Nuffnang Ads

Thursday, December 31, 2009

Jumpe Dia?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah sbb Allah msih memberikan nikmat iman & Islam kpd kite...


Ari nie Syaza pi jln2 dgn adik Syaza.Pi KK. Sje jln2, nak melihat bumi Allah nie.

Tp utk kali nie, p'jlnn kami agak jauh.

Kite org turun kat Segama. Lps 2 jln pi Suria Sabah. Sblm jumpe Suria Sabah, kena lalu Wisma Sabah.

Kite x nak pnjgkn cite. Kite blik dr Suria Sabah, pi Wisma Merdeka blik. X de cr ape2 pun kat SS 2. Dpt jmpe kwn lme je. He3


And smething happen there at Wisma Merdeka. Ya Allah! Terjumpe dia lah plk. Ptt la dr td die ikut je. Rupenya nak bual2 & nak pstikn yg Syaza nie adlh Syaza. Ye lah tkut slh org lak kn.He3


Tp kite org bual x lame pun. Skjp je.


Klu nak tau siapa dia & apa yg terjadi....



Sekali lagi...



Bleh tgk blog adik kite ek! He3...

Die dah tulis sume 2...Die yg over excited.

"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna."
Wassalam~

Photobucket

Madah Seorang Hamba

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Bagaimana mungkin ku lafazkan setia,
Tatkala sungai yang cetek belum mampu kuredahi...

Mana mungkin untukku menggapai segala cita,
Sedang hutan belantara masih kugeruni...

Mampukah aku menjadi seorang hamba,
Apabila jiwa bergelora dahagakan duniawi...

Adakah aku benar-benar dianugerah keredhaan-Nya,
Sedang nikmat sebesar benua belum mampu kusyukuri...

Benarkah aku seorang pendusta,
Pendusta segala kepercayaan Ilahi,
Meninggalkan segala perintah yang hakiki,
Menjadikan larangan abadi sebatian diri...

Aku benar sang pencinta,
Takkan kupalingkan hatiku daripada-Mu Ya Rabbi...

Benar aku insan yang lemah tak bermaya,
Namun ku pasti kekuatan-Mu sentiasa di sisi...

Aku tidak mudah berputus asa,
Kerana aku berpegang kepada janji,
Janji yang terpateri saat kulahir ke muka bumi,
Untuk menegakkan panji ke-Esaan-Mu walau dikeji...

Aku mohon pada-Mu Yang Maha Berkuasa,
Kurniakan bagiku rasa hina dalam diri,
Aku tidak mahu mendongak tinggi,
Hingga kulupakan bahang api...

Aku tidak fasih berpujangga,
Hanya keikhlasan yang kutawarkan dari lubuk hati,
Belas kasih-Mu tidak akan kulupai,
Akan kuabdikan diriku sebagai pejuang yang sejati...

Perjuangan menuntut pengorbanan...
Kekuatan lahir dari kelemahan...
Kehinaan bersulamkan kemuliaan...

p/s:Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.

Photobucket

Yang Takkan Berlalu Pergi

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Bismillah...

Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.



Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"



Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"

[Al Fajr 89:15-16]



Jangan begitu sayang,

Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.




Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

[Al Baqarah 2:216]





Akan ada yang datang

Dan akan ada yang berlalu pergi


Manusia itu akan datang dan pergi

Harta benda itu akan datang dan pergi

Kesedihan itu akan datang dan pergi

Masalah itu akan datang dan pergi







Tapi ...



Ada juga yang datang

Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi


Siapa?






Allah, sayang.

Allah.



Allah akan tetap di situ

Sekalipun kamu melupakannya.

Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu

Allah akan terus memerhatikan.


Ya!
Allah akan terus memerhatikan.

Setiap gerak gerimu,

Setiap ucap kata dari bibirmu,

Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,

Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu



Allah ada untuk setiap masa

Kapan sahaja yang kamu mahu

Kembali padaNya ya sayang

Allah sedang menantimu



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

[Al Baqarah: 186]

Photobucket

Wednesday, December 30, 2009

Ceriteraku Di Sana...

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah,dpt jgk Syaza tulis blog pd kali ini... Tp kan.... Malangnye, kemalasan melanda Syaza utk menulis.He3...



Syaza nak ceritakan tntg perkara yg berlaku semasa Syaza di Semenanjung M'sia...
Tp ajja dah menjumpai alternatif len...
D sebabkan adik ajja pun ade tulis psl nie, ajja x nak tulis...Ha3...



Jd kpd pembaca blog nie, maaf la ek. Ni blog adik ajja:

Sbb di mne ade Syaza,di c2 ade die.Di mana ade die, d c2 ade Syaza.He3... Jd x yah nak cite lg. :P

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.
Wassalam~

Photobucket

Monday, December 28, 2009

I'm Home!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah kerana sy tlh slmt smpi ke bumi di bawah bayu ini pd 26.12.09 ari 2...

Rindu banget dgn ini blog!

Syaza x leh post byk sgt sbb after this Syaza ade something nak buat...Sorry ek!


InsyaAllah,len kali klu Syaza on9 Syaza post ceritera Syaza ketika kat sne ek.

Wassalam~

Photobucket

Friday, December 11, 2009

Nak Balik Dah!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah kerana Allah msih memberi Syaza peluang utk menulis kat blog nie.

Syaza nak bg tau, bahawasanya pada 12.12.09 (Sabtu), Syaza akan terbang ke KL.
Syaza tkut x sempat nak bg korang sume.
Jd Syaza bg tau skrg.



Klu esok @ mlm nnt Syaza smpt on9, Syaza post something ek!
Klu x smpt, fhm2 je la ek! Syaza minta maaf sgt2...


Doakan pemergian Syaza. Semoga Syaza & keluarga selamat smpi ke KL & slmt pulang ke Sabah. InsyaAllah. Amin~


Mcm rindu lak dgn blog nie... Dgn kwn2. Dgn sume lah!
Mcm nak pegi selama2nya plk... :'(


Ape2 pun, kpd org Bangi ke Johor ke. Klu t'serempak dgn Syaza, jgn malu2 nak sapa.
He3... E2 pun klu korang kenal Syaza.


Smpi cni je lah ek!

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.

Wassalam~

Photobucket

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.





Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Photobucket

Thursday, December 10, 2009

Dia InspirasiKu!


Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana msih memberikan masa utkku bernafas di bumi ciptaanNya.

Terdetik di hatiku utk menulis tntg dia...




Siapa si dia?



Diriku x mahu utk menyorokkan lg perasaanku t'hdpnya!
Kerana dialah inspirasi hidupku!


Siapakah dia?



Dia yg sentiasa ada di hatiku~
Menemani aq ketika aq memerlukan someone.
Klu Allah, Dia sentiasa mmg menemani diriku setiap saat.



Dia ialah...



Kucing kesayangku, Buncit!

Kak Ajja sayaaangg sgt dgn Buncit...

Kenapa semasa kite sng & susah, die yg mengisi setiap ruang kosong kite?

Tp...

Bile die susah, kenapa kite x tolong die?

Hurm...

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

Wassalam~


Photobucket

Jiwaku Di Mana?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Beberapa hari nie, mcm ade yg x kena je apa yg kite buat. Pasal ape ek?

Mungkin impak SPM kot! Atau ade yg len...

Byk hal yg menghentam kepala otak kite nie~ Pusing2!

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini!

Mungkin jiwaku bkn di cni...





Jadi...






Di manakah jiwaku?






Mungkin~











Di Semenanjung M'sia! ha3... x sabonye nak blik! :)




Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Photobucket

Exam~

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah dipanjatkn kpd Allah s.w.t. atas segala-galanya. Memberikan udara utk meneruskan kehidupan, rezeki mknn & minuman utk meneroka alam & byk lg!
Hari nie, kite nak citekan psl duniaku ketika SPM. Ape nak cite ek? (^_^)
Klu SPM, apa lg nak buat klu bkn study kn! Pic bwh nie, merupakan motivasi diri kite sendiri.
Ha3... x de keje len dah, slain menconteng white board kat umah!

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.




p/s: Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.


Photobucket

Wednesday, December 9, 2009

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.



Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."



p/s:Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.

Photobucket

Suria Sabah dah Buka!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Ari selasa ari 2, 08.12.09 kite & keluar pi jln2 ke Suria Sabah!

Suria Sabah bru je buka... Byk lg kedai yg blum buka...


Disebabkan byk kedai blum buka, jd agak boring la gak!


Besar btul Suria Sabah nie... Tugas kami (kite & adik) ialah........



digik2! :)
Kat Baby Changing Room:












Kat Metrojaya:


Kat Sinma:

Wassalam~

Photobucket

Kisah GuruKu!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah atas kurniaan nikmat & rahmat yg Allah berikan kpd diriku...

Hari nie, kite nak citekan psl cikgu2 yg memerah keringat utk mengajar diriku yg agak nakal nie. ;)

Meh, kite kenal2 dgn guru yg byk berjasa atas diriku yg bersekolah di SMK PEREMPUAN LIKAS:

Pengetua : Puan Hetty@Hayati Sibangkit
PK 1 : Puan Fadilah Yusof
PK HEM : Puan Anipah

Kelas 5 Zamrud

Guru Kelas: Teacher Hiew

Guru2 yg berjasa dlm kelas 5Z

BM: Cikgu Rasina
BI: Teacher Francisca
MT: Cikgu Anuar & Sir Tan
SEJ: Cikgu Aerliza
PI: Ust Hafizullah
PM: Cikgu Siti Hajar
ADD MATH: Cikgu Cheong
BIOLOGY: Teacher Wan
CHEMITRY: Teacher Soon
PHYSICS: Teacher Hiew
EST: Teacher Janet
PA: Cikgu Vinnie

Ilmu yg cikgu2 berikan amat b'nilai...


tQ cikgu atas segalanya...
Halalkan ilmu yg cikgu berikan ek!

Jasamu amat saya hargai!






AND...




Yang paling penting....




Guru yg paling x pernah jemu dgn perangai sy nie selama hidup saya...




Time kasih ayah & ibu!



Ajja syg kamu...





Jadilah manusia sejati
yang menjamah keikhlasan
&
meminum kebenaran yang bernafas dengan kalimah
&
mati dengan keredaan hakiki.



Wassalam~

Tuesday, December 8, 2009

1000 Kemaafan Kuhulurkan...

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Kpd KRU Crew, Syaza minta maaf dr hujung rambut smpi hujung kaki... Dr Perlis ke Sabah...


Syaza x dpt ikut ISC09 utk kali nie... Syaza dah blik KL dah mse 2...


Maaf sgt2 sbb x dpt melibatkan diri.



Kpd BALKIS,ini maklumat tntg ISC:
18-20hb Dis 09
Limit 3 org,Yuran RM10
B'kumpul di Masjid UMS lps solat Jumaat. Pengangkutan disediakan.
Di Hutan Lipur Kawang,Papar.


oK!


Syaza minta maaf sgt2! Syaza balik kampung 12hb.



Wassalam~

Doaku Sentiasa Mengiringimu!

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Kpd shbt2 seperjuanganku yg msih dgn kertas peperiksaan... Semoga berjaya utk kertas seterusnya...

Jgn risau, doaku sentiasa mengiringimu!


Semoga berjaya ek! Jwb kertas bek2... Jgn lupa Allah...
Kpd shbtku, Citi. Baca buku tau! Jgn duk men je...He3... InsyaAllaj bleh jwb paper Tasawur ek!
Kepada Berlianese, rjin2 la ek bce buku... Kite cuti dlu! Hak2... Semoga Berjaya!
Dan kpd semua yg msih blum abis papernye, doa kite juga sentiasa mengiringi anda!

Apakah Erti Sebenar Merdeka?

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana msih dpt b'pijak di bumi nyata ini.


MERDEKA?

Adakah aq sudah MERDEKA?


Merdeka bg student: Dah abis menduduki exam besar, kecik, sederhana & mcm2 lah.

Merdeka bg negara: Bebas dr penjajah.

Merdeka bg individu: Hidup bebas drp bebanan. Mcm mne nak bebas sdgkn Allah sentiasa memberikn hambaNya ujian? (Setiap ujianNya ade hikmahnye)





Tp...



Ape erti merdeka yg sebenar?




Atau...



Diri kite nie x pernah nak merdeka?


Bg anda,ape erti merdeka?



Renung2kan!



Wassalam~