Nuffnang Ads

Tuesday, November 23, 2010

Akad Nikah Semakin Hampir, Debaran Jantung Semakin Laju - Persepsi Rakan Buat Aku Tersenyum

Assalamualaikum.

Hari ini, Syaza mengambil sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu setelah pening membaca dan melihat kertas yang terdampar di sana-sini.

Ya, akad nikahku semakin hampir. Pada tanggal 27 November 2010, aku perlu berhadapan dengan akad nikah ini.
Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapinya dan bantulah aku ketika aku buntu dan memerlu bantuanMu.
Aku harap 'bakal suami' ku tidak membuatkan jantung aku terkeluar dari tempatnya.
'Tok Kadi' sentiasa bersedia untuk mendengar lafaz oleh 'bakal suami'.
Aku yang perlu menerima lagi gementar berbanding 'si bakal suami'.



Kertas-kertas untuk menyiapkan pelamin, kenduri dan akad nikah terlalu banyak.
Bukan perlu ditatap sahaja, tetapi perlu dihafal dan difahami sedalam-dalamnya supaya aku dapat memberi jawapan yang terbaik untuk 'bakal suami'.
Harap 'Tok Kadi' terima. ;)

Degupan jantung semakin laju. Akad nikah yang pertama perlu aku hadapi.
Keluarga sudah restui. Kini, aku yang perlu mengatur langkah menyiapkan segala-galanya.

Doakan aku semoga berjaya menjawab akad nikah ini setelah aku menerima pinangan dari si dia.

Kepada sahabatku, Citi Manisa, terima kasih atas status di mukabuka. Sememangnya aku terharu.
Perkataan akad nikah di situ membuatkan kawan-kawan kita terpaku.
Mereka ingat aku sudah ingin membina masjid, walaupun calon belum ada. Kau buat aku ketawa.
Kamu tahu, siap ada yang kata TAHNIAH padaku dan dia harap aku bahagia bersama si dia.
Aku sendiri tidak tahu si dia itu siapa.
Kau memang pandai buat berita tergempar, bukan?
Sedangkan akad nikah yang kita fahami itu adalah lain.
Apa-apa pun aku harap doa dari kamu semua.

Doakan Syaza supaya dapat menjawab peperiksaan akhir dengan lancar ek. ;)

Kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM, semoga berjaya!
Anda telah berusaha selamat lebih kurang 2 tahun, anda perlu berdoa dan jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah.




Wassalam~

Sunday, November 21, 2010

Berehat Seketika - Persiapan Upacara Akad Nikah

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza harap kamu juga begitu.

Maaf, sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini.
Diri ini perlu membuat banyak persiapan untuk upacara akad nikah yang akan bermula pada 27 November 2010.
Kenapa kad jemputan tak sampai?
Aku tidak menjemput sesiapa. Doa daripada anda sudah cukup.
Persiapannya bagai nak rak. Aku terduduk. Diam.
Biar 'bakal suami' yang selesaikan semuanya. Aku hanya perlu kata YA atau TIDAK. Mungkin, sukar daripada itu.

Selepas ini, aku akan berehat untuk jangka masa yang agak lama. MUNGKIN. Tidak pasti. Walaupun sebelum ini aku sememangnya berehat selama lebih kurang 3 minggu. Maaf, aku tidak memberitahu kepada kamu.



Untuk peperiksaan akhir semester ini, saya yang diberi nama SYAZA SYAFEEQAH ingin memohon maaf kepada semua jika ada terkadsar bahasa, terasa hati dan sewaktu dengannya.
Syaza mohon doa yang terbaik buat Syaza daripada kamu semua.
Terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa mendoakan Syaza.

Syaza tak nak tulis panjang pada kali ini.
Doakan Syaza ya.

Wassalam~

Friday, November 5, 2010

Ke Mana Hilangnya Kaum Muda Adam?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Syaza harap anda sihat hendaknya. InsyaAllah.

Hari demi hari berlalu.
Hari akad nikahnya semakin hampir.
Debaran jantung semakin laju.
Kadang-kala, penat untuk membuka buku.

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Itu yang aku pegang.

Doakan aku ya. ;)

***


Ke Mana Hilangnya Kaum Muda Adam?

Sayup suara azan mendayu.
Sujud kepadaNya yang Satu.
Salam terakhir diberikan.
Lipat kain baldu. Kemas.
Langsir tingkap dibuselak.
Pandangan tertancap ke rumah Allah yang tersergam indah.
Melihat satu demi satu melangkah pergi.

Rambut mula memutih.
Wajah tampak berkedut.
Kaki bertapak perlahan.
Itu yang dilihat.

Wajah yang kacak.
Kaki melangkah gagah.
Tubuh tampak tegap.
Tidak kelihatan.
Kenapa?
Ke mana hilangnya mereka?

Wahai kaum muda Adam!
Ke mana hilangnya kamu?
Sibuk mencari harta sehingga lupa ganjaran pahala?

Wahai kaum muda Adam!
Ke mana hilangnya kamu?
Sibuk bersama 'bakal isteri' sehingga lupa seruan Ilahi?
Ke mana hilangnya kamu, kaum muda Adam?!

Kehadiranmu kusedar pabila hari Jumaat menjelang,
Kehadiranmu kulihat pabila seruan takbir berkumandang.
Ke mana kamu selain hari-hari itu?

Adam,
Kamu bakal suami Hawa,
Bimbing Hawa dengan agama.

Adam,
Kamu bakal ketua keluarga,
Jangan sibuk harta dunia sehingga anak bini kamu lupa.

Adam,
Jangan kamu terlena dengan hasutan dunia,
Bangkitlah selagi ada masa,
Kerana kamu adalah pelapis agama.

Nukilan,
Syaza


Wassalam~