Assalamualaikum w.b.t.
Wah... Dah 2 tahun tak tulis blog.
Tiba-tiba rasa nak tulis something here - for memories.
***
Alhamdulillah, syukur - Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki yang Kau berikan selama ini.
Alhamdulillah, aku dah bergraduasi pada 26 Oktober 2017 (Khamis) yang lepas.
Konvokesyen aku kali ini agak berbeza dan punya rasa yang bercampur-baur.
Ibu ayah aku tidak dapat menghadiri konvokesyen aku kali ini.
Yang dapat hadir hanya kakak sulung aku.
Jadi, tidak mengapalah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Perjalanan sepanjang pembelajaranku tidak begitu mudah.
Ya, aku tahu tidak ada yang mudah dalam mencari ilmu.
Pengorbanan, usaha, tanggungjawab, amanah - semua perlu dipikul dalam satu masa.
Kau belajar, tetapi kau perlu beri komitmen kepada persatuan, kelab, organisasi dan sebagainya.
Kau belajar, tetapi kau perlu bahagi masa nak makan, tidur, belajar, perjumpaan, mesyuarat, simposium, aktiviti kelab dan macam-macam lagi.
Sampai satu saat, kau tidak kenal erti penat.
Sampai satu saat, kau tidak kenal erti rehat.
"Kau tak penat ke Syaza?"
"Kau ni tak pandai rehat ke Syaza?"
Jawapan aku, "Tipu kalau aku tak penat." "Tipu kalau aku tak nak rehat."
Tetapi atas dasar tangungjawab, amanah yang diberikan begitulah kehidupan aku.
Bersama Kak Long |
Alhamdulillah, dalam kepayahan aku ada Allah yang memudahkan.
Ada keluarga aku yang sentiasa beri semangat.
Ada sahabat-sahabat aku yang sentiasa beri sokongan antara satu sama lain.
Terima kasih Wani dan Kak Wani |
Bagi aku, keputusan aku tidak perlu dikhabarkan satu dunia.
Cukup keluarga aku yang tahu.
Kerana sahabat aku sendiri tidak tahu. Hah~
Kerana apa?
Aku sangat takut ada perasaan riak yang terselit walau sedikit dalam diri.
Jadi, biarlah ianya rahsia.
Cukup bagi aku menjadi kebanggaan keluarga dan orang yang terdekat.
Terima kasih semua.
Antara orang kuat dalam hidup |
Kerana aku selalu bekerja hanya belakang tabir.
Aku bukanlah orang yang petah berbicara.
Namun, kelebihanku jarang sekali aku tonjolkan.
Maka, aku biarkan.
Siapa yang tahu bagaimana diriku, maka mereka kenallah aku.
Penat lelah aku yang tidak seberapa ini, tidak dapat kubayar dengan penat lelah ibu ayahku yang selama ini medidik aku.
Bersama Prof Amin, TNC HEPA UPSI |
Yang selama ini kerah keringat dan waktu untuk menyara pengajianku.
Yang selama ini tidak kenal erti lelah untuk mencari rezeki buat pengajianku.
Jujur, aku tidak mengambil pinjaman PTPTN dan mendapat mana-mana biasiswa.
Fully, ayah aku yang tanggung.
Tapi, alhamdulilah dengan rezeki yang ayah cari selama ini, itulah keberkatan yang aku dapat dengan kejayaan yang aku genggam sekarang.
Tidak mengapa ibu ayah tak dapat datang konvo aku pada hari tersebut.
InsyaAllah datang masa jubah itu punya dua garis tepi ya. ;)
Bersama boyfriend, Sufi Rifqi |
Terima kasih semua.
Terima kasih Allah, keluarga dan rakan-rakan kerana sentiasa ada.
Saya gabungkan gambar Diploma dan Degree ya, supaya ibu ayah ada. ;) |
Jangan pernah penat untuk mencari ilmu.
Semoga ilmu yang kita tuntut bermanfaat buat diri kita dan seluruhnya. Aamiin.;)
Finished! |
Wassalam~