Nuffnang Ads

Monday, April 14, 2014

Makan Cepat.

Makan cepat.
Bukan sepantas kilat.
Kau gila, sekelip mata aku jilat?
Kau kira berapa banyak kunyahan kau buat?
Kau tak dapat yang sunat!
Aku kunyah ikut suka hati akulah, sahabat.
Kalau kau mampu buat yang sunat,
Kau buat.
40 kunyahan, insyaAllah dapat berkat.
Kerana aku buat, apa yang mampu aku buat.
Aku tidak sedar berapa kunyahan yang mampu aku buat.
Mungkin 15 kunyahan pun dah buat aku penat.
Aku tak macam kau,
Sempurna sangat.
Sampai kunyahan makanku kau mahu beringat.
Terima kasih, sahabat.

Sunday, April 13, 2014

Sinaran.

Model: Teman, Anna.

Sinaran itu masih ada untukmu.
Kau hanya perlu cari dan kejar. ;)

Monday, April 7, 2014

Kita Berdua.

Assalamualaikum.

Cuti Mid Semester.
Kami tidak pulang ke Sabah.
Cuti hanya seminggu, tidak berbaloi rasanya.
Cukup sekadar doa yang dititipkan buat keluarga.
Semoga sihat-sihat sahaja di sana.

Sanggup bawa tripod ke hulu ke hilir, niat nak menghibur jiwa.



MASUM.
UPSI menjadi tuan rumah.
Aku bukan salah satu peserta.
Namun, aku penyokongnya.
Kalah menang belakang cerita.
Yang penting, semangat itu ada.
Senyum.
Mungkin ada yang kata, sungguh kuat kamu berdua.
Masih tersenyum walau tidak berjumpa dengan cinta.
Kami sememangnya mengukir senyuman sentiasa.
Namun, siapa tahu yang kami hanya mencipta senyuman itu secara sengaja.
Terpaksa?
Senyuman itu, bagi kami pengubat hati yang lara.
Allah tahu segalanya. ;)

Gembira, penghibur lara.



Apa-apa pun, kami bahagia bersama.
Kita berdua, sentiasa bersama.
Senyuman diukir tanda bahagia.
Ketepikan merana, kerana kami ingin gembira.
Allah bersama dengan kita semua. ;)





Wassalam. ;)

Sunday, April 6, 2014

Lambaian Terakhir



Jika itu lambaian terakhirku. Maafkan segala kesilapanku terhadapmu. Mungkin banyak salah lakuku. Aku harap kamu sihat-sihat selalu.
Jangan menangisi pemergianku. Kerana kita pasti akan ketemu, Di akhir waktu. Kau dan aku pasti akan bersatu, Jumpa dengan Allah yang Satu.
Aku hanya insan biasa yang sering lupa akan Penciptaku. Jangan kau jadi seperti aku. Perbaiki dirimu. Selagi kamu punya waktu.
Aku mohon padamu. Matlamat kita hanya satu. Mengejar cintaNya wahai saudaraku. Dunia ini hanya menipu. Dan kita mudah sahaja tertipu.
Kembali mencari redhaNya, wahai saudaraku. Jika bukan hari ini lambaian terakhirku, Mungkin esok pula hariku. Doakan aku.
Tolong ingat satu, Mati Itu Pasti, saudaraku. Aku hanya mengingati supaya kamu tidak lupa, saudaraku. Kerana aku sering lupa tentang itu.

-SyazaSyafeeqah-

Saturday, April 5, 2014

Kawan.

Kawan.
Kerana kawan, aku terpaksa lepaskan.
Kerana kawan, aku terpaksa ukir senyuman.
Kerana kawan, aku terpaksa sembunyikan.
Rasa yang hadir, aku ketepikan.
Kerana kawan.
Biar dia bahagia.
Bukan maksud aku merana.
Allah lebih tahu segalanya. ;)



Mesti ramai dan seringkali rasa begini.
Minat atau sukakan seseorang dan orang itu sukakan kawan kita.
Apa yang kita lakukan?
Kawan atau lawan?
Itu pilihan anda.
Kamu percaya, kumbang bukan seekor?
Aku percaya.
Allah hadirkan rakan kita, kerana dia bukan yang terbaik buat kita.
Allah lebih tahu segalanya. ;)