Apa khabar semua?
MasyaAllah, lama dah tak mengupdate blog ni.
Semester baru dah bermula, kelas pun dah ada, tugasan pula semakin lama semakin bertambah. ;)
Itulah tugas sebagai seorang pelajar universiti.
Semoga Allah permudahkan urusanku dan urusanmu. InsyaAllah. Amin~
Cepat Jumpa Kawan, Lambat Jumpa Allah.
Apa sebenarnya yang Syaza maksudkan?
Maksud Syaza ialah...
Kalau nak gosip cepat-cepat jumpa kawan, tapi kalau nak solat lambat-lambat jumpa Allah.
Na'uzubillah.
Syaza tengok di sekeliling Syaza, ada sahaja yang begini.
Sememangnya kita tidak sempurna.
Tetapi, kita digalakkan untuk solat di awal waktu.
Dan kita tidak digalakkan untuk mengawalkan perbualan.
Kadang-kadang, Syaza pelik...
Kadang-kadang, Syaza pelik...
Mereka tak rasa bersalahkah terhadap Allah sebab melewat-lewatkan solat?
Ada yang solat subuh pukul 7 pagi, solat asar pukul 6.30 petang, solat maghrib pukul 8.30 malam.
Bukankah kita akan tergopoh-gapah apabila solat di akhir waktu.
Itu akan menyebabkan solat kita tidak khusyuk.
Bukankah Rasulullah pernah bersabda:
Kawan-kawan sekalian....
Bukankah lebih bagus kita selesaikan yang wajib dahulu?
Takut-takut, masa kita duk gosip Allah cabut nyawa kita sebelum kita sempat solat.
Na'uzubillah.
Bukankah Rasulullah pernah bersabda:
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).” (Muslim)
Kawan-kawan sekalian....
Bukankah lebih bagus kita selesaikan yang wajib dahulu?
Takut-takut, masa kita duk gosip Allah cabut nyawa kita sebelum kita sempat solat.
Na'uzubillah.
Jadi, dahulukan yang wajib dulu ye kawan-kawan. ;)
Tinggalkan dahulu perkara yang sia-sia.
Kalau kita nak Allah jaga kita, jadi kita kena jaga hubungan kita dengan Allah.
Itu sahaja. ;)
Wassalam~