Nuffnang Ads

Wednesday, December 21, 2011

Jagalah Mahkotamu Itu, Sayangku...

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Syaza harap kalian sihat hendaknya. ;)

Jagalah Mahkotamu Itu, Sayangku...






Penulisan ini dari lubuk hatiku.
Hati sebagai seorang rakan, teman dan sahabat.
Hati sebagai seorang yang bergelar wanita.
Hati sebagai seorang yang bergelar muslimah.
Aku mengaku aku juga hanya insan biasa.
Insan biasa seperti kamu.
Punya kesilapan dan punya kekhilafan.

Allah berikan kita akal untuk berfikir - baik dan buruk.
Allah berikan kita hukum untuk menjaga maruah diri kita.
Setiap perkara yang Allah tetapkan ada hikmahnya, tetapi kenapa kita masih tidak menyedarinya?

Adam...
Kamu adalah kaum yang sepatutnya membimbing kami ke jalan yang lebih baik.
Kamu tahu hati kami mudah lemah.
Kamu tahu hati kami lembut.
Kenapa mengambil kesempatan dalam kesempitan?

Hawa... Kenapa kamu perlu memenuhi permintaan Si Adam?
Bukankah rambutmu itu mahkotamu yang perlu kamu jaga sebaiknya?
Mahkota yang perlu kamu lindungi setiap masa?
Bukankah ia hanya boleh dilihat oleh orang yang telah ditetapkan oleh Allah sahaja?

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah An-Nur: Ayat 31)


Apa kamu pasti 'kekasih'mu itu sememangnya akan jadi jodohmu?
Memang benar, kita perlu berusaha mencari jodoh.
Tetapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Sayangku...
Dia masih tidak layak untuk melihat mahkotamu itu.
Dia masih tidak halal bagimu.
Dengarlah rayuan hatiku ini, sayangku....

Berubahlah...
Janganlah tertipu dengan godaan syaitan.
Janganlah tertipu dengan kata manis si Adam.
Janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata cintanya selagi dia tidak halal bagimu.
Walaupun kamu dan dia janji cinta selamanya,
Ingatlah, hukum-hakam Allah tetap perlu dijaga.

Jagalah mahkotamu itu, sayangku...
Sesungguhnya ia hanya layak dilihat untuk yang benar-benar layak sahaja.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka.

Syaza Syafeeqah

***

Nasihat kepada semua dan diri sendiri. ;)
Semoga kita diperkuatkan iman. InsyaAllah.

Pendapat seorang lelaki tentang Hawa yang memenuhi kehendak Adam: Wanita itu mudah untuk dipermainkan dan boleh diguna-gunakan.

Berjaga-jagalah wahai kaum Hawa.
Allah sentiasa melihatmu.

Ingat, Allah tidak pandang pada rupa tetapi pada hati. ;)

Wassalam~

Saturday, December 17, 2011

Sayembara Puisi.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza ingin memohon maaf sangat-sangat sebab lama dah tak update blog ini.
Tugasan yang diberikan amatlah banyaknya.
Harap faham.

Ini pun Syaza curi masa sedikit untuk menaip sesuatu berkongsi dengan kalian.
Walaupun buku tugasan di depan mata. Hehe.

Baiklah...
Semalam, 16.12.2011 (Jumaat), Syaza, Mastura dan Hisyam menyertai Sayembara Puisi sempena Hari Keusahawanan kot.
Mula-mula, Syaza ingat Sayembara Puisi ni bersajak sahaja.
Tiba-tiba, kawan Syaza, Hisyam kata ada orang kata Sayembara Puisi ni ada nyanyi, syair lah...
Jadi, kita orang pun berlatihlah nyanyi sekali.

Pada mulanya, Hisyam sahaja yang join. Tapi bila tahu ada nyanyian, Hisyam ni ajaklah kita orang yang suara pun tak sedap mana.
Kita orang berlatih dalam 3 hari je. Alhamdulillah semuanya okay.


Hari latihan. Hehe.

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu... Ya Allah, berdebar kot. Nasib baiklah ada yang menemani.
10 orang peserta yang menyertai pertandingan ini.
Lepas Hisyam sajak, kita orang pun naiklah pentas untuk menyanyi.
Semua peserta buat sajak je. Kita orang je yang lebih-lebih. Haha.
Bila dah habis semua, barulah kita orang tahu Sayembara Puisi ni untuk puisi sahaja.
Tapi tak apa. Kita dah buat yang terbaik.




Syaza memang tak pernah masuk sayembara ni, sebab tu tak tahu.
Kawan-kawan Syaza ada yang pernah masuk, dia orang kata ada nyanyi.
Kita orang ikut je lah.
Jadi, lepas ni menjadi satu pengajaran bagi kita orang.

Kami punya persembahan tak tamat di situ.
Kami dijemput untuk hadir program apa entah, untuk buat persembahan di Auditorium, UPSI walaupun tak menang.
Kami perlu buat persembahan di hadapan 5 buah negara. Berdegup jantung ni.
Pensyarah Bahasa yang menjadi juri pada hari itu, telah menjemput kami dan peserta yang mendapat tempat pertama. Alhamdulillah.

Lepas ni, kena persiapkan diri lagi.
Pengalaman sememangnya mengajar kita untuk menjadi lebih matang.

Wassalam~

Saturday, December 3, 2011

Kenapa Kau Hadir Saat Aku Ingin Padam Namamu?

Assalamualaikum semua.

Apa kahabar kalian?
Peace yo! -_-"



Kenapa Kau Hadir Saat Aku Ingin Padam Namamu?

Kamu...
Ya, kamu...
Saat aku bersujud pada yang Maha Esa,
Deringan pesanan ringkas kudengar jelas,
Kucuba untuk meneka,
Mungkin rakan seperjuangan di sini.
Selesai daripada itu, kusegera membaca pesanan ringkas yang kuterima.
Namamu terpampang di telefon bimbitku.

Apa aku rasa?
Aku rasa tidak percaya.

Kenapa?
Kenapa baru sekarang kau muncul setelah lama kau membisu?
Kenapa kau hadir saat aku ingin padam namamu?
Kenapa kau hadir saat aku ingin melupakanmu?
Kenapa?

Fikiranku kusut memikirkan semua itu.
Mungkin ada hikmahnya.
Aku mohon pada yang Esa supaya Dia berikan petujuk bagiku.

Kamu...
Pernah rasa apa yang aku rasa?
Pernaha alami apa yang aku alami?
Tidak, bukan?
Mungkin juga kau tidak mahu satu perahu denganku untuk merasa semuanya...
Untuk alami semuanya...

Terima kasih atas pesananmu.
Terima kasih atas ingatanmu padaku.
Aku hargai semua itu.

Aku cuba untuk selindungkan apa yang terjadi dalam hidupku daripadamu.
Kerana aku rasa, kamu tidak mahu tahu semua itu.
Perlukah aku ucapkan selamat tinggal padamu?
Atau aku teruskan dengan gantungan ini?

Ya Allah, bantulah aku.
Sesungguhnya aku buntu...

Wassalam~

Wednesday, November 30, 2011

Mimpi VS Realiti.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Ada yang kata mimpi merupakan mainan tidur.
Sehinggakan, ada mimpi yang sangat mengganggu ketenteraman kehidupan seharian kita.



Mimpi VS Realiti

Mimpi: Anda bahagia bersama si dia.
Realiti: Anda masih kaku, beku di ranjang sendiri memikirkan perkara yang bakal dilalui.

Mimpi: Anda berjumpa dengan si dia, tersenyum sipu - malu.
Realiti: Wajah ceria, hati merana.

Mimpi: Si dia memandang tepat ke mata anda.
Realiti: Jumpa pun tak nak.

Mimpi: Si dia bertekad untuk memberitahu sesuatu kepada anda.
Realiti: Si dia hanya dia membisu tanpa memberitahu khabar berita.

Mimpi: Si dia masih bersama anda sepanjang masa.
Realiti: Satu saat pun tak nak tengok muka.

Mimpi: Si dia masih menunggu anda walaupun banyak halangan yang datang.
Realiti: Bila anda susah, dia hanya kata "Bersabarlah..."

Mimpi boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
  1. Mimpi baik, adalah khabar gembira yang datang dari Allah
  2. Mimpi sedih, adalah mimpi yang datang dari syaitan
  3. Mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: "Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
 
(Muslim)

Wassalam~

Tuesday, November 22, 2011

Sang Harimau Menelan Sang Garuda.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Harapnya sihat hendaknya, insyaAllah.

Mesti ramai yang akan tulis tentang bola sepak kan?
Rasanya, Syaza pun salah satunya.



Syaza nak mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemain bola sepak Malaysia di Sukan Sea 2011.
Berdebar rasanya pabila tengok penalti.
Kemenangan tipis Malaysia - Indonesia, 5 - 4 membuatkan ramai rakyat Malaysia bangga dengan pasukan sendiri.
Walaupun kami tidak mampu ke Indonesia, tetapi semangat kami ketika menonton perlawanan di televisyen memang membuak-buak.
Sorakan untuk pasukan Malaysia amat hangat pada malam hari.

Syaza target Malaysia vs Indonesia (2-1), tetapi sehingga masa tambahan masih (1-1).
Akhirnya, Malaysia menang. Alhamdulillah.
Disebabkan bola sepak juga kedai-kedai makan penuh.

Kami di sini sentiasa menyokong pasukan Malaysia. Tidak kira apa jua yang melanda. Hehe.
Doa, Harapan dan Kepercayaan kami terhadap pasukan Malaysia sememangnya tidak pernah lengang.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah atas kemenangan ini.

Cayalah Malaysia! ;)


Tahniah kepada anda, anda dan anda:


  1. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
  2. Mahali Jasuli
  3. Mohamad Fadhli Mohd Shas
  4. Mohd Asraruddin Omar 
  5. Mohamad Fandi Othman
  6. Mohd Irfan Fazail 
  7. Baddrol Bakhtiar (cpt) 
  8. Ahmad Fakri Saarani 
  9. Mohamad Muslim Ahmad
  10. Mohd Zubir Mohd Azli
  11. Thamil Arasu Ambumanee 
  12. Yong Kuong Yong
  13. K. Gurusamy
  14. Muhd Nazmi Faiz
Ucapan tahniah juga kepada jurulatih pasukan Malaysia, Ong Kim Swee.



Lirik Lagu Gemuruh Suara
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.
Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!
Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!
Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Wassalam~

p/s: Kesian tengok Izzaq bertongkat. Kita kembar der~ Syahrul cedera buku lali.

Tuesday, November 15, 2011

Semoga Berjaya kepada Semua Adik SPM.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Hari ni nak cuba buat video pula la. :P



Semoga berjaya kepada semua adik yang menduduki peperiksaan SPM. 
Buat baik-baik. 
Doa sebelum menjawab soalan ek. 
Allah sentiasa bersama kamu. 

 Kepada adikku, Khairah Nazurah kami sekeluarga sentiasa mendoakan kamu untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 
All the best! 

Wassalam~

Wednesday, November 9, 2011

Kadang-Kala, Kita Perlu...

Assalamualaikum semua.

 Apa khabar kalian?
Maaf, lama menyepi.

Kadang-Kala, Kita Perlu...


Kadang-kala, kita perlu rasa sedih.
Supaya hari akan datang hati kita gembira.

Kadang-kala, kita perlu rasa sakit.
Supaya hari akan datang kita dapat cari cara menangani sakit itu apabila ia datang menerpa lagi.

Kadang-kala, kita perlu tersadung.
Supaya hari yang akan datang kita mengatur langkah dengan lebih baik.

Kadang-kala, kita perlu rasa kejatuhan.
Supaya kita berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan.

Kadang-kala, kita perlu merendah diri.
Supaya manusia dan Allah tak benci.

Kadang-kala, kita perlu berdiam diri.
Supaya tiada siapa yang sakit hati.

Kadang-kala, kita perlu rasa kegagalan.
Supaya kita bangkit berusaha tanpa mengerti putus asa.

Ya, hidup ini kadang-kala ada masinnya, kadang-kala ada pahitnya.
Tidak semua perencah kehidupan adalah manis.

Allah berikan musibah, kerana setiap musibah ada rahmatnya.
Allah berikan kita pilihan, supaya kita mampu berfikir yang terbaik untuk kita.

Kadang-kala Allah jatuhkan kita.
Supaya kita sedar kesilapan kita.

Maka janganlah kamu semua mengeluh atas kepahitan hidup.
Jangalah berputus asa atas kegagalan.

Kerana...
Anda mampu mengubahnya. ;)

Motivasi untuk diri sendiri.

Wassalam~

Friday, October 28, 2011

Cinta Luar Biasa


Cinta Luar Biasa
Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..


Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. . 


Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .
Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil.. 


Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan.. 


Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..
Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Sumber: Pakar Cinta

Tuesday, October 25, 2011

Adakah Benar Dia Untukku?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.

 Baiklah, Syaza nak ceritakan penulisan Syaza di Team Halaqah.
Mungkin ada yang sudah baca dan mungkin ada yang belum.
Penulisan yang mana?
Yang ini:
Adakah Benar Dia Untukku? Part 1
Adakah Benar Dia Untukku? Part 2

Ramai yang beranggapan cerita ini adalah benar.
Dan ramai yang bertanya kepada Syaza, Syaza dah dilamar ke?
 Tersenyum seketika apabaila ditanya soalan sebegitu.
Bersyukur juga ada, kerana penulisan kita dapat menyuntik si pembaca.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Di sini, Syaza nak beritahu bahawa cerita itu hanya sekadar cerita.
Tidak ada berkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ;)

 Mana datangnya idea?
Idea ni datang ketika Syaza baru pulang dari MidValley bersama kawan-kawan setelah tamat peperiksaan.
Masa kat MidValley, kita orang banyak luangkan masa kat MPH Book Store.
Bila sampai rumah, tiba-tiba idea ni datang.
Ilham dari Allah.
Terfikir juga, macam mana kalau perkara ni betul-betul terjadi.
Kalau betul-betul terjadi, tak tahu nak cakap apa. Wallahu'alam.

Beberapa hari lepas, Syaza pergi ke kedai buku MPH di SACC Mall.
Kat mana tu? Kat Shah Alam.
 Syaza tengah tengok-tengok buku.
Tiba-tiba adalah seorang abang ni, tengok je. Syaza nak lalu, dia berdiri tengah jalan.
Syaza cakaplah, "Tumpang lalu."
Lepas tu dia cakap, "Cari buku apa?"
Syaza jawab, "Tengok-tengok je."
Dia balas balik, "Saya pun cari buku."
 Rasanya dia tak jumpa buku yang dia cari.
Mungkin dia nak tanya tapi, tak berani.
Sebab Syaza rasa pun macam nak lari. Haha.
 Bila dia tanya tu, Syaza terus teringat cerita Syaza yang Syaza tulis.
Nasib baik dia cuma tanya pasal buku.
Semppuuuuuutttttt juga. Hehe.

 Itu sahaja, Syaza nak kongsi.

Wassalam~

Wednesday, October 19, 2011

Cerita Tak Habuk Lagi - Sudah Bersama Kak Long! :P

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.

Okay, hari ni pun nak update entri yang agak pendek.
Sorry... Bukan tak ada masa, cuma belum punya idea untuk tulis panjang-panjang.
Ini pun, Syaza tak nak lah cerita ni berhabuk lagi. Hehe. :P

Alhamdulillah, sekarang Syaza dah ada kat Shah Alam!
Saya dah bersama dengan Kak Long!
Yeay!!! Alhamdulillah.
Seronok dan beronok-ronok dah ni. Haha.
Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan Syaza untuk berjumpa dengan Kak Long. ;)
Terima kasih, Allah.

Apa yang saya buat kat Shah Alam? Hehe.
Jalan-jalan dengan Kak Long sepuas hati. :P
Tengok TV, online (macam sekarang), baca buku and buatlah apa yang patut.
Sorry ek, entri kali ni agak sempoi~
Sebab otak nak rehat daripada memikirkan ayat-ayat yang dramatik atau bombastik. Hehe.
Tak adalah. Sebenarnya memang dah tak ado idea.

Dalam kesempatan ini, Syaza nak kongsikan buku yang Syaza baca sekaranglah ek.
Buku ni bertajuk 'Indeks Prestasi Nafsu' daripada Shuib Bin Sulaiman.
Komen Syaza tentang buku ni, walaupun baru mula membaca, agak menarik. Best!
Kita dapat tahu peringkat-peringkat nafsu. Ada nafsu yang tak dapat dikawal dan nafsu yang dapat dikawal.

Siapa yang mengawalnya?
KITA. Kita yang perlu bijak mengawal nafsu.

 Mahal ke buku tu? TAK. Hanya RM5.00 sahaja.
Amat berpatutan! Lagipun, ia kan ilmu.

 Kalau kome boleh beli baju RM20.00, takkan beli buku RM5.00 pun tak boleh. :P

  Sorry kalau terasa.
Esok, kalau cuaca baik, mungkin Syaza dan Kak Long akan ke IKEA dan MidValley. InsyaAllah, kalau Allah izinkan.

Hei, Syaza... Awak ingat awak artis ke, orang nak tahu awak pergi mana...
Saja bagi tahu, sebab dah tak tahu nak tulis apa. Hehe.
Kalau terjumpa ke, sapa je lah ek. ;)

 Wassalam~

Sunday, October 16, 2011

Cerita Dah Berhabuk - Jumpa Kak Farah di UPSI. :)

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.

Cerita yang Syaza nak sampaikan ni dah berkulat dah. Hehe.
Maaflah ya, tak sempat nak update sebab kami exam. :P

Pada 7.10.2011, Kak Farah datang UPSI.
Nasib baik tak ada exam hari tu. Bolehlah jumpa. Hehe.
Lama dah tak jumpa Kak Farah. Rindu~
 Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jumpa.

Kak Farah datang UPSI sebab pensyarah dia suruh datang.
Kenapa pensyarahnya pilih UPSI pun saya tak tahu.

Kak Farah saya makin comel dan makin kurus.
Dah la kurus, lepas tu makin kurus. Atoooiiiii~

Kita orang tangkap gambar sama-sama.
Makan sama-sama, bayar sendiri-sendiri. Haha.
Seronok! Alhamdulillah...
Tapi, maaf la ya gambarnya Kak Farah belum bagi.
Kawan-kawannya cakap, muka kita orang sama. Hehe.

Nasib baik saya ada, kalau tak mesti kamu semua sesat tak tahu jalan kan?
UPSI ni tak besar pun macam USM. Hehe.

Apa-apa pun, Ajja harap kita dapat berjumpa lagi.
InsyaAllah. ;)

Maaflah, entri pendek.
Tubuh kat Tg. Malim, tapi hati dah tempat lain ni. Hehe.

Syaza ada tulis cerpen kat Team Halaqah: Adakah Benar Dia Untukku?
Kalau ada masa, bacalah ya. :)

Wassalam~

Saturday, October 15, 2011

Team Halaqah - Perbaiki Dirimu untuk Mencari yang Hakiki

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, syaza sihat.

TEAM HALAQAH
 

Team Halaqah ni adalah sebuah kumpulan yang Syaza tubuhkan secara online untuk berkongsi ilmu. Sesiapa sahaja boleh menyertai Team Halaqah ni.
Syaza mengalu-alukan penyertaan anda.


Sesiapa yang ingin menyertai Team Halaqah ni, bolehlah komen kat entri ni atau anda boleh terus ke blog Team Halaqah dan 'Shout!' kat Shoutbox tu ek. ;)
Sesiapa yang menjadi team kami, kami akan menyediakan jadual untuk anda.
Anda tidak perlu menulis setiap hari, tetapi kami akan menetapkan segmen apa yang akan anda tulis dan hari apa.
Tak faham?

Contohnya:

Isnin: Syaza, Segmen Tazkirah
Selasa: Khairah, Segmen Hadis

Dan seterusnya...

Jika anda tidak dapat menulis pada hari yang telah ditetapkan tidak mengapa, anda cuma perlu beritahu kepada saya sahaja.
InsyaAllah saya yang akan menggantikan tempat anda atau ahli yang lain.

Anda tidak tahu apa yang nak dituliskan?
Jangan risau, anda boleh cari di internet dan kongsikan di Team Halaqah.
Anda cuma perlu beritahu sumbernya sahaja.
Mudahkan?

Anda ada karya yang menarik?
Anda juga boleh hantarakan kepada kami. ;)

Anda masih tak faham?
Anda boleh langsung ke FB saya. Taip sahaja nama saya.

Apa-apa pun, jangan segan dan malu untuk sertai kami.

Wassalam~

Friday, October 7, 2011

Salahkah Kita untuk Istighfar?

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian.
Alhamdulillah, hari ni Syaza ada sedikit masa untuk berkongsi dengan anda tentang suatu peristiwa.
Syaza ada ingin beritahu kamu sesuatu, tetapi mungkin lain masanya. InsyaAllah.


Tergerak di hati saya untuk berkongsi satu peristiwa yang berlaku pada hari ini. Peristiwa ini yang kurasakan boleh mengajar dan menyedarkan kita. InsyaAllah. Seorang Pensyarah yang beragama Islam sebuah universiti berkata dalam sesi kuliahnya, "Siapa yang istighfar tadi? Kamu, ya? Kamu tak payahlah nak istighfar. Biasanya, orang yang paling banyak istighfar ni adalah orang yang banyak dosa."

Tertegun seketika apabila mendengar kata-katanya. Seperti tidak percaya ada juga seorang yang bergelar Islma boleh berkata begitu. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Salahkah kita beristighfar?
Berdosakah kita beristighfar?
Bukankah dengan istighfar, kita dapat menghapuskan sedikit dosa kita?
Kenapa perlu dipersoalkan apabila seseorang yang beragama Islam itu beristighfar?
Banyak persoalan yang berada di minda. Kepala menggeleng tidak bersetuju dengan ucapannya.

Melalui istighfar, kita boleh buktikan bahawa kita masih mengingati Allah. Bukan saya nak katakan bahawa orang yang menyebut "Astagfirullah" itu tidak ingat pada Allah. Tetapi, begitulah kebiasaannya. Senang cakap, 'Tepuk Dada Tanya Iman'.  

“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Pada pendapat saya, tidak salah seorang itu beristighfar beberapa kali hendaknya kerana Allah tidak pernah mengehadkan kuantiti atau bilangan kita untuk beristighfar dalam satu hari atau dalam satu masa. TIDAK ADA HAD UNTUK ISTIGHFAR.
Dengan istighfar, kita dapat menghapuskan dosa-dosa kita. InsyaAllah.

Rasulullah juga sentiasa beristighfar. Lagikan kita insan yang tidak tahu hala tuju kita di Akhirat nanti, sama ada ke Syurga ataupun Neraka.

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Allah telah berfirman dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 56 yang bermaksud:
" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu."

Oleh itu, salahkah kita istighfar yang boleh mendekatkan dan mengingatkan kita kepada Allah? Walaupun anda seorang pensyarah, doktor, professor, Perdana Menteri, tidak ada hak untuk anda menghalang seseorang itu mengingati Allah. Bukankah lebih baik anda berkata, "Alhamdulillah, masih ada lagi manusia yang mengingati Allah."

Setinggi mana pangkat anda ingatlah bahawa pangkat itu hanya sekadar di dunia.
Setinggi mana ilmu anda, ingatlah bahawa Allah punya kuasa untuk menariknya dalam hanya sekelip mata.
Setiap nafas yang membuatkan kita terus hidup ini adalah kurniaNya, Kita tidak akan hidup jika Dia tidak izinkan kita untuk hidup.




p/s: Anda juga boleh baca kelebihan istighfar di sini.

Wassalam~

Thursday, September 29, 2011

Final Exam for Semester 3 | Selamat Hari Jadi Buat Kawanku.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza harap kamu begitu juga.
Wah, lama juga blog ni sunyi ya. Kesian dia.

Maaf ek, Syaza sekarang ni sedang sibuk dengan mengulang kaji pelajaran. Peperiksaan dah nak dekat. Minggu depan.
Oleh sebab itu, Syaza jaran online.
Terima kasih sebab memahami. ;)

Final Exam for Semester 3.

Firstly, I want to thank to Allah, because He give me strength to face all the challenge. Alhamdulillah.
And Alhamdulillah, He always be beside me when I need help.
So, after 3 semester I was studied at UPSI, include this semester, I'm very grateful because Allah always be my 'friend' when I need someone.
I also want to thank to my family. Eventhough, we are far apart, but I feel that you are always be at my side.
Alhamdulillah, because Allah gave me a great family. ;)

Baiklah, sesi Bahasa Inggeris dah tamat. Sekarang sesi Bahasa Malaysia pula.
Alhamdulillah, akhirnya dah semester 3 Syaza kat Tanjong Malim.
Peperiksaan akhir pun semakin hampir.
Nak kata bersedia sangat tu, tak juga.
InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.
Kebanyakan kawan-kawan Syaza sedang menduduki peperiksaan akhir. Syaza sahaja yang belum lagi ni.



Kepada Citi Manisa, mudah-mudahan dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan.
Kita dah usaha. Jika kita dah tak tahu nak jawab apa ketika di dalam dewan, tiada siapa yang dapat membantumu selain Allah.
Ingat, Allah sentiasa bersamamu.
Aku tahu, kau selalu ingat pesanan aku: Ingat Allah selalu.
Jika kita ingat Allah, insyaAllah Allah juga akan ingat kita.
Cumanya, kita ingat Allah dan Allah ingat kita itu adalah berbeza.

Jangan hanya lontarkan pada kata-kata bahawa, "Aku ingat Allah!"
Tetapi, buktikanlah juga dengan perbuatan dan juga hati kita.
Bagaimana?
Syaza serahkan kepada kamu untuk berfikir.

Syaza mohon kepada semua yang membaca untuk doakan Syaza supaya dipermudahkan untuk menghadapi dan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang bermula dari 03.10.2011 hingga 13.10.2011.
Doakan Syaza supaya berjaya di dunia dan di akhirat ya.
Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.
Syaza doakan kamu semua semoga sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah, amin~ ;)



***


Syaza nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-19 kepada kawan Syaza; Zaidun.
Semoga hidupmu sentiada berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah, amin~
Aku harap kau sentiasa sabar menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Aku harap kau sentiasa perbetulkan diri (muhassabah diri).
Kau tahu apa kelemahan kau, jadi aku harap kau tak biarkan ianya menyelubungi diri kau.
Dan aku harap kau tidak mendiamkan diri sahaja tanpa membuat perubahan atas diri kau sendiri.
Sememangnya orang lain tidak boleh mengubah diri kau, selain hanya diri kau sahaja yang boleh mengubah diri kau sendiri.
Jangan risau.
Allah sentiasa bersamamu.

=)



Itu sahaja.
Wassalam~

p/s: I will miss that moment and I hope we will meet again. InsyaAllah. ♥ Mudah-mudahan, Allah akan aturkan pertemuan kita lagi. Terima kasih semua. ;)

Wednesday, September 21, 2011

Serahkan Segalanya kepada Yang Maha Esa.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Wah, sungguh lama blog ni bercuti.
Tapi, tuan empunya blog kerja je setiap hari. Hehe. Belum dapat cuti lagi. :P
Sorry arr der, nak kata sibuk kalau dibandingkan dengan para ulama, mereka lagi sibuk. Sepenuh masa dipenuhkan dengan beribadah pada Allah.
Sibuk saya ni, berunsurkan keduniaan. Dengan belajar untuk final exam. Dengan mengharapkan wifi internet yg tak sampai-sampai lagi. Dengan gelak tawa tentang kehidupan semata.
Ya Allah, ini kena betulkan balik ni. Tak boleh jadi ni.

Beberapa hari sebelum ni, banyak perkara yang melanda diriku.
Ada yang membuat diriku dilema, poning kepala, tersenyum bahagia, terharu. Macam-macamlah.
Inilah perisa-perisa kehidupan.
Ada yang masam, manis, pahit, tawar.

Ada juga perkara yang selama ni aku tak tahu, akhirnya terbongkar juga.
Kawanku yang seorang ni yang beritahu. Tergelak pun ada. Terkejut pun ada. :P

Ok, hari ni Syaza nak bagi beberapa situasi.
Dan Syaza cuba untuk bagi jalan penyelesaiannya. InsyaAllah.

Situasi 1




Hawa: Jika ada sesiapa yang meminta kasihmu, katakanlah ianya hanya untuk Allah. Jika ada sesiapa yang meminta cintamu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah. Jika ada sesiapa yang meminta rindu dan sayangmu, katakanlah ianya hanya pada Ibu dan Ayah. Jika ada sesiapa yang meminta untuk berada di hatimu, maka berikanlah ianya kepada yang benar-benar menhargainya. ;)
Adam: Jadi benarkanlah aku berada di hatimu walaupun hanya sekelumit.
Hawa: Kau memang dah ada dalam hati aku dalam senarai kawan dan temanku. ;)
Adam: Oh. hehe. :'(


Baiklah, untuk situasi ini kadang-kala kita pun tertegun sebentar.
Apa maksud disebalik ayat si Adam sebenarnya?
Kadang-kadang lelaki ni sengaja untuk psiko kita.
Kadang-kadang dia nak tahu perasaan kita padanya.
Jadi, Hawa jangan mudah terpedaya.
Kalau nak tahu caranya bagaimana, tanya kembali pada si Adam apa maksud di sebalik ayatnya itu.
Bersedialah dengan pelbagai jawapan. Jangan pula mengharapkan jawapan yang kita harapkan.

Situasi 2



Hawa: Adam, adakah kamu masih menunggu saat 2 tahun itu tiba?
Adam: Sebenarnya bukan aku tak mahu, tapi antara kita jauh berbeza. Aku ni masih jauh berada di bawah kau. Bukan ada siapa-siapa dengan aku pun. Lagipun aku masih mencari hala tuju yang belum pasti lagi.
Hawa: Em... Tak apa lah, aku tak kisah pun sebenarnya.


Dalam situasi ini pula, Si Adam diminta untuk memberi kata putus. Janganlah menyeksa Si Hawa sebegini rupa.
Si Hawa setia menunggu Si Adam. Tetapi mungkin dia sudah penat menunggu.
Oleh itu, Si Adam perlulah juga memahami keadaan Si Hawa. Mungkin Si Hawa dalam dilema.
Janganlah buat seseorang itu tertunggu-tunggu. Berikan jawapan yang pasti.

***


Baiklah, dalam kedua-dua situasi ini sememangnya kita tahu jodoh itu ditentukan oleh Allah.
Tetapi, jangan lupa untuk berusaha.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selain daripada seseorang itu tersebut mengubah nasibnya sendiri. ;)


Fikiran anda kusut?
Minta pertolongan daripada Allah.
Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Tuesday, September 13, 2011

Apa Khabar Kamu Di Sana?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.

Apa Khabar Kamu Di Sana?



Saat itu, namamu tertulis di kotak fikiranku.
Kufikir beribu kali untuk melakukan tindakan yang kurasa tidak selesa.
Namun, kulakukan untuk kawan namanya.
Namun, jawapan yang kuperolehi hanya sekadar biasa sahaja.
Boleh juga kukatakan ianya hanya sia-sia sahaja.
Buang masa.

Aku pernah rasa, aku tidak perlu menunggumu sebegitu lama.
Kerana kalau begini caranya.
Tiada khabar berita.
Pendam perasaan sendiri sahaja.
Tiada perkongsian cerita.
Aku rasa ia buang masa.

Perjanjian yang dilakukan, kurasa tergantung begitu sahaja.
Kenapa?
Kamu tanya diri kamu dahulu ya.
Aku juga perlu terus berjalan di bumi nyata - kepunyaanNya.
Aku bukan ingin cuci mata, tetapi kamu tidak berikan kata putus untuknya.
Kamu rasa apa yang aku rasa?
Ya?
Tidak?
Jawapannya hanya pada kamu sahaja.

Dahulu, kurasa ianya seperti bahagia.
Gelak tawa bersama.
Rahsia kamu dikongsi bersama.
Paling aku ingat ialah ayat yang kamu kata.
Aku tersenyum pabila teringatkannya.
Namun, kini kuserahkan kepada yan Maha Esa.
Biar Dia yang tentukan segalanya.

Mungkin usaha kamu hanya tunggu sahaja.
Aku rasa kita perlu beri sekata dua.
Kamu mahu ia tergantung sampai di sini sahaja?
Buat keputusan masing-masing yang tiada sepakat kata?
Kamu hanya diam.
Aku pula cuba untuk mengambil berat tentang seorang kawan yang aku pernah kenal namanya.
Nama sahaja?
Mungkin ya.

Kalau boleh, aku mahu putarkan masa.
Tidak pernah mengenalimu mungkin itu aku akan rasa lebih bahagia.
Bukan bermaksud kini kamu buat aku sengsara.
Cumanya gundah gulana.
Tiada perkhabaran berita.
Kawan siapa yang tidak risau akan kawannya?
Kamu mungkin hanya tunggu saat itu tiba.

Kalau boleh, aku mahu padamkan namamu.
Namun, aku rasa tidak perlu.
Bukan tidak sampai hati, cuma kamu kawanku.
Kawan yang menunggu saat yang tidak tahu bila akan tiba itu.
Aku buntu.

Hanya Dia yang dapat memberikan kita jawapan yang sebenarnya.
Kita lihat sejauh mana kita mampu bertahan untuk pura-pura.
Aku harap kamu sihat sahaja di sana.
Aku mahu kamu tahu, perkenalan kita hanya kerana Allah yang Maha Kuasa.
Dia yang mempertemukan kita berdua.
Jika tidak, mungkin aku sendiri tidak kenal kamu siapa.


Syaza Syafeeqah
13.09.2011
9.35 pagi


Wassalam~

Thursday, September 8, 2011

Aku Juga Punya Hati Manusia dan Bukan Hati Batu.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Cumanya rasa kecelaruan di hati dan akal selalu menimpa.
Aku hanya berserah kepadaNya. :')

Aku punya hati.
Hati aku hati manusia, punya perasaan yang pelbagai rupanya.
Hatiku bukan seperti hati ayam atau sebagainya.
Hatiku juga bukan hati batu yang keras untuk mendengar segalanya kemudian tidak menerima.

Aku punya akal.
Akalku juga akal manusia yang bisa berfikir pelbagai perkara.
Akalku bukan hanya untuk memikirkan tentang kamu sahaja.
Mahupun tentang semua apa yang kamu perkata.
Akalku juga punya perkara penting yang ingin difikirkan juga.
Mungkin kamu yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Aku tahu, aku tidak sebijak kamu.
Aku tahu, aku tidak sebaik kamu.
Aku tahu, kamu tidak kenal siapa aku.

Aku mahu kamu tahu, aku bukan sepertimana kamu lihat aku secara mata kasar.
Banyak perselisihan faham yang berlaku antara kita, tetapi kamu tidak pernah mempelajari daripadanya.
Mencari punca, kenapa dan mengapa.
Cukup sampai ketika ini, aku rasa diri aku sudah tidak dapat menerima atas apa yang kamu katakan.
Selama ini, aku hanya diam membisu.
Kini, aku sudah tidak mampu.



Maaf teman, jika apa yang aku katakan menyakiti hatimu.
Aku bukan cari salahmu, cuma aku cuba untuk sedarkan kamu.
Jagalah hati manusia ini dengan menjaga pertuturanmu.
Walaupun niatmu hanya ingin bergurau, tetapi gurau juga ada caranya.
Aku pernah tulis di sini.

Aku tahu aku ada tegur kamu secara terang-terangan, dan mungkin itu 'menghina' kamu.
Aku minta maaf.

Itu sahaja.
Wassalam~

Monday, September 5, 2011

Tiba-tiba Rindu dengan Mereka... :')

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza sudah berada Tg. Malim.
Rutin harian sebagai seorang mahasiswi kembali lagi. ;)

Sejak pulang dari Johor, aku rindu pada mereka.
Terkenangkan waktu bersama walau seketika.
Mungkin, aku datang ke sana dengan niat yang betul walaupun ada yang tidak membenarkan.
Aku hanya bisu.
Ya, mungkin salah aku juga dan mungkin bukan salah aku juga.
Sudah masanya untuk aku buat keputusan sendiri.
Aku cuba untuk berfikiran jauh.
Tapi, kadang-kadang ada yang tidak memahami.
Ya, aku lagi pusing ini.

Rinduku kepada mereka tiba-tiba menyerang sejak semalam.
Entah kenapa, tiba-tiba sahaja.
Rasa tidak sedap hati pun ada juga.
Nak telefon rumah nenek, telefonnya rosak-tak berdering.
Mesej untuk Cik Dol untuk bertanya khabar.
Alhamdulillah, katanya semua sihat.
Tak pernah pula rasa sebegini.

Ini gambar akhir tahun 2010. Sekarang atok & nenek dah kurus dah, kopiah pun dah longgar. :')


Aku rindu dengan atok dan nenek.
Kalau teringatkan keadaan mereka, sebak juga rasa di hati.
InsyaAllah, kalau Ajja cuti panjang, Ajja balik ek.
Nak jenguk atok dan nenek.
InsyaAllah.
Itu pun kalau tidak ada aral melintang.

Ya Allah, Kau peliharalah kedua orang tuaku, ayah dan ibuku.
Kau peliharalah juga datok dan nenekku.
Kau panjangkanlah umur mereka, ya Allah.
Kau kuatkanlah tubuh badan mereka.
Kau berilah aku peluang untuk menjaga mereka sepertimana mereka menjagaku ketika aku kecil.
Amin ya rabbal a'lamin~

Ajja rindukan semua. :')

Wassalam~

Saturday, September 3, 2011

Bukan Untuk Beraya Tapi Untuk Menjenguk.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Syaza kurang sihat. 3 dalam 1.
Doakan saya cepat sembuh ya.

Alhamdulillah, setelah 2 minggu tidak meninggalkan apa-apa di sini, akhirnya tercoret juga.
Sekarang Syaza berada di Shah Alam.
Mari Syaza ceritakan sepanjang perjalanan Syaza ketika bulan Ramadhan dan Syawal baru-baru ini.

23 Ogos 2011 (Selasa)

Bertolak ke Shah Alam dari Tanjung Malim.
Menetap di rumah KakLong.
Bersahur dan berbuka yang sederhana. Masak apa yang ada.
Bersahur semangat nak masak, tapi bab berbuka... Pabila bazar dah ada di depan mata, terjah je lah. Malas awok nak memasaknyerr~

24 Ogos 2011 (Rabu)

Bertolak ke Bandar Tasik Selatan untuk survey bas ke Ayer Hitam, Johor.
Balik johor ke?
Ya. Aku sudah membuat keputusan untuk pulang ke Johor untuk menjenguk atok dan nenek.
Pabila dah beli tiket untuk 26hb (Jumaat), aku pergi ke MidValley.
Buat apa?
Beli buku di MPH.
Pabila dah beli buku kat MPH, singgah kedai Speedy. Kedai jual VCD tu.
Beli cerita untuk Kak Long. Hehe.

25 Ogos 2011 (Khamis)

Duduk rumah, rehat secukupnjya untuk persiapan esok hari.
Yalah, kan nak pergi jauh. :P

26 Ogos 2011 (Jumaat)

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
Seawal jam 9 pagi, aku sudah bertolak ke KTM untuk ke Bandar Tasik Selatan.
Lebih kurang 9.40 pagi, kereta api baru sampai.
Dengan gagahnya melangkah untuk berjumpa atok dan nenek.
Bas bertolak pada pukul 11.30 pagi.
Aku tiba di Bandar Tasik Selatan pada pukul 10.40 pagi.
Alhamdulillah, sampai juga akhirnya.
Tepat pukul 11.30pagi, bas pun sampai.
Alhamdulillah, pukul 2 lebih tiba di bus stand.
Tunggu Cik Dol ambil. Lebih kurang pukul 2.30 petang, Cik Dol sampai.


Nilah Cik Dol. Pak Cik saya. ;)


Alhamdulillah pukul 3 petang, baru sampai rumah nenek.
Dapat jumpa nenek, atok, anak buah. Hehe.
Atok dah tak kuat sangat dah. Jalan pun kadang-kadang dah tak betul dah.
Sampai je rumah nenek, solat kejap. Lepas tu baru bual-bual dengan nenek dan atok.
Alhamdulillah dapat berbuka bersama.

29 Ogos 2011 (Isnin)

Mak cik, pak cik, datang ke rumah nenek untuk persiapan raya.
Aku turut membantu.
Nenek dah tak larat sangat dah untuk buat kerja-kerja berat.
Seronok jugalah, tapi penat jugalah.
Lama dah tak raya kat Johor. Lebih kurang 8 atau 9 tahun juga arr.
Lama kan? :P

30 Ogos 2011 (Selasa)

Tradisi keluarga kami, bersalaman di pagi raya selepas pulang dari sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri.
Semua berbaju baru, termasuk aku. Terima kasih kepada Cik Roha sebab sponsor baju dan tudung. ;)
Kalau boleh aku tak nak, tapi nenek dan atok suruh pergi gak. Jadi, aku ikut je lah.
Memang lama dah tak berkumpul. Hehe.


Bersama nenek.



Bersama atok.



Atok dan nenek. ;)


Rumah pertama yang aku beraya ialah rumah Cik Dol sebab rumahnya belakang rumah atok je. Hehe. Setiap hari pergi. Haha.

31 Ogos 2011 (Rabu)

Pengalaman tetamu baraan kembali lagi.
Beraya ke rumah Cik Ana di Sri Medan. ;)


Bersama anak buah, Ika.


1 September 2011 (Khamis)

Aku pulang ke Shah Alam, menaiki bas dari Batu Pahat.
Bas bertolak pukul 10 pagi.
Aku bertolak dari kampung, pukul 9 pagi.
Salam denagn semua orang yang berada di rumah atok.
Sayu juga hati sebab niat untuk menjaga nenek dan atok terhenti di sini.
InsyaAllah, satu hari nanti Ajja datang jenguk lagi ek.

Aku bukan datang untuk beraya, tetapi untuk menjenguk dan menjaga atok dan nenek. Itu sahaja.

Ajja sayang semua~

Wassalam~

p/s: Maaf gambar tak cantik, kamera handphone yang tak canggih. ;)