Nuffnang Ads

Tuesday, March 29, 2011

Sahabat, Aku Merinduimu.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat. ;)
Syaza harap kamu juga begitu ya.

Sahabat, Aku Merinduimu.

Sahabat,
Aku rindukan kehadiranmu.
Aku rindukan gelak tawa kita bersama.
Aku rindukan perkongsian ilmu yang kita ada.
Aku rindukan itu semua.

Sahabat,
Tiap kali aku lihat sekeliling,
Rakan, teman,
Semua itu aku ada.
Aku bersyukur pada yang Esa.
Cumanya,
Aku tidak rasa sepertimana keindahan perkenalan kita.

Jika kau jatuh,
Aku hulur tangan untuk membantu.
Jika aku jatuh,
Kau nasihati aku untuk bangkit semula dari terus tersungkur.

Sahabat,
Aku rindu keberadaanmu di sisiku.
Bercerita suka duka bersama.
Sedih, gembira dirasai bersama.

Mengenal isi hati masing-masing,
Itu yang kita rasa perlu ada.
Salah faham, pertengkaran, ditepis perlahan.
Aku merinduimu, sahabat.

"Kan seronok kalau 'sahabat' ada."
Aku selalu bermonolog.
Kita bawa diri ke tempat masing-masing,
Untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Untuk menimba ilmu yang masih sedikit.
Untuk merasai pengalaman berjauhan dengan orang tersayang.
Untuk memupuk diri supaya berdikari dan lebih tabah serta berani.

Sahabat,
Bilakah waktunya akan kita berjumpa lagi?
Aku menanti saat itu tiba.

Sahabat,
Aku sayang kamu kerana Allah.
Aku rindu kamu kerana Allah.
Persahabatan yang terjalin ini hanya kerana Allah.
Pertemuan dan perpisahan kita juga kerana Allah.

Sahabat,
Aku merinduimu...




***


Ya Allah, satu per satu ujian yang Kau berikan.
Aku masih gagah berdiri walaupun kadang-kala sudah lemah longlai.
Aku mohon ya Rabbi, kau salurkanlah sedikit kekuatan dariMu untuk aku meneruskan perjuangan ini ya Allah.

Ya Allah, ingatkanlah aku dengan seksaan api nerakaMu jika aku alpa.
Jangan Kau biarkan aku hanyut dengan arus duniawi yang hanya sementara.

Wassalam~

Sunday, March 27, 2011

Jika Tak Tahu Hatiku, Jangan Kata Kau Kenal Aku.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Syaza harap kamu juga beditu ya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tugasan semakin selesai.
Cuma ada dua lagi yang perlu disiapkan segera.
Maaf sebab dah lama tak mencoretkan sesuatu di sini.

Jika Tak Tahu Hatiku, Jangan Kata Kau Kenal Aku

Kamu kata,
Aku tiada keayuan.

Kamu kata,
Aku tiada kelembutan.

Kamu kata,
Aku tidak punya ciri keperempuanan.

Kerana,
Semua itu aku sorokkan.

Kerana,
Semua itu aku tutupkan.

Kerana,
Semua itu adalah kebiasaan.

Kerana,
Untuk kamu hanya layak dengan kekasaran. ;)

Kamu tidak kenal aku,
Tapi sudah kamu suarakan.

Kamu tidak kenal aku,
Tapi sudah kamu luahkan.

Kerana,
Kamu cuma lihat aku punya luaran.

Jika tak tahu hatiku,
Jangan kata kau kenal aku.


Syaza, Syaza...
Awat hang ni, tiba-tiba tulis lagu ni?

Cek pun tak tahu. -_-"


Mungkin, aku perlu masa untuk bersendirian.


Ramai yang secara kasarnya akan berkata Syaza ni agak kasar.
Syaza mengaku bahawa Syaza agak kasar.
Tapi, kasar Syaza tidaklah terlampau.
Bukankah Syaza sudah terangkan bahawa Syaza tak akan tunjukkan 'kelembutan' Syaza pada Si Adam.

Dah hang selalu nak bual dengan En. Adam, jadi cek tak boleh 'lembut-lembut' ni.
Cek tak gheti.
Hang tak tahu diri cek lagu mana.
Kalau hang perasan, cek selalu diam.
Cek bukan apa, cek cuma malas nak cakap.
Kalau cek cuba nasihat, hang selalu tak mau terima.
Solusinya, cek diam sahaja seribu bahasa.
Kan senang...
Tak payahlah hang nak bantah-bantah cakap cek.

Hang tak kenal cek lagu mana.
Walaupun sem ni kita selalu bersama, tapi lama-kelamaan cek rasa hang makin tunjuk perangai.
Cek dah tak tahu lagi mahu buat lagu mana. -_-"

Hang selalu cakap ayat yang cek tak suka.
Cek pernah cakap yang cek tak suka hang cakap lagu tu.
Tapi, hang masih cakap juga.
Sekarang, kalau hang cakap juga, cek selalu diam.
Cek malas nak layan.
Cek diam bukan tak ada makna, tapi ada.

Kawan, kau belum kenal aku.
Kau tak tahu hatiku.
Tapi, kau selalu menyakitinya.
Kawan, aku selalu diam sebab aku taknak kau sakit hati kalau aku cakap.
Tapi, kau tak pernah fikir setiap perkataan yang kau lepaskan itu.

Kau tak cukup 'kuat' untuk aku.
Aku bersyukur sebab dapat kenal kau.
Cumanya... Allah sahaja yang tahu.
Mungkin, aku tak cukup layak untuk kau.

Wassalam~

Saturday, March 12, 2011

Ibu, Engkaulah Penghuni Jiwaku.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah Syaza semakin pulih secara keseluruhannya.

Maaf, sebab dah lama menyepikan diri.
Diri sedang dalam timbunan-timbunan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.
Mana taknya, semester ni ada enam subjek.
Setiap subjek ada 2 tugasan yang perlu disiapkan.
Setiap tugasan, minimum muka surat yang perlu ada ialah 10 muka surat.
Pening-pening.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini ya Allah.

Hari ini, 19.3.2011 merupakan tarikh Hari Lahir Ibuku yang tercinta, Rosmiati Binti Hj Sainoh.
Ibu, Selamat Hari Jadi yang ke-45.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semogi diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Semoga dipertingkatkan kekuatan iman.
Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggu buatmu.
Semoga hidupmu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah. Amin~



Engkaulah Penghuni Jiwa

Duhai Cinta,
Kau suntik kasihmu di dalam sanubariku,
Membuatkan aku terus bangkit dari lena,
Fantasiku turut terkubur dalam kenangan lama,
Kini,
Aku sedar aku di bumi yang nyata,
Di alam realiti, aku berpijak dengan lemah dan tidak bermaya,
Namun,
Pabila kau hadir, menghuni seluruh jiwa,
Aku berani melangkah dengan gagah,
Menyelusuri kehidupan yang sebenar-benarnya.

Engkau menjadi peneman hidup,
Tika hati berduka lara,
Engkau ubati luka ini,
Dengan usapan, belaian dan kucupan mesra yang tidak terkira,
Engkau buang segala virus yang menyerang jiwa,
Engkau cuci dengan zikrullah untuk Allah Yang Maha Kuasa,
Engkau titipkan doa kepada Yang Esa,
Buat aku yang sedang kecewa,
Engkau mengukir senyuman dan melontar ketawa,
Pabila aku diam membisu, tidak bersuara.

Aku tidak sangka,
Engkau sebahagian daripada hidupku, wahai penghuni jiwa,
Membikin setiap denyut nadiku lebih bermakna.

Tidak pernah engkau kesali kehadiranku yang membuat hari-harimu haru biru, tidak tentu hala,
Tidak pernah engkau mencaci, walaupun aku menimbulkan bencana,
Tidak pernah engkau memaki, kalau aku mencipta hidupmu merana,
Engkau hanya menguntum senyuman,
Walau ia hanya terpaksa.

Aku amat bersyukur kepada Allah azzawajalla,
Kerana aku dikurniakan kepada kamu,
Kuhadapkan tubuhku ke Kaabah,
Kiblat seluruh umat Islam,
Kusujud pada Yang Satu,
Tanda syukur atas pemberian kamu kepadaku.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu akbar.

Engkaulah matahari dalam hidupku,
Kerana engkau sentiasa menerangi setiap saatku.

Aku adalah rembulan dan engkau adalah bintang,
Kerana pabila aku bersendirian tiada cahaya,
Engkau menemani dengan cahayamu yang berkerdipan.

Engkaulah penghuni kalbuku,
Duhai ibu!




Kami sayang Ibu. ;)

Wassalam~

Tuesday, March 8, 2011

Kesakitannya Kembali Menyerang - Pemeriksaan Seterusnya.

Assalamaualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Kakiku belum sembuh sepenuhnya.

Ada pada satu hari tu, Syaza nak beli makanan, tiba-tiba kaki Syaza sakit sangat.
Terlalu sakit.
Astaghfirullah.
Sehingga tidak sanggup menapak utk langkah yang seterusnya.
Syaza berhenti seketika untuk berehat dan menghilangkan kesakitan tu.

Kaki tetap digagahkan untuk melangkah.
Setapak demi setapak cuba berpijak di bumi Allah ini.
Adakah sakit dahulu kembali lagi?

Lepas solat Zohor, Syaza terpaksa telan dua biji kapsul tahan sakit untuk memudahkan Syaza berjalan tanpa banyak bunyi. ;)
Kesakitan dapat ditahan sehingga waktu maghrib sahaja.
Seusai solat Maghrib, perkara yang sama berlaku lagi.
Makan lagi dua biji.

Senaman sendiri cuba dilakukan.
Kaki dipusingkan - terasa kesakitan yang amat.
Sehinggakan nak terkeluar air mata menahan kesakitan.

Mata pandang ke buku lali, sepertinya bengkak semula tapi cuma sedikit sahaja.
Ya, walau dipegang lembut, sudah terasa kesakitannya.
Kenapa ya?

Selepas pulang dari perbincangan, sebelum masuk tidur, senaman sekali lagi dilakukan.
Kaki cuba dipusingkan - kesakitannya masih belum pudar.

Cara jalanku hampir sempurna.
Tapi, aku sahaja yang rasa kesakitannya.

Ya Allah, sembuhkanlah kakiku ini ya Allah.
Ya Rabbi, sihatkanlah tubuh badanku ini ya Rabbi.
Ya Rahman, Kau peliharalah aku dari malapetaka dan bala bencana.
Ya Rahim, Kau semaikanlah kesabaran dan kekuatan yang tinggi di dalam diriku ini.
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Amin ya rabbal alamin~

***


Hari ini, aku pergi ke pekan untuk ke Poliklinik Bakti Aminin untuk pemeriksaan yang pertama di sana.
Harapan baru kubina untuk berjumpa dengan doktor walaupun aku pernah untuk berputus asa.
Tetapi aku tahu, kita kena usaha semampunya. Aku terima cubaan yang diberi oleh yang Maha Esa seadanya.

Setelah sedikit pemeriksaan dijalankan...

Doktor: Kaki kamu ni kena pakai ankle guard supaya dia dapat jaga ankle tu.
Aku: Oh.
Doktor: Kalau jalan tu kena hati-hati. Contohnya jalan ni lurus, tapi kamu tak tahu ada bahagian yang rata. Kamu terpelecok sedikit. Itu pun boleh menyebabkan ligament tu koyak sikit balik.
Aku: Oh, ek. Doktor, bila boleh baik ek? Sebab dah sebulan dah.
Doktor: (Senyum) Itu tak pastilah. Ni memang lama ni. Jangan aktif sangat la ek.
Aku: Memang dah tak aktif dah. Em...


Patutlah selama ni susah nak baik, sebab mana taknya, aku kalau jalan balik-balik terpijak lubang yang tak disangka. -_-"
Apa-apa pun, Syaza cuba yang terbaik untuk pulihkan kaki ni kembali.

Hari Khamis minggu depan, mungkin pergi ke fisioterapi di Hospital Kuala Kubu Bharu. InsyaAllah.

Maaf, sebab lama tak update. Bila nak update masa tulah idea datang mencurah-curah untuk siapkan tugasan. He~

Doakan Syaza ek. ;)

Wassalam~

Saturday, March 5, 2011

Siapa Aku?

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza di sini sihat hendaknya.

Seperti yang anda semua maklum, Syaza telah menukar header Syaza.
Perasan tak?
Mesti anda perasankan. ;)



Siapa Aku?
Kenapa Syaza pilih perkataan ini?
Kerana Syaza ingin memuhassabahkan diri Syaza kembali.
Siapa diri Syaza yang sebenar?
Syaza nak ingatkan diri Syaza bahawa Syaza ini hanya insan hina yang berpijak di dunia ciptaanNya yang sementara dan perlu untuk mencari cintaNya supaya mendapat keredhaan dariNya.

Syaza mengaku bahawa Syaza insan yang lemah.
Kadang-kala lalai dan alpa.
Walaupun bukan kemahuan kita.

Kini, Syaza perlu bangkit kembali untuk mencari siapa diri Syaza.
Kamu sedia membantu?
Syaza butuhkan pertolongan kamu.

Siapa aku?
Aku insan hina yang mencari cintaNya.
Apa yang perlu aku lakukan?
Pertingkatkan amalan untuk mencari keredhaan dariNya.

Siapa aku?
Aku insan lemah yang memerlukan petunjuk dariMu.
Kurniakanlah aku teman yang membawa aku untuk mengjar cintaMu.

Siapa aku?
Aku insan biasa yang mudah alpa akan kesenangan di dunia.
Bantu aku, ya Allah.
Pertingkatkanlah kekuatan imanku untuk hadapi semua dugaan dan cabaran yang Engkau berikan terhadapku.

Siapa aku?
Aku insan yang sentiasa memerlukan cinta dan kasihNya untuk terus hidup di dunia ini.
Aku akan rasa kehilangan pabila cintaMu itu samar-samar dan terus pudar.
Aku memerlukanMu di sisiku, ya Allah.
Jangan Kau jauh dariku, ya Allah.
Jangan Kau jauh dari sisiku, ya Allah.
Jangan Kau jauh meninggalkan aku, ya Rabbi.
Sesungguhnya aku amat memerlukanMu.

Siapa aku?
Aku insan yang sentiasa lupa.
Jadi sahabat, tolong ingatkan aku kembali.
Tolong nasihat aku pabila aku salah.
Tolong tegur aku pabila aku tersesat.
Tolong jangan tinggalkan aku terhampar di dunia ini dengan perkara yang sia-sia.
Tolong aku ya!

Ya Ghaffar,
Aku pohon keampunan dariMu yang sebenar-benarnya.
Tunjukilah aku jalan yang lurus dan benar.
Aku mohon ya Rabbi...
Jangan pernah Kau jauh dari aku lagi.
Amin ya Rabb.

Wassalam~

Wednesday, March 2, 2011

Menunggu Dua Minggu Lagi | Indahnya Jika Mereka Ada Di Sisi.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Bagaimana dengan kondisi kaki?
Sama sahaja.
Tiada perubahan.

Tadi pagi Syaza pergi ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk pemeriksaan yang kedua di situ.
Berjalan kaki ke klinik adalah satu perkara yang amat memenatkan.
Terlalu penat.
Kalau orang sihat pun boleh jadi sakit semula.
Bas ke KTM belum keluar, jadi terpaksalah jalan kaki. -_-"

Pabila angka giliran dah dipanggil, kaki melangkah masuk dengan semangat yang baru untuk pulih.

Doktor: Kamu main futsal?
Aku: Tak, doktor. Bola jaring. (Sambil memberikan laporan minggu lepas)
Doktor: Oh. Jadi, kenapa ek?
Aku: Nak periksa kaki, sama ada dah ok atau belum.
Doktor: Jadi kamu nak buka balutan?
Aku: Ya.
Doktor: Confirm?
Aku: Ya.
Doktor: Ok. Bukalah.
Aku: (Membuka balutan dengan harapan kaki dah sembuh.)
Doktor: Cuba gerakkan kaki.
Aku: (Lakukan apa yang disuruh dan kali ini berjaya.)
Doktor: Cuba berdiri dan jalan.
Aku: (Berdiri)
Doktor: Menapak perlahan-lahan.
Aku: (Jalan perlahan-lahan)
Doktor: Ok. Sekarang saya bagi kamu dua pilihan, kamu nak buat senaman sendiri di rumah atau nak buat fisioterapi di Slim River.
Aku: Em... Senaman sendiri.
Doktor: Ok. Kamu buat senaman sendiri di rumah ya.
Aku: Ya.
Doktor: Kamu masih pergi latihan.
Aku: Saya duduk tepi gelanggang sahaja.
Doktor: Lepas ni, tak perlu pergi. Kamu perlu rehat 2 minggu.
Aku: (Diam)
Doktor: Ok?
Aku: Em...


2 minggu tak boleh turun latihan walaupun duduk tepi gelanggang?
Ya Allah.
Perasaan pada masa tu, memang bercampur baur.
Terus terbayangkan wajah kakak-kakak JUMPERZ yang sentiasa buat aku ukir senyuman.
Maaf semua, Syaza tak dapat turun latihan. :'(

Gantung diri begini supaya tidak gatal kaki untuk bergerak lagi. -_-"


Ubat diambil dan melangkah gagah keluar dari klinik.
Setibanya di kawasan UPSI, langkah terhenti. Kaki mula sakit.
Cuma sakitnya tidak seperti dahulu.
Sakitnya sudah kurang dan aku sudah boleh berjalan, cuma masih tidak sempurna walaupun sudah cuba.

Alat bantuan dipulangkan.
Kaki digagahkan untuk melangkah ke kelas tanpa alat bantuan dan tanpa kaki yang berbalut.
Cuma kesakitan yang dialami hanya aku yang boleh rasa.

Sampai sekarang, aku rasa masih tidak berubah.
Aku hanya boleh berjalan dengan lebih baik, tetapi masih tidak sempurna.
Tetapi, buku laliku masih terasa sakitnya.
Doakan aku cepat sembuh ya.

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini.

***


Ketika sedang menunggu angka giliran dipanggil, buallah dengan seorang mak cik ni.
Soalan biasa yang diajukan daripada semua: "Kaki kenapa?"
Jawapan tidak perlu diberikan di sini ya. ;)

Mak cik: Mak tahu tak?
Aku: Tahu.
Mak cik: Jadi, mak datang sini nak tengok?
Aku: (Terdiam seketika) Tak, sebab saya asal Johor sekarang duduk Sabah.
Mak cik: Oh, tinggal Sabah.
Aku: Ya, mak cik.
Mak cik: Ayah kerja sana ek.
Aku: Ya.

Dalam keadaan aku sebegini, keluargaku sentiasa beri semangat padaku.
Terima kasih semua.



Aku di sini sendiri.
Tiada siapa yang menemani.
Keluargaku duduk jauh sekali.
Tidak boleh menemani.
Itu, dapat aku fahami.
Kini, aku perlu jadi lebih tabah lagi.
Untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang diberi.
Keluarga tiada di sisi.
Tetapi, Allah tetap di hati.
Ya Rabbi...
Berilah secebis kekuatanMu untuk diri yang lemah ini.
Aku pohon padaMu, ya Ilahi.
Kau sihatkan tubuh badanku ini.
Supaya ia bisa berdiri dan terus berlari.

Indahnya jika mereka ada di sisi.


Wassalam~

Tuesday, March 1, 2011

Sombong Itu Bukan Aku | Ke Mana Hilangnya Dia?

Assalamualaikum kalian.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, kaki Syaza semakin pulih. Mungkin. InsyaAllah. ;)

Terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada Syaza.
Terima kasih kepada pakcik-pakcik bas yang memberi layanan yang amat baik kepada Syaza.
Terharu~ Sob sob.

Aku adalah aku.

Sejujurnya, Syaza memang gagal dalam berbual dengan kaum Adam.
Syaza memang tak pandai.
Mesti ramai yang berpandangan bahawa Syaza ni sombongkan sebab tak pandai berbual dengan kamu.
Syaza boleh melemparkan senyuman kepada kamu, tetapi kalau nak berbual tu, minta maaf ek.
Syaza tak reti sangat.
Kadang-kadang, kamu penat membina soalan yang panjang lebar, tetapi sepatah sahaja Syaza jawab.

Sebenarnya, Syaza bukannya apa, cuma kalau boleh memang tak nak bergaul sangat dengan kaum Adam.
Kitakan ada batasnya.
Jadi, Syaza nak jaga semua tu. InsyaAllah.
Kalau tak penting tak perlu cakap, bukan?

Syaza bukan seperti kawan Syaza yang berani menyapa dan berbual dengan kaum Adam.
Syaza bukan seperti itu.
Tapi, kalau ada orang tegur, Syaza tegur baliklah.
Kalau tak, malu pula dia nanti.

Syaza boleh berbual dengan mereka jika ada keperluan.
Nak bual-bual ringan pun boleh, tapi ada batasnya.
Tapi, kalau nak bergaul tu, kalau boleh Syaza nak hindarkan. ;)

Kalau bersendirian lagi senang. ;)


Terpulang kepada anda nak cakap apa-apa tentang Syaza.
Syaza hanya mampu kata, Syaza jadi diri Syaza.
Paling penting, apa yang Syaza lakukan tak melanggar perintah Allah. InsyaAllah.

Pabila hubungan kita dengan Allah BAIK, maka hubungan kita dengan orang lain pun insyaAllah akan baik.

Kalau kamu bilang aku sombong, itu salah.
Aku sentiasa menguntum senyuman.
Tidak kira siapa dirimu.
Sama ada aku kenal atu tidak.

Aku adalah aku.
Maaf jika buat kamu salah sangka kepadaku.
Aku bisa bersuara jika kamu yang mula dahulu.
Tapi, mungkin hanya sepatah dua yang aku mampu untuk membalasnya.

***


Ke mana hilangnya dia?
Setelah lama tidak mendengar khabar berita.
Kata hati, abaikan sahaja.
Ketawa.

Perlukah aku mengambil tahu akan dia?
Rasanya buang masa.
Bagus aku kejar cita-cita dan CINTA.
Daripada memikirkan keadaan dia yang tiada berita.

Ke mana hilangnya dia?
Pabila pesanan ringkas yang dihantar tiada jawapan daripadanya.
Diam seribu bahasa.
Ukir senyuman gembira.
Kerana tidak perlu buang kredit yang sia-sia.

Kata-kata semangat cuma layak untuk dia.
Pesanan dan nasihat daripada seorang rakan yang jauh di mata.
Cuma berharap supaya ingat pada yang Esa.
Kerana kita hidup di dunia hanya sementara.

Biarkah sahaja.
Hidup dia dengan caranya.
Aku cuma menjalankan tugas yang perlu sahaja.
Dia juga tidak berani kusapa, walau sudah kukenal lama.
Tak percaya?
Tanya dia, nama yang punya senyuman di belangkangnya.
Siapa?
Tepuk dada, rahsia.
Ketawa.

Aku doakan kamu baik-baik sahaja.
Semoga kamu dan keluarga bahagia dan tiada sengketa.
Ukir senyuman gembira padamkan duka lara yang lama.
Lupakan semua ya.

Mencari ke mana hilangnya kamu...


Wassalam~