bangun pukul 2.00 pagi untuk tengok bola.
Aduhai, itu memang bukan aku.
Bagus bangun buat solat Tahajud. Lagi bagus, dapat pahala. :)

Siapa yang begitu?
Korang memang gila bolalah.

World Cup 2010 Pictures, Images and Photos


Syaza ni bukan jenis orang yang tengok setiap permainan bola.
Kalau masa tu ada perlawanan bola sepak, kalau tertekan rancangan tu, kadang-kadang tengoklah juga kalau tak ada rancangan lain.
Syaza jenis orang yang suka main bola. Yeah!

Sekarang ni, kalau iklan bola je mesti ada lagunya kan?
Jadi, Syaza tengah demam lagu FIFA World Cup 2010 tu. He~
Aizuddin punya pasallah ni. Nyanyi lagu tu je.
Siapa Aizuddin?
Anak saudara Syazalah.

Ini lirik lagu utama FIFA World Cup:

Ooooooh Wooooooh

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin , as we lose our inhabition,
Celebration its around us, every nation, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older I will be stronger
They'll call me freedom Just like a wavin' flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes

Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho

Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin, every loser in ambition,
Celebration, its around us, every nations, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.


Ada lagi satu lagu yang bertajuk Waka Waka. Ini pun, Syaza layan juga. :)

Title: Waka Waka (This Time For Africa)
Artist : Shakira Featuring Freshlyground

You're a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
And back in the saddle
You're on the frontline
Everyone's watching
You know it's serious
We're getting closer
This isnt over
The pressure is on
You feel it
But you've got it all
Believe it
When you fall get up
Oh oh... And if you fall get up
Oh oh... Tsamina mina
Zangalewa
Cuz this is Africa
Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa
Listen to your god
This is our motto
Your time to shine
Dont wait in line
Y vamos por Todo
People are raising
Their Expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations
Today's your day
I feel it
You paved the way
Believe it
If you get down
Get up Oh oh...
When you get down
Get up eh eh...
Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa
Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa


Itu sahaja untuk entri kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca. ;)

p/s: Ya Allah, sihatkanlah tubuh badannya. Berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang Kau berikan padaNya. Berikanlah hidayahMu kepadanya.

Wassalam~

Kisah Ujian Menjadi Cikgu - Membuatkan Aku Tersenyum. :)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Tengah pening? Strees?
Mari rehatkan minda dengan baca kisah ini.
Sememangnya membuatkan Syaza tersenyum. Geli hati membacanya.


Cikgu Zoo


Cikgu zuraini seorang guru baru yang sangat periang orangnya. Dia memulakan kelas pada hari pertamanya,

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua" kata Cikgu Zuraini. Murid-murid menjawab seperti biasa.

’Okey, panggil sy Cikgu Zu, urmm.. siapa dapat teka apa nama penuh sy’’ soal Cikgu Zu dengan penuh riang.

Tiba seorang murid menjawab ’ Zoo Melaka kot...eh2 tak..Zoo Negara kot.. Cikgu Zu(zoo) #$%^%&**!!!


Geografi


Dengan tiba-tiba Cikgu Mai masuk ke kelas dan seraya berkata "Hari ini saya nak uji pengetahuan kamu"

Cikgu Mai: Kamu Zul, kenapa kamu cakap bumi ini bulat?, soal Cikgu Mai

Zul: Eh, mana ada saya cakap

Cikgu Mai: erk???


Diantara


Cikgu Zuraini sekali lagi masuk ke kelas yang sama pada hari ke-2.

Cikgu Zuraini: Alam cakerawala mempunyai pelbagai lapisan.Saya nak tanya kamu, apa yang ada diantara langit dan bumi?

Pelajar: urmm...Dan kot?


Lepas ni?


Ustazah Sarah : Lepas ni, kita sendiri rancang kemana kita, syurga atau neraka.

Pelajar 1: Ustazah ada ke org nak masuk neraka?

Ustazah Sarah: Siapa nak masuk neraka angkat tangan?

Tiada siapa yang angkat.


Ustazah Sarah: Siapa yang nak masuk syurga?

Terdapat seorng pelajar yang tidak mengangkat tangan.

Ustzah Sarah: Hey kamu! Kenapa kamu tak angkat tangan syurga atau neraka? Kamu nak pergi mana?

Pelajar tersebut: Ayah tak beri keluar rumah lepas ni.


2x5..5x2...


Akibat seorang pelajar lewat. Cikgu Farid mendenda semua pelajarnya berdiri di luar kelas.

Pelajar lewat: Cikgu, tak adil la cikgu buat macamni.

Cikgu Farid: Ah.. siapa suruh kamu lewat!!

Pelajar lewat: Tapi saya selalu nampak Cikgu datang lewat, kenapa cikgu-cikgu yang lain tak kena berdiri diluar sekolah?

Lalu Cikgu Farid mengambil pembaris yang agak panjang.


Salah translate


Pada hari pertama persekolahan Teacher Fara masuk ke kelas 1 Adil. Beliau memulakan kelas seperti biasa. Semasa di akhir waktu,

Teacher Fara: Okey class.. ada apa-apa soalan?

Pelajar: Teacher maksud sex tu ape? (sambil tersengeh-sengeh)

Bagi mengelak pelajar tersebut terpengaruh dengan perkara-perkara negatif,maka Teacher Fara memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Pelajar: Sambil menangis. Teacher, panjangnya jawapan. Tak sempat saya nak tulis kt buku ni.

NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....


Bijak atau Belit?


Cikgu Farid memanggil semua pelajar ke padang bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Cikgu Farid: Okey.. Semua baring dan buat seperti mengayuh basikal. Kayuh laju-laju seperti kamu menuruni bukit.

Tiba-tiba ada pelajar membuat kayuhan yang perlahan.

Cikgu Farid: Hey Ramesh kenapa kamu perlahan, saya cakap laju seperti turun bukit.

Ramesh: Basikal saya naik bukit la cikgu.(dengan penuh yakin)


Amacam? He~
Syaza dapat dari sini.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini.

p/s: Pegawai bank a.k.a customer service itu memang membuatkan aku naik darah. Marah. Nasib baik mukanya tak berdarah. Merah. Ha~

Wassalam~

Monday, June 28, 2010

Cerita Antara Kita, Biarlah Rahsia | Penghargaan Dari Adik Tercinta

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah Syaza di sini, sihat-sihat sahaja.
Tapi, Syaza masih butuhkan kekuatan untuk menghadapi perkara baru dalam hidup Syaza. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan itu.

Semalam sememangnya hari yang bersejarah buatku.
27 Jun 2010, itu tarikhnya.
Entah demam apa yang melanda aku sehingga punya kekuatan untuk bercerita dengan 'nama yang punya senyuman di belakangnya' yang membikin dia tertanya tanya. Ada terselit gelak tawa.
Hari terakhir panggilan percuma aku gunakan untuk bercerita dengannya.
Cerita yang aku beri tajuk 'Kisah Dua Insan'.
Ya Allah, semasa aku bercerita, aku ditembak dengan pelbagai soalan dan membuatkan aku mencari jawapan lain daripada kebenarannya.

Ketika aku bercerita, dia dapat mengesan ada perjalanan kehidupan dia di situ. Namun, aku biarkan sahaja.
Soalan demi soalan diberikan dan aku cuba lari dari jawapan yang sebenar.
Bila tamatnya cerita, sekali lagi aku ditembak di soalan yang bisa. Peluru demi peluru menuju laju ke jantungku. Namun, aku hanya berserah kepadaNya supaya jawapan sebenar tidak terungkai.

Pabila soalan darinya ditujukan padaku, aku juga akan membalasnya dengan soalan.
Aku bangga dengannya kerana dia masih ingat cerita itu.
Jarang ada insan yang sebegitu.
Aku bersyukur pada Allah kerana temukan aku dengan dia.

Luahan rasa membuatkan aku sakit kepala.
Perbualan antara kami sememangnya berlandaskan satu perkataan iaitu 'JUJUR'.
Aduhai, aku memang gagal dalam kejujuran dengan orang yang sebegitu.
Aku memang seorang yang jujur pada orang, namun aku tidak akan begitu kepada segelintir orang. Dan dia termasuk dalam kalangan segelintir itu.
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana percayakan aku. Walaupun kami tidak pernah bersapa depan mata.
Aku rasa itu semua tidak perlu.

Perlawanan awal bola sepak semalam, tidak dia tontoni. Pada jam 11 malam baru dia tonton.
Aku tidak tahu apa pula demam dia, sanggup berbual dengan aku sebegitu lama.
Satu yang pasti ialah cerita antara kita, biarlah rahsia.


quiet Pictures, Images and Photos


Seterusnya, ada penghargaan buatku dari adikku, Khairah.
Ada yang aku tangguh dahulu dan ada yang baru.
Terima kasih atas penghargaannya. ;)




Kena jawab soalan juga. ;)

1. Suka tak dapat award neyh?bagi ucapan sikit... ^_^v

Suka. Saya amat gembira kerana menerima penghargaan ini dan saya rasa amat dihargai. Ha~ Poyonya ayat.

2. Bintang tuh cantik tak di mata kamu? suka bintang?

Mestilah cantik. Suka sangat. ;)

3. Dua blog yang selalu kamu jengok dan baca entry terbarunya

Kak Zara: Dunia Sebelah Zara dan Khalilah

4. Bagi award neyh kepada 3 blogger yang lain yaa..jangan lupa tau..

Khalilah
Kak Zara
Kak Rathiqah




1. Thank and link the person that gave you the award.
2. Pass these award to 15 bloggers that you've recently discovered.
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4. State seven things about yourself.

S
E
M
U
A
F
O
L
L
O
W
E
R
K
U

Seven things about myself :

Syaza Syafeeqah Bt Mohammad Khasnan
21 Jun 1992
Islam
Melayu
Suka menulis
Suka berkarya
Seorang insan yang masih mencari cintaNya. ;)

Ok, itu sahaja.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Mulakan hari-hari kita dengan zikrullah, mudah-mudahan hati kita akan tenang. :)

Wassalam~

Sunday, June 27, 2010

Debaran Semakinku Rasa | Aku Sudah Jadi Tunangan Orang?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua?
Wah, sudah lama Syaza tidak meninggalkan jejak di blog ini ya.
Maaf ya, Syaza tidak punya masa kerana sibuk berkemas untuk melanjutkan pelajaran.
Paling tidak pun, Syaza jenguk sahaja blog ini tanpa sedikit penulisan buat kamu.
Maaf ya. Gomen nasai!

Bila sebut tentang melanjutkan pelajaran ni, memang serabut kepala Syaza dibuatnya. Nak beli ini, nak beli itu. Nak kemas ini, nak kemas itu. Aduhai.
Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk Syaza ya.
InsyaAllah kalau Syaza punya kelapangan masa untuk meng'update' entri di blog Syaza ini, supaya kamu turut masa bagaimana keadaan Syaza di sana nanti, Syaza akan update. InsyaAllah.

Semakin hari, Syaza menyedari bahawa Syaza semakin berdiam diri. Syaza pun tidak tahu kenapa dan mengapa.
Mungkin kerana memikirkan apa yang perlu dibereskan. He~
Sememangnya debaran semakin dapat kurasakan.

Semalam, Syaza dan 'nama yang punya senyuman di belakangnya' bermain kata-kata.
Seawal jam 7.20 pagi, telefon bimbit berbunyi - menganggu penghayatan aku ketika menonton video Wanita Berkalung Sorban
Nama dia terpapar di skri. Aku tersenyum.
Kubaca mesejnya, membuatkan aku mengukir senyuman lebar.
Mula-mulanya, aku biarkan sahaja mesej itu. Ketika itu, aku tidak punya mood untuk bermain kata-kata. Kontang idea.
Tetapi akhirnya, aku balas juga dengan kata-kata yang diberikan oleh sahabatku kepadaku.

Mesej yang seterusnya diberikan. Tetapi selepas itu, mood aku sudah terbit. Aku taip satu huruf demi satu huruf. Membina satu perenggan yang penuh dengan ayat.
Mesej demi mesej dibalas dan akhirnya dia mengaku kalah.
Aku beritahu pada dia supaya lain kali kutip kekuatan untuk bermain kata dengan aku ya. :)

Penulisanku yang ini telah membuatkan orang salah faham. Aku ketawa bila mendengar cerita dari adikku.
Aku sarankan pada semua, jangan hanya terpedaya pada tajuk ya.
Baca isi sampai ke akhirnya dan persoalan di minda akan terhapus segala.

Bila ada yang sudah masuk meminang, mesti sudah jadi tunangan orang bukan? Ha~
Perkara ini memang buat aku senyum dan ketawa.
Aku masih belasan tahun dan aku ingin jadi tunangan orang?
Aduhai, mungkin itu bukan aku.
Aku masih punya matlamat yang perlu aku selesaikan.

The ring Pictures, Images and Photos


Cincin yang terselit di jari manisku pun belum ada.
Lagikan hantaran yang datang ke rumahku.
Aku rasa aku perlukan hantaran yang mahal harganya. Ha~ Tamakkan aku.
Jadi, jangan masuk meminang ketika ini ya.
Kalau tidak mahu hatimu ditembak dengan kata-kata yang akan aku berikan.

Kalau mahu juga, tolong berikan aku gelang tangan yang punya huruf S tergantung di gelang itu ya.
Cincin? Tidak akan aku pakai. Aku tidak suka.
Paling tidak pun, berikan aku jam tangan digital yang punya namaku di belakangnya.
Ya, sememangnya aku tidak gemar jam yang punya jarum di dalamnya. ;)
Hantaran?
Berikan aku sebuah rumah banglo ya. He~

NEWBORN DIGITAL WATCH Pictures, Images and Photos


Seperti aku tulis sebelum ini, borang masih boleh diisi, tetapi akanku teliti satu persatu bila aku sudah dewasa dan bekerjaya nanti.
Ada yang sudi? Ha~

Wassalam~

Monday, June 21, 2010

Hari Ini Hari Istimewa Buatku - Ada Yang Nak Masuk Meminang?

Assalamulaikum semua!

Alhamdulillah dapat juga kita bersua di lembaran ini ya.
Kamu semua apa khabar? ;)

Ya, hari ini memang hari istimewa buat Syaza.
Kenapa istimewa?
Kerana tarikh ini adalah tarikh keramat bagiku. Ha~
Mungkin aku tidak perlu bagi tahu pada semua orang tentang tarikh ini.
Biarkan sahaja tarikh ini berlalu dengan ucapan-ucapan dan doa-doa yang diajukan khas buatku.
Aku menghargai kepada sesiapa yang mengucapkan satu ucapan yang lazim pada tarikh keramat ini.
Doumo arigatou gozaimasu!

special day Pictures, Images and Photos


Oklah, Syaza taknaklah buat kamu ni pening disebabkan Syaza terlalu banyak sangat rahsia dengan kamukan. Kesian pula kamu ya. He~

Tarikh keramat ni adalah tarikh kelahiran Syaza ke dunia ini.
21 Jun 1992, itulah tarikhnya.
Syaza nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh ini secara langsung dan tidak langsung.
Yalah, sekarang ni, facebook, myspace dan lain-lain, boleh ingatkan bila hari lahir seseorang itukan. So, senanglah orang nak ucap. He~
Terima kasih pada semua ya!

Syaza juga nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada keluarga Syaza yang tercinta. Kepada ayah, ibu, Kak Long, Kak Farah dan Abby.
Terima kasih sangat-sangat!
Ajja amat menghargainya dan Ajja akan ingat sampai bila-bila. The best birthday ever! Sebab satu keluarga ada kat rumah.
Mungkin juga, ini adalah kali terakhir Syaza akan sambut hari jadi Syaza bersama keluarga. Yalah, diri inikan dah nak terbang untuk melanjutkan pelajarannya. Hu~

Terima kasih kepada adikku, Khairah Nazurah yang telah mengejutkan aku pada jam 12.00 pagi tadi. Syaza yang dah tidur ni, mamai-mamai nak jawab. Syaza hanya mampu jawab, " Em."
Untuk entri tu, terima kasih!
Kad Hari Jadi tu, terima kasih ek! Comel dan mantap kata-kata di dalamnya.
Dompet baru tu, cantik. Doumo arigatou gozaimasu!

Ini yang dapat Syaza ucapkan buat keluarga Syaza.
A i s h i t e r u! ;)

Kepada sahabatku, Citi Manisa, terima kasih ucapannya ya!
Kepada rakan-rakan mukabuku-ku, terima kasih atas ucapan kamu juga. Syaza amat menghargainya.
Kepada Ustazah Noraini, Hajati, Cik Amy dan Cik Gaban, ucapan terima kasih buat kamu juga ya!

Terharu rasanya.
Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dengan kematian.

Terima kasih atas doa yang telah kamu titipkan buat Syaza ya. ;)
Doakan yang terbaik untuk Syaza ya.
Mudah-mudahan diri ini berjaya di dunia dan di akhirat. Berjaya di dunia dan di akhirat dan sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Amin~

Ada hadiah istimewa buat Syaza tak? He~
Apa?
Ada yang nak masuk meminang?
Aduhai, itu akan Syaza kemudiankan ya!
Isi sahaja borang yang kusediakan itu, tetapi aku akan lihatnya selepas tamat pengajianku ya!

Black Paper Pictures, Images and Photos


Bukan aku tolak, tetapi bukan ini masanya.
Kamu sanggup tunggu bukan?
Kalau tidak, tinggalkan saja. Aku tidak kisah. Jangan buang masa.

Ada yang suruh aku cari jodoh.
Tengoklah macam mana ya.
Mudah-mudahan ada calon yang terbaik buat aku.
Mungkin ada yang akan kata, itu bukan tugas aku.
Aku akan jawab, kita juga perlu berusaha bukan?
Dan Allah akan tunjukkan yang terbaik buat kita.

Apa-apapun, terima kasih untuk semua atas ucapan " Selamat Hari Jadi Yang Ke-18 tahun " buat aku.
Nanti Syaza akan muat turun gambar-gambar yang berkenaan ya!

Mudah-mudahan hidup kamu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Amin~

Wassalam~

Sunday, June 20, 2010

Tag Dari Khairah! :)

Assalamualaikum semua!

Rindu Syaza tak? Ha~
Apa khabar kalian?
Syaza harap kamu semua dalam keadaan sihat hendaknya.
Syaza di sini, alhamdulillah sihat. :)

Alhamdulillah, sekarang ni Syaza ada kelapangan untuk meng'update' blog Syaza ni.

Firstly, Syaza dapat tag dari adik Syaza, Khairah.
Terima kasih, Khairah!Doumo arigatou gozaimasu. ;)

Ni tagnya:



Ini pula soalan untuk tag ni. Meh kita jawab!


Anda happy sekarang?

Alhamdulillah, happy!


Kenapa anda happy?

Sebab... Sebab saya happylah. Tak boleh dirungkai dengan penulisan mahupun kata-kata mungkin. Ha~


Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?

Dapat meneruskan penulisan tanpa berhenti di tengah jalan. Mendapatkan apa yang kita mahukan. Tetapi, kadang-kala ia juga tidak bagus untuk kita, bukan? ;) Dapat berkumpul satu family, jalan-jalan! Yeah! Itu yang aku mahukan.


Pernahkah anda menerima tag?

Pernah


Nyatakan warna yang anda suka?

Banyak. HITAM nampak KEMAS. PUTIH tampak SUCI. BIRU tanda KETENANGAN. Kadang-kadang, ikut moodlah. :)


M: Beritahu 9 orang yang anda mahu tag what??

Sembilan? Wah, terlalu ramai. Syaza memang fail bab tag orang ni. So, sesiapa yang nak ambil, ambillah ek!

1. A
2. N
3. D
4. A
5. S
6. E
7. M
8. U
9. A


Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.

Seseorang yang saya hargai! Terima kasih sebab baca blog Syaza yang tak seberapa bagus ni. ;)


Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

Alhamdulillah happy. Bukankah kita patut bersyukur apa yang kita ada? :)



Ok. Done!

Esok, InsyaAllah pergi medical check-up. Esok juga adalah hari istimewa buat aku. Sedang mempersiapkan diri untuk melanjutkan pelajaran di negeri orang dengan niat kerana Allah. Aku juga sedang kumpulkan keberanian dan ketabahan untuk kutempuhi segalanya yang akan datang nanti.

Wassalam~

Thursday, June 17, 2010

Award Dari Khalilah :)

Assalamualaikum. :)




Hari ni Syaza dapat award dari Khalilah, kawanku. Cewah!
Thank you Khal! Susah-susah je kau bagi aku award ni. Haha

There's a few questions i have to answer :)


1. Suka melukis tak?
Tengok mood jugalah. Kadang-kadang suka, kadang-kadang tak.


2. Bosan, bosan suka buat apa?
Online, jalan-jalan, sambung cerita yang terbengkalai, tengok tv dan yang paling penting, kalau penat, TIDUR! Yeah!


3. Kenapa siput babi berjalan lambat?
Siput babi berjalan ke? Sampai bila-bila dia takkan sampai ke tempat yang dituju kalau dia berjalan. Ha~

snail Pictures, Images and Photos


4. Cute tak orang yang bagi award ni?
Of course. Tengoklah nama dia kat Rakan Cyber Syaza. IlahQute. Memang terbukti kecomelan dia. Ha~ Khal, jangan kau lupa belanja aku arr. Haha


5. 5 orang penerima award dan tag seterusnya :

- KN28
- Kak Tiefazatie
- Kak Syana
- Abang K.K.K
- Adeq

Tadaa! Dah siap!

Wassalam~

Kata-kata Dia Memang Buat Aku Ketawa Terbahak

Assalamualaikum semua.

Wah, dah lama juga Syaza tak menyibuk kat sini.
Semenjak dua menjak ni, Syaza agak sibuk untuk persiapan melanjutkan pelajaran.
Maaf ya!

Syaza akan terbang ke Kuala Lumpur pada 3 Julai ni dan Syaza akan daftar di Perak pada 4 Julai.
Perak kat mana?
Syaza akan melanjutkan pelajaran kat UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Perak! Here I come! He~

Kemungkinan besar, blog ni tidak akan ter'update' dalam jangka masa yang panjang.
Syaza harap, kamu faham ek! ;)

Semalam, semasa tengok Showdown 2010, Syaza mesej dengan 'nama yang punya senyuman di belakangnya'.
Disebabkan Syaza dapat bonus dari Celcom sebab setia sehingga ke akhir hayat. Ha~ Dapat percuma 55 SMS kepada senarai 8pax. Jadi, Syaza bagilah mesej pada dia.
Bilalah Syaza nak bagi tahu nama dia kan. He~
Sebenarnya nama dia pernah ditulis di blog ni. Cuba-cubalah teka ya.

Syaza tengok Showdown 2010?
Yes, of course!
Menghilangkan kebosanan hari Rabu, sebab tak ada program.
Walaupun semalam memang ngantuk tahap gaban, tetapi masih lagi dapat dibendung.

Semalam mesej dengan dia memang buat aku ketawa pada waktu tidurku.
Kata-kata 'nama yang punya senyuman di belakangnya' memang buat aku ketawa terbahak. Aku ingin ketawa sahaja apabila teringatkan kata-kata dia.
Memang poyo arr dia ni.
Sebab apa Syaza boleh ketawa?
Kita orang cerita pasal PLKN dan terselit dan satu tajuk ni.
Tajuk ni memang buat aku ketawa bila memori ini dimainkan kembali akan cerita yang dikongsikan.

Syaza rasa pelik juga, sebab tak ada terselit rasa cemburu atau apa-apa sahaja perasaan yang sewaktu dengannya.
Ini kerana, Syaza hanya anggap dia sebagai kawan Syaza sahaja.
Mungkin juga, hatiku sudah tawar terhadapnya. Ha~
Bosan menunggu agaknya.
Lagipun, kalau bab cemburu-cemburu ni, bukan pada Syaza. Syaza tak akan rasa apa-apa kerana Syaza akan kutip kekuatan untuk semua itu.



Syaza beritahu pada dia yang Syaza akan terbang ke Kuala Lumpur pada 3 Julai ni dan jawapannya membuatkan aku biasa sahaja. Ha~
Dia beritahu Syaza supaya jangan lupakan dia.
Syaza balas, insyaAllah takkan lupa punya. :)

InsyaAllah, kalau Syaza punya masa dan idea untuk update, Syaza akan update.
Syaza minta maaf sangat-sangat kalau blog Syaza ni lama menyepi ya.

Medical check-up, bila aku nak pergi? Ha~

Wassalam~

Saturday, June 12, 2010

Hatiku Berbunga Mekar Apabila Melihat Satu Nama Punya Senyuman Di Belakangnya.

Assalamualaikum semua.

Hari yang agak membosankan, bukan?
Sekarang ni kerja Syaza online, online dan online.
Kenapa online je?
Sebab tak tahu nak buat apa. He~
Kamu pula macam mana?

Kalau online, Syaza tengok cerita online. Cerita korea ke, jepun ke. Apa-apa jelah, asalkan best.

Walaupun Syaza ni balik-balik online, tapi tak ada idea nak update apa untuk blog ni. Sorrylah ek.

......................................................................................

Semalam masa tengok bola, adik Syaza tanya Syaza: " Bila PLKN balik?"
Ya Allah, kenapa dia tanya soalan ni?
Syaza jawablah: " Kalau sebetul-betulnya esok lah (12.06.2010). Kenapa?"
Adik: " Dia dah balik ke?"
Syaza: " Entahlah. Kenapa?"
Adik: " Ajja mesejlah. Tanya dia balik bila."

Aku hanya mengukir senyuman walau telefon bimbitku telah adikku berikan.

Syaza: Nak tulis apa?
Adik: Ish, marilah!

Terus adikku yang menaip mesej tersebut. Syaza pun tak tahu apa yang dia tulis. Syaza biarkan sahaja. Jam dinding menunjukkan jam 11 lebih.

Adik: Eh, kenapa ada senyuman kat belakang nama dia?
Syaza: Hah? Aku tersenyum.

Setelah mesej dihantar, adikku sudah setia menunggu mesej yang dibalas olehnya. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitku berbunyi tanda satu pesanan ringkas kuterima.

Adik: Apa dia balas?
Syaza: Jap.
Adik: Cepatlah. Jangan padam ek mesej tu.
Syaza: Ya.

Sememangnya kalau ada mesej yang kuterima, selepas dibaca aku akan terus memadamnya setelah dibalas.

Setiap mesej yang diterima kubalas. Setiap mesej yang diterima kuberikan adikku untuk membacanya.

Sememangnya hatiku berbunga mekar apabila melihat satu nama punya senyuman di belakangnya. Ha~ Nama yang punya senyuman itu hanya dia.



Katanya, dia tidak mahu pulang ke KK dan hanya ingin menetap di kampungnya sahaja. Adikku terus membantah. Tidak puas hati agaknya dengan jawapan yang diberikan.

Penggunaan perkataan 'aku' dan 'kau' agak tidak selesa bagi aku. Kerana aku biasa memanggil namanya. Namun, aku hanya biasa sahaja. Dia memang kawanku. Aku dan dia hanya kenalan yang payah untuk kami ungkapkan saat perkenalan itu. Ha~

Apa-apa pun, doaku sentiasa mengiringimu. Namanya sentiasa kuselitkan dalam doaku.

Wassalam~

Friday, June 11, 2010

Comel Biskut Ais Krim Ni, Bukan? Seperti Orang Yang Berikannya Kepadaku.

Assalamualaikum.

Post kali ini, Syaza hanya nak masukkan tentang award yang Syaza dapat dari Aqyla.

Terima kasih Aqyla!

Doumo arigatou gozaimasu. :)




Menurut award ni, blog Syaza cantik. Hah, taklah cantik sangat pun. Simple je. Simple is the best, right?

Comel award ni. Ais krim. Huh, meleleh dah ni. Bilalah nak makan ais krim yang berwarna-warni ni. Ada yang ingin dermakan? He~

Terima kasih ek Aqyla. I'm really appreciate it.

Itu sahaja buat masa ni.

Butuhkan masa untuk sambung cerita 'Inikah Saudaraku?'. Tapi bila masanya? Hurm...

Aku bukan taman permainan yang boleh kau mainkan bila-bila masa. Terima kasih.


Wassalam~

Wednesday, June 9, 2010

Selamat Hari Jadi Rizana Aida!

Assalamulaikum semua.

Apa khabar?
Lama Syaza menyepikan?
Perlukan sesuatu untuk ditulis di ruangan blog ini.
Aduhai, amat payah rasanya.
Tetapi...
Hari ini sudah kutiup sedikit habuk yang melekat di blog ini.
Ah, mungkin juga tidak perlu kubersihkan.
Kerana ada juga yang setia menjenguk blog ini bukan?
Hah, cuma empunya blog yang malas menaip! He~

Syaza baru saja selesai menonton drama yang disarankan oleh Kak Long. Cuma belum habis menontonnya. Mahu masa untuk berehat sebentar.

Bercakap tentang kakak sulungku.
Entry ini ingin kutitipkan kepadanya. :)
Kerana hari ini hari istimewanya.

Selamat Hari Jadi Kak Long!


Kakak sulung dalam keluarga Mohammad Khasnan iaitu Rizana Aida telah dilahirkan pada 9.6.1985.
Memang beruntung kami empat beradik, oh bukan! Silap! Bukan adik beradik sahaja namun kami sekeluarga mendapat kakak sulung yang sebegitu. Tegas kepada adik-adiknya supaya adik-adiknya mendapat sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya.
Tidak Syaza nafikan bahawa dia yang menjadikan Syaza seorang manusia.
Manusia yang minat dalam subjek Matematik. Hah!
Ya, matematik.
Dia yang mengajarku.
Dia yang memsukkan minat terhadap matematik ke dalam diriku.
Ya, dia yang bernama Rizana Aida.
Yang kami gelarkan Kak Long di rumah.

Pemergian dia buat pertama kali ubntuk melanjutkan pelajaran di Shah Alam suatu masa dulu memang membuatkan aku mengalirkan air mata setiap hari, setiap kali mendengar suaranya di telefon.
Pemergiannya membuatkan aku lebih tabah dan mengerti erti berdikari.
Ya, dia yang mengajarku. ;)
Tiada erti kalah bukan?

Inilah Kak Long.

Di sini Syaza nak ucapkan Selamat Hari Jadi Kak Long!

Semestinya doa yang terbaik kutitipkan untuknya. :)

Nah, surat cinta kuberikan untuk dia.

Syaza bersama Kak Long. Macam kembar bukan? Hah, perasan.



Terima kasih atas segalanya Kak Long!
Doumo arigatou gozaimasu. :)


Wassalam~

Thursday, June 3, 2010

Anda Mahu Cantik?

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Syaza harap kamu semua sihat wal'afiat ya.
Di sini, Syaza hanya ingin berkongsi sesuatu untuk kamu.
Bacalah ek. :)

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???


# Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan)
sebagai "Hiasan Mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.


# Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.


# Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa "Malu" yang dibuat dari salon "Iman".


# Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
"Dosa" dan "Kesalahan" yang anda lakukan.


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur "Pandangan Lelaki" yang
merbahayakan.


# Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu"
dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwwah".


# Sebaik-baiknya kalung anda adalah "Kalung Kesucian".


# Bedaklah wajah anda dengan "Air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat.

credit: www.murabbi.net


Wassalam~

Tuesday, June 1, 2010

Inikah Saudaraku?

Assalamualaikum.

Hari ni, alhamdulillah akhirnya siap juga cover untuk cerita 'Inikah Saudaraku?'.
Anda boleh layarinya di blog IniCeritaKu.

Syaza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Farah, iaitu my second sister sebab dia yang buatkan covernya.

Covernya amat memuaskan Syaza.

Terima kasih Kak Farah!


Ini hasilnya:




Cantik bukan? He~

Cerita ini tentang persaudaraan. Kalau nak tahu tentang cerita ini, anda boleh tekan sahaja di gambar itu untuk membacanya.

Di sidebar Syaza juga, ada Syaza sediakan untuk kamu langsung ke blog tersebut.

Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


Wassalam~

Remaja Dulu vs Remaja Kini

Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...


--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

--------------------------------------------------------------------------------



Remaja Kini...

Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!
Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.





credit: iluvislam

Wassalam~