Assalamualaikum.
Terlalu banyak persoalan yang tertanya-tanya oleh hamba-hamba Allah tentang solat sunat Tarawih.
Oleh itu, Syaza akan menjawab beberapa soalan yang lazim tentang solat sunat Tarawih itu sendiri.
Segala kesalahan daan kesilapan harap ditegur.
Semoga bermanfaat. InsyaAllah. ;)
Soalan-soalan Lazim Tentang Solat Sunat Tarawih.
S: Apakah hukum sebenar solat sunat tarawih?
J: Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). Hal ini kerana, di dalam bulan Ramadhan kita digalakkan untuk meningkatkan ibadah kita kerana ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Lagipun, solat sunat Tarawih hanya ada dalam bulan Ramadhan sahaja. ;)
S: Bolehkah solat sunat Tarawih dilakukan secara berseorangan?
J: Boleh. Para sahabat menggalakkan solat sunat Tarawih secara berjemaah supaya ion-ion dalam badan dapat dicas semula setelah berpuasa dari Subuh hingga ke Maghrib. Rasulullah juga pernah melakukan solat sunat Tarawih secara berseorangan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra bermaksud :
"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)
S: Apakah kelebihan solat sunat Tarawih?
J: Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
S: Berapakah bilangan sebenar solat sunat Tarawih?
J: Kita boleh melakukan solat sunat tarawih mengikut kemampuan kita. Tidak kira 8 rakaat atau sehingga 20 rakaat kerana Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat bagi menunaikan solat sunat tarawih. Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. :
“Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawikh, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.
S: Boleh tak solat sunat Tarawih dilakukan di rumah?
J: Boleh. Ramai orang sekarang tidak tahu bahawa solat sunat Tarawih boleh dilakukan di rumah kerana ramai yang telah menetapkan bahawa solat sunat tarawih hanya boleh dilakukan di masjid. Kita lihat kembali hukum solat sunat Tarawih iaitu sunat. Pernah tak kita melakukan solat Fardhu di rumah? Mesti pernah. Oleh yang demikian, kenapa pula solat sunat tidak boleh dilakukan di rumah? Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib.
***
Oleh yang demikian, tiada alasan bagi kita untuk tidak menunaikan solat Tarawih. Kalau tidak boleh pergi ke masjid atau surau, lakukanlah ia di rumah.
Ramai orang memandang serong kepada orang yang solat sunat Tarawih di rumah.
Syaza mengaku bahawa, Syaza sendiri solat di rumah.
Terdapat beberapa perkara yang Syaza titikberatkan, iaitu;
1. Khusyuk
Sukar bagi Syaza untuk khusyuk apabila solat di surau atau masjid kerana kadang-kala ada suara kanak-kanak yang bermain di kawasan berdekatan.
2. Riak
Oleh kerana Syaza tidak mahu ada timbul sikap riak ataupun menunjuk-nunjuk walaupun sedikit, oleh itu Syaza memilih untuk solat di rumah.
"Kalau aku pergi masjid, mesti jumpa ramai lelaki, mak cik-mak cik. Nanti mesti diaorang cakap, bagusnya anak si fulan selalu pegi masjid solat tarawih."Hati-hati dengan hati. Tak pun post kat Facebook: Alhamdulillah, done my tarawih - at Masjid Kg. Likas.
Apa-apa pun, teruskan beribadah.
Siapa yang solat kat masjid, teruskan.
Siapa yang solat di rumah, teruskan.
Yang beri pahala bukan manusia, tapi Allah.
Yang tahu apa isi hati kita itu bukan manusia, tapi Allah.
Oleh itu, teruskan beribadah.
Yang tak pernah solat sunat Tarawih, cuba solat kerana anda akan rasa keseronokannya. Percayalah.
Jangan lupa solat sunat Taubat, perbanyakkan istighfar, mana tahu anda yang terpilih dalam Lailatul Qadar.
Syaza harap terjawab semua soalan yang bermain di minda semua orang.
Semua yang baik datang dari Allah, yang buruk dari Syaza sendiri.
Segala teguran atas kesilapan amat dialu-alukan.
Wallahu'alam.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment