Nuffnang Ads

Thursday, July 29, 2010

Buruk Itu Seni

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga Syaza singgah ke sini sekejap untuk mengubat rindu. Cewah!

Syaza saja-saja je nak tinggalkan jejak kat sini.

Syaza nak promosikan satu blog ni. Blog ni diberi nama 'BurukItuSeni'. Blog ni kepunyaan kakak Syaza yang kedua iaitu Kak Farah.

Blog ni sebenarnya menjual felt dan butang. Kedua-dua ni buatan tangan Kak Farah sendiri.
Jadi kalau ada masa, jenguk la ke blog ni ek.



Ade banyak lagi design selain yang terkandung dalam blog tu. Kalau kamu nak reka sendiri pun boleh. Cara-caranya cuma hantar emel kepada i_farah23@yahoo.com. Kamu boleh hantar gambar design yang kamu nak.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi Kak Farah seperti yang tertera di dalam blog tu ek.

Klik je pada gambar blog tu dan kamu akan langsung ke sana.
Terima kasih.

Wassalam~

Thursday, July 22, 2010

Beraksi Di Perpustakaan Bila Kebosanan Melanda

Assalamualaikum semua.

Apa Khabar?
Alhamdulillah Syaza di sini sihat wal'afiat.

Syaza sekarang ni berada di perpustakaan UPSI.
Sudah 4 jam Syaza duduk di kerusi perpustakaan ini.
Dua kelas dibatalkan.
Pukul 8.30 malam nanti ada program untuk kos yang Syaza ambil di Bitarasiswa, UPSI.
Jadi, Syaza cadangkan untuk duduk di sini sehingga Maghrib.

Syaza rasa macam dah ngantuk dah. He~
Bosan tahap gaban ni.
Assignment tu memang ada. Tapi buat masa ni tak ada idea. He~




Beraksi di perpustakaan membuatkan Syaza rasa biasa sahaja. He~
Ramai kawan yang pulang tetapi, tidak bagi Syaza.
Penat untuk berhimpit-himpit menaiki bas.

Webcam bersama keluarga membuatkan Syaza gembira tetapi kena mengawal suara.
Yalah, nama pun perpustakaan jadi tak boleh bising sangat.

Syaza sebenarnya bosan sebab tu tulis kat blog Syaza ni. He~

Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi membaca.
Idea tengah kering untuk menulis karangan tentang diri sendiri.
Perlu mengimbas kembali sewaktu Syaza lahir sehingga 6 tahun.
Tugasan yang amat menarik kononnya. He~

Rindu sama keluarga. ;)

Wassalam~

Tuesday, July 20, 2010

Menaiki KTM Sendirian Pengalaman yang Memenatkan

Assalamualaikum.

16 Julai 2010 (Jumaat)

Seusai sahaja kuliah habis, aku terus pulang ke kolej kediamanku untuk mengisi perut.
Selepas jam 3 petang, aku bergerak ke kampus UPSI untuk ke KTM.
Aku berjalan kaki ke KTM dari UPSI.
Jauh ke?
Agak jauh. Penat aku berjalan.
Matahari memang tepat mengenai wajahku. :)
Aku tiba di KTM lebih kurang jam 3.25 petang.
Kereta api tiba di stesen KTM Tanjong Malim pada pukul 3.55 petang.
Setelah aku bersemangat untuk menaiki kereta api tersebut, namun operator kereta api menyuruh kami untuk turun kerana ada masalah teknikal.
Aku pergi sendirian.
Cuba untuk berdikarfi sendiri untuk pulang ke Shah Alam.
Bertemu kakak sulungku, Rizana Aida.
Di samping ingin mencari barang keperluan harian du kolejku nanti.
Aku terpaksa menaiki kereta api yang seterusnya pada jam 4.55 petang.
Satu jam aku berdiri, menunggu ketibaan kereta api yang seterusnya.
Rasa macam mahu melelapkan mata, namun aku tahan takut terlepas stesen.
Aku dari Tanjong Malim dan menuju ke Rawang dan aku akan transit dari Rawang menuju ke KL Sentral.
Selepas itu, dari KL Sentral baru aku transit ke Pelabuhan Klang dan berhenti di Shah Alam.
Itulah peta perjalanan yang Kak Long berikan.
Aku coretkan ini di dalam KTM di tempat koc wanita.
Ini adalah pertama kali aku naik KTM sendiri. ;)

train Pictures, Images and Photos


***


Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke Shah Alam.
Perjalanan yang amat memenatkan.
Perjalanan dari Tanjog Malim sehingga ke KL Sentral, alhamdulillah aku dapat tempat duduk.
Tetapi sepanjang perjalanan aku dari KL Sentral sehingga Shah Alam, aku hanya berdiri. Tidak punya tempat duduk. Terlalu ramai orang. Mungkin waktu orang pejabat pulang. Sememangnya aku menggalas beg yang berat dan ia sungguh memenatkan. Sehingga kini kesannya masih ada.

20 Julai 2010 (Selasa)

Seawal pukul 6 pagi aku bangkit dari lenaku, bersiap untuk ke kuliah.
Setiba di kuliah, pensyarah tidak reti masuk. He~
Tidak mengerti maksud kasihan terhadap pelajar yang penat, namun tetap menghadiri kelas.
Penat, ngantuk.
Itu sudah menjadi lumrah seorang pelajar di universiti.
Mata sudah berpayung setengah daripada keseluruhan.
Permainan bola jaring semalam dari pukul 8 sehingga 11 malam memang membuatkan aku bertambah mengantuk.
Sekitar pukul 1 pagi baru dapat melelapkan mata. Penat.
Aura belajar cuba aku tetapkan supaya sentiasa ada.
Namun, jika pensyarah tidak memasuki kelas, memang membikinkan aku tersenyum sinis.
Aku hanya mampu diam.
Tidak berani untuk bersuara.
Senyap. :|

***


Kangen sama keluarga. He~
Ajja sayang semua! :)

Wassalam~

Tuesday, July 13, 2010

Coretan Hati Buat Yang Menunggu - Perpustakaan UPSI Memang Best!

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Ini coretan Syaza yang tertunggak.

3 Julai 2010, 1.45 petang.

Alhamdulillah aku selamat sampai di KLIA. Terima kasih atas doa kalian.
Penerbangan kali ini amat memenatkan aku. Aku bangun pada jam 4.30 pagi kerana perutku yang meragam.
Sekarang ini, aku sudah merindui keluarga. Menunggu waktu pendaftaran pada 4 Julai 2010 adalah satu perkara yang mendebarkan.
Kini aku berdikari sendiri.
Lambaian terakhir daripada keluarga tercinta memang akan kuingati.
Senyuman terukir dibibir walau Allah sahaja yang tahu perasaan aku bagaimana.
Aku hanya melaporkan apa yang terjadi sebelum ini.
Ah, sememangnya aku merindui keluarga.
Ya Allah, berikanlah aku ketabahan dan kesabaran. Sesungguhnya hambaMu ini lemah.


Sepanjang Orentasi : 5 Julai 2010 - 7 Julai 2010

Kelopak mataku sudah mula mahu menutupi mata. Kengantukan yang teramat melanda diri.
Seawal 4.30 pagi aku sudah membangunkan diri walaupun diri ini terasa lemah dan lesu.
Kepenatan semalam masih lagi terasa.
Eh, bukan semalam tetapi seminggu sudah aku tidak selesa untuk tidur.

stitch sleepy Pictures, Images and Photos


Aku sememangnya rindukan keluarga.
Aku balut kerinduan itu dengan menelefon mereka supaya mereka tahu keadaan dan aku juga melaporkan setiap perkara.
Kini aku di dewan Auditorium untuk mendengar taklimat dan aku menjangkakan ia amat membosankan.
Aku harap ia tidak terjadi.
Buat masa ini sesi minggu suai kenal (MSK) masih lagi suam-suam kuku. Tidak punya banyak aktiviti cuma taklimat dan hari ini adalah hari kedua aku berorentasi.
Orentasiku bermula 4 Julai sehingga 8 Julai.
Aduhai taklimat ini amat membosankan. Teramat bosan. Sehingga aku terlelap seketika. Mataku sudah tidak mampu menahan untuk dipaksa terus celik. Sudah cukup bagiku untuk lelap walaupun sesaat.


Orentasiku memang sempoi. Abang-abang dan kakak-kakak fasi memang best! Senang cakap, UPSI memang sempoi arr.
Pada malam Rabu, kami ada Malam Citra Budaya.
Malam ini seperti malam kebudayaan. Pada malam itu, suasananya amat meriah. Ada di antara kami yang menonjolkan bakat mereka tersendiri.
Aku? Jangan pernah kamu mimpi. He~


Malam terakhir berorentasi, kami berkumpul di padang UPSI. Ini yang dapat aku hasilkan.

Malam yang sunyi,
Aku duduk di bawah cahaya lampu neon,
Putih.
Berseri.
Wajah disinari cahaya lampunya.
Wajah yang sawo matang bertukar warna.
Senyum.
Duduk di atas permukaan rumput yang dialaskan dengan kanvas membuatkan nafas aku sesak.
Bukan asma ya.
Kuantiti kaum hawa terlalu ramai.
Terlampau banyak barisan.
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi,
Aku terima dengan tangan terbuka.
Suka.
Aku seperti di bawah nur putih.
Senyum.
Suci.
Aduhai, taklimat dan ucapan yang panjang membuatkan aku mahu tidur.
Ngantuk.
Tak suka.
Aku tidak duduk bersimpuh mahupun bersila.
Aku mengangkat kaki kanan untuk memberi sokongan menulis.
Tidak sopan?
Kamu lambat.
Aku sudah lakukannya.
Ya Allah, ngantuknya.


Istimewa Tanjong Malim.

Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Ianya cuma sebuah pekan. Bestlah juga. Oh, ya aku lupa untuk ceritakan kamu tentang tempat tinggalku.
Aku tinggal di Kolej Ungku Omar (K.U.O)
Ianya amat selesa kerana ia seperti sebuah apartmen dan aku tinggal di sebuah rumah. He~
Seperti punya rumah sendiri. Ya, aku suka di situ.

asdasd Pictures, Images and Photos
Ini hanya gambar hiasan tetapi rupanya lebih kurang sama.

Aku perlu menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak UPSI sendiri untuk ke Kampus UPSI.
Untuk menaiki bas, tidak ada erti sopan santun. He~
Sememangnya para bakal guru ini berebut untuk ke kelas. Termasuk aku. Bersemangat sangat. He~

Hari Pertama Kuliah.

Subjek pertama aku adalah Kokurikulum tetapi pensyarah tidak hadir. Penat aku menunggu di padang dari jam 8-10 pagi.
Subjek kedua aku adalah Falsafah, Teori dan Dasar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK). Nampaknya pensyarah kami agak sempoi. Aku suka ya.
Namanya Puan Fairuz Ain. ;)
Puan, kasi markah lebih ya nanti. He~

Hari Kedua Kuliah

Subjek pertama Kokurikulum tetapi pensyarah masih tidak masuk kelas.
Subjek kedua, pensyarah tidak dapat masuk dan dia suruh ke perpustakaan dan hasilnya adalah ini. ;)
Online lah apa lagi. Lama sudah tidak tinggalkan kesan. He~
Apa-apa pun perpustakaan UPSI memang best arr. ;)

..................................................................................

Terima kasih kepada sudi yang menunggu Syaza ya. Rindukan Syaza tak? He~
Kepada keluarga, ciuman layang aku berikan buat kamu. ;)
flying kiss Pictures, Images and Photos


Buat kalian, terima kasih kerana sudi membaca. InsyaAllah, kalau punya masa Syaza update lagi ya. Sekarang ini sedang tunggu wireless sampai ke laptop Syaza. ;) Tidak dijamin bila.
BUat masa ni, Alhamdulillah Syaza di negeri Perak ni baik-baik sahaja. Lagi-lagi di UPSI. Jangan risau ya.

Ok. Itu sahaja buat kali ni.

Wassalam~

Saturday, July 3, 2010

Doakan Pemergianku - Semoga Baik-baik Sahaja

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Terkejut Syaza boleh hantar sesuatu di blog ini.
Oh, tadi penerbanganku dibatalkan. He~
Eh, tidak.
Sekarang ni, aku sedang berada di tempat duduk kapal terbang. Pramugari sedang lalu lalang. He~
Aku bayangkan sahaja.
Syaza sudah setkan masa dan tarikhnya supaya kamu tidak rindukan Syaza. He~ Perasan.
Lagipula, aku buatkan entri ni khas untuk adikku, Khairah Nazurah. :)

Malaysia airline Pictures, Images and Photos


Dia tidak dapat menghantarku ke lapangan terbang.
Mahu tahu sebabnya?
Sila baca di entri ini ya.

Adikku, aku akan merinduimu! ;)
Jangan menangis atas pemergianku.
Be happy ek.
Nanti Kak Ajja bawa Abby jalan-jalan pergi Tanjong Malim ek. He~

Kuala Lumpur, Perak, I'm coming!
Aku ditemani Kak Long yang duduk di sisiku.
Kak Long juga akan menghantarku untuk pendaftaran pada esok hari. ;)

Aku merindui keluarga. Hu~
Ajja sayang semua!

Wassalam~

Friday, July 2, 2010

Hari Terakhir Di Rumah - Kucupan Mesra Kulayangkan Buat Keluarga Tercinta

Assalamualaikum semua.

Ogenki desu ka?
Apa khabar kalian?

Hari ni, 2 Julai 2010 adalah hari terakhir Syaza berada dirumah.
Esok, 3 Julai 2010 tepat jam 10 pagi sudah terbang ke Kuala Lumpur.
Lusa, 4 Julai 2010 sudah mendaftar di UPSI, negeri baru untuk aku menetap di sana, Perak.

Kini, sedang menghituk detik waktu bila masanya akan tiba untuk bertolak.
Sememangnya hari terakhirku di rumah hanya sibuk dengan mengemas semua barang-barang yang perlu dibawa.
Tadi, lepas ambil adik dari sekolah, terus bawa ke Pantai Tanjung Aru.
Itu permintaan dia. Aku hanya tunaikan kerana ini hari terakhirku untuk bersama dengan keluarga.
Pada 3 Julai 2010 nanti, dia tidak dapat mengikuti keluarga untuk menghantar aku ke lapangan terbang kerana ada sesi persekolahan pada hari itu. Persekolahan ganti namanya.

Terima kasih kepada keluarga Syaza:
Ayah
Ibu
Kak Long
Kak Farah
Abby


Terima kasih kerana hadir dalam hidupku.
Terima kasih ya Allah kerana Engkau berikan keluarga ini kepadaku.

Seperti sebelum ni Syaza katakan, merindui keluarga sesuatu yang wajib dalam hidupku di negeri orang nanti.

Kucupan mesra aku layangkan untuk keluarga tercinta.

flying kiss Pictures, Images and Photos


Kepada keluarga tercinta,
"Ajja akan cuba sedaya upaya untuk belajar sebaik mungkin di sana. Ibu, ayah, Kak Long, Kak Farah dan Abby, jangan lupakan doakan Ajja ya. Doakan Ajja semoga berjaya di dunia dan di akhirat. :)"


Berkumpul satu keluarga begini sememangnya akan aku rindui.


Dahulu kakak-kakakku yang meninggalkan aku. Dan kini, giliran aku pula.
Izinkan pemergianku ini.
Doakan Syaza ya.
Nanti kalau Ajja punya kelapangan masa walaupun sedikit, Ajja akan telefon ek. ;)

Ajja nak ibu, ayah, Kak Long, Kak Farah dan Abby tahu, bahawa Ajja akan merindui kamu semua sepenuh jiwa ragaku.
Ajja sayang kalian! A i s h i t e r u!

Terima kasih atas segalanya yang telah kalian lakukan terhadapa Ajja.
Ajja minta maaf kalau ada silap dan salah. Sumimasen.
Halalkan makan dan minum serta semua ilmu yang telah diberikan. :)

Itu sahaja untuk kali ini.
Maafkan Syaza kalau lepas ni, blog ni lama tak ter'update'.
Harap faham ya! ;)
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam~

Thursday, July 1, 2010

Mengemas Barang Membuatkan Fikiranku Serabut. Penyelesaiannya?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Syaza sekarang ni alhamdulillah sihat sahaja.
Syaza harap kamu begitu juga ya. ;)

Seperti yang kamu semua ketahui, Syaza ingin melanjutkan pelajaran ke UPSI.
Sekarang ni, dah mula kemas apa yang patut.
Baju, seluar, barang-barang yang perlu dibawa.
Aduhai, memang membuatkan Syaza pening kepala.

Dizzy Pictures, Images and Photos


Bila tengok kat atas katil, bertimbun baju yang nak dibawa. Ni yang tak suka ni.
Senarai barang yang perlu dibeli dan dibawa WAJIB ada supaya tak ada benda yang tertinggal.
Sebenarnya Syaza tengah kemas-kemas barang yang nak dibawalah ni. Tapi, disebabkan fikiran makin serabut, penyelesaiannya ialah online. He~
Mudah je kan?
Pinjam broadband Kak Long, cucuk kat laptop, terus online. Ha~

Sejak hari Selasa, tidurku tidak selesa. Pasal apa pun Syaza tak tahu.
Mungkin terlalu banyak yang perlu difikirkan.
Sehingga tidak dapat membezakan yang mana satu masalah, yang mana satu bukan.
Perkongsian masalah dengan seseorang membuatkan aku tidak bersuara. Kerana Syaza tak reti nak meluahkan. Tetapi Syaza reti untuk menyimpan. ;)

Pabila mendengar nyanyian seorang rakan yang jauh di mata tetapi dekat di hati sebelum tidur membuatkan aku tersenyum menahan ketawa.
Aku sudah janji untuk tidak gelak pabila mendengar nyanyiannya.
Tetapi, apabila lagu itu diulang, aku tidak dapat menahan.
Ketawa kecil terkeluar dari mulutku. He~

Debaran semakin kurasakan. Apa yang akan dilakukan semasa orentasi nanti ya?
Boleh tak kamu kongsikan pengalaman orentasi kamu?
Syaza memang perlukan persediaan untuk semua itu. He~

Bila teringat kata-kata 'nama yang punya senyuman di belakangnya' memang membuatkan aku pertingkatkan tahap kesabaranku.
5 tahun lagi?
5+5=10
Ya Allah, tingkatkanlah tahap kesabaranku.

Aku berkata padanya, penantian itu satu penyeksaan. Tetapi, penyeksaan itu dapat dikurangkan apabila penantian itu kerana Allah. InsyaAllah, penantian itu diredhai Allah.

waiting Pictures, Images and Photos


Kamu akan menungguku?
Aku akan pegang kata-katamu itu.
Untuk kali ini, aku tidak pasti sama ada aku sanggup menunggu atau tidak. Tetapi, aku cuba ya. InsyaAllah.
Dan aku pernah menulis puisi di bawah ini, dalam penulisanku di sini.

Tunggu dan Masih Menunggu

Pabila diri ini mula menunggu,
Ah, ia memang terseksa!
Rasa perit menyelinap jiwa,
Rasa rindu tertampal di dada,
Bilakah dia ingin kembali lagi?

Mungkin dia juga sedang menunggu,
Bila tibanya waktu untuk bertemu,
Namun, tidak kutahu,
Kerana dia dan aku hanya bisa membisu.

Huh! Keluhanku mungkin sementara,
Menunggu masa yang berjalan begitu lama.
Tik! Tok! Tik! Tok!

Aduh, sampai bila aku harus menunggu?

Adakah aku bertepuk sebelah tangan?
Ataupun bukan?

Jawapan masih belum terungkai,
Semua hanya berdiam diri.

Bisu 1000 kata.

Adakah aku terpaksa menunggunya?
Atau dengan kerelaan hatiku sebenarnya.
Tapi, aku rasa penat dan bosan, kenapa?

Penat menunggu jawapan darinya.
Atau aku sendiri yang tidak memberi jawapan kepadanya?

Perlukah aku menunggunya?

Hati ini tidak pernah lupakan dirinya,
Walau sejauh mana dia berada,
Kerana aku sudah biasa.

Kini, aku masih menunggu.

Senyap.


Ah, sememangnya aku akan merindui keluargaku tahap gaban.
Itu sesuatu yang WAJIB bagiku.

Oklah. Buat masa ni, ini sahaja dapat Syaza tuliskan.

Hari Sabtu ni, tepat jam 10 pagi diri ini akan terbang ke Kuala Lumpur.
Menunggu detik itu membuatkan diriku sedikit terseksa batin.


Wassalam.