Nuffnang Ads

Friday, March 27, 2009

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Friday, March 20, 2009

Selamat Hari Jadi Zuhaili!

Assalamualaikum...Hari nie hari jadi kwnku yg b'nama Zuhaili Zuhairi...sy igt birthday die sbb tarikhnye slps birthday ibu kite...sbb 2 sng nak igt...

sy & family nak ucpkn Selamat Hari Jadi yg ke-17....dah tua dah...he3...Semoga dipanjangkn umur dan dimurahkan rezeki serta diperkuatkn iman...Semoga hidup anda dirahmati Allah.



Ckp pasal zuhaili ni,biar kite bg tau serba sdikit psl die...Name die Zuhaili Zuhairi.Duk kat Tenom.Umo 17 thn.Sklh kat Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa.Die nie klu b'kata-kata mmg manis arr dan pintar menyusun ayat.Die nie kdg2 mempunyai angan2 yg tinggi.Die nie klu ckp dgn sy mmg bleh dikatakn satu kpla gak arr...Kdg2 die nie klu dtg 'gile2' die mmg pyh nak lyn.Tp die mmg org yg bleh buat sy senyum dan sakit ati.ha3...kire stabil la 2...

Mcm mne sy leh knl dgn die?
Sy knl dgn die melalui adik sy.Die mintak no phone sy,lps 2 die msj.Die nie gak merupakan kwn kpd kwn sy.(Sorry,klu mengelirukan sdikit) Kire knl melalui friendster gak arr...Sy jrg msj dgn die sbb sy nie jenis yg jarang ade kedit.he3...

Ape2 pun,ko mmg MANTAP arr Zuhaili!Sorry arr klu aq ade wat slh dgn ko k...Kire halal lah ek 2 sume...he3...

Wassalam~

Thursday, March 19, 2009

Buku Kegemaran

Assalamualaikum...


Beberapa hari yg lalu sy ade beli beberapa buku,sy sdh membaca 2 buah buku drp 4 buku yg sy beli...Buku2 yg sy bce ni amat mantap isinya dan menjadi buku kegemaran ku...Ni bukunya:









Ni adlh buku yg tlh sy bce...Harganya x mahal iaitu hanya RM3 sahaja.Tp buku yg pling sy suka ialah buku ini:





Kpd para muslimah,sy hrp anda beli buku ni.Anda x akn menyesal bce buku ni...Buku ni mmg byk ilmu yg akn anda dpt.Sy bleh simpulkn bahawa buku ni mmg MANTAP!

Tggu apa lg,yok beli yok!Harga buku ni x semahal ilmu yg kite dpt...
Wassalam~

Selamat Hari Lahir Ibu!


Assalamualaikum...
19.03 nie birthday ibu kite,so sy nak ucapkn SELAMAT HARI JADI IBU...Semoga pnjg umur & dimurahkn rezeki.Mudah-mudahan kehidupan ibu dirahmati oleh Allah.Amin...
Ajja wakil utk family nak ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR IBU"
Kami sayaaaaaaang IBU!



Wednesday, March 18, 2009

Mawi-Sujud

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....

Sahabat




Monday, March 16, 2009

Kucing!



Assalamualaikum...


15.03.09 (Ahad) b'samaan 18 Rabiulawal 1430 H,kucingku yg diberi nme 'Kecik' tlh mati meninggalkn dunia...

Subhanallah,smsa pg Ahad sy pegang Kecik,tiba2 die mengiau dan kplanya mendongak ke atas. Mungkin pd mse e2,malaikat maut ingin mencabut nyawanya.Ya Allah,binatang pun sdh merasa kesakitan yg sebegitu rupa,apalagi manusia yg digelomang dosa.


MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.


Allah b'firman:

"...Hidup di dunia hanya kesukaan yg penuh dgn tipuan." (Al-Hadid:20)


Tetapi manusia msih lg x sedar akn semua ini.Ya Allah,bukakanlah pintu hati hamba2Mu,ya Allah.Jd kn lah iktibar ats setiap perkara yg b'laku.SEDARLAH! BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT!


ANDA NAK TUNGGU SAMPAI BILA?




Apa2 pun sy ttp sayangkn kucing2 sy...



Friday, March 13, 2009

Sahabat


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

Sahabat sejati menjadi pendorong impian.

Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"


Malu Penghalang Terjebak Perbuatan Mungkar

MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.

Malu juga akan meninggikan darjat keimanan seseorang seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud:“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan yang boleh dibuat apabila melihat kemungkaran seperti rasuah dan pergaulan bebas ialah mereka sudah hilang sifat malu kerana tergamak melakukan perbuatan dilarang Allah.

Hilang malu menjadikan seseorang melakukan maksiat sesuka hati seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)

Perasaan tidak takut dosa atau azab Allah hanya ada pada mereka yang kering rasa malu dalam jiwa untuk melakukan dosa, malah tidak menghiraukan pandangan orang lain.

Demi menjaga kesucian maruah, masyarakat dan agama, maka setiap individu Muslim perlu menghiasi jiwanya dengan malu serta menganggap sifat itu perkara yang sangat penting perlu ditekankan dalam pembinaan akhlak terpuji.

Mereka yang mempunyai rasa malu termasuk golongan orang beriman kerana malu sebahagian tanda iman seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya dengan wujudnya rasa malu, seseorang tidak tergamak melakukan hal yang ditegah Islam seperti dinyatakan pendakwah, Amru Khalid dari Mesir dalam tulisannya Akhlaq al-Mukmin:
“Jiwa (diri) tidak mampu untuk melakukan perbuatan jelek atau sesuatu yang tidak baik. Diri tidak kuat untuk melakukannya. Seorang pemalu tidak sanggup melihat dirinya terhina di hadapan Allah, di hadapan manusia atau di hadapan diri sendiri.”

Begitulah bernilainya sifat malu seperti mutiara yang mencantikkan akhlak dan sekali gus menjadi benteng diri, tidak mudah melakukan sebarang maksiat yang dimurkai Allah.
Jika kita renung kisah diceritakan al-Quran mengenai Nabi Yusuf, walaupun diajak Zulaikha melakukan perkara terlarang sambil menutup pintu bilik, Baginda tidak tergoda (ketika itu peluang mereka melakukannya terbuka luas) kerana dihalang rasa malu bersumber daripada telaga keimanan sehingga kehormatan dan kemuliaan sebagai insan berpangkat nabi tidak sedikit tercemar.


Kisah itu terpelihara dalam kitab suci bermaksud:
“Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu, seraya berkata: Marilah ke sini. Yusuf berkata: Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku sudah memperlakukan aku dengan baik. Sesungguhnya orang yang zalim tiada akan beruntung.” (Surah Yusuf, ayat 23)

Rasulullah SAW menghuraikan dengan jelas mengenai malu kepada Allah melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Milikilah rasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kami (sahabat) berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Alhamdulillah kami sudah memiliki rasa malu. Rasulullah bersabda: Bukan sekadar itu, tetapi barang siapa yang malu kepada dengan sesungguhnya, hendaknya menjaga kepalanya dan apa yang ada di dalamnya (mata, telinga, lidah, mulut dan muka), hendaklah ia menjaga perut dan apa yang didalamnya, hendaknya ia mengingat mati dan hari kehancuran. Siapa menginginkan akhirat ia akan meninggalkan hiasan dunia. Siapa yang mengerjakan itu semua bererti sudah malu kepada Allah dengan sesungguhnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sebagai insan yang dimuliakan Allah, kita perlu selalu memelihara maruah diri dengan rasa malu. Apabila tindakan bijak diambil, terhindar daripada mencipta dosa sama ada secara zahir atau batin. Apabila diri sudah tidak tahu malu, maka pasti akan dipandang hina, jijik, tidak berharga serta dibenci masyarakat.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Malu adalah sifat utama Mukmim yang menghasilkan kebaikan dan menjadi perisai daripada melakukan perkara bertentangan ajaran Islam selain terhalang daripada mengikut hawa nafsu.

Namun, malu melakukan ketaatan kepada Allah adalah malu yang dilarang serta tercela seperti malu untuk menutup aurat, malu mengerjakan solat dan melakukan kebaikan diwajibkan Islam. Jadilah pemalu yang sejati, semoga kita akan dikasihi dan diredai Allah.

Friday, March 6, 2009

Insaf

Umat mana yang sesat ke neraka?
Umat mana yang terbakar di sana?
Umat mana yang gelincir dari siratul mustaqim?
Suci imannya dikotori dosa,
Lautan hatinya dicemari salah,
Salah tak menyembah Allah,
Yang Maha Pemurah,

Mana letaknya hidayah Allah?
Yang sudah ada sejak keluar dari rahim,
Yang sudah ada ketika azan,
Sayup menyentuh gegendang telinga,

Mengapa nafsu masih menyentuh mulut syaitan,
Sedang tangan sudah menadah insaf,
Di atas saf sejadah,

Ya Allah,
Imanku kian cetek,
Di hirup bahu kiri,
Ya Allah,
Bilakah hujan rahmatmu
Membanjiri insan kerdil ini?
Mungkinkah di saat kulit berkedut,
Atau bila Izrail bertamu di sisi,
Atau tiada sempat lagi,
Ketika kain putih membaluti tubuh,

Ya Allah,
Perlukah aku menadah dengan,
Tangan penuh berdarah,
Untuk menjemput hidayahMu?
Mungkinku tidak akan mengesat air mata darah,
Yang menyelinap di pipi,
Ketika memohon taubat,

Biarlah tangan yang penuh luka ini,
Menghitung tasbih
Biarlah air mata darah melimpah,
Pada Surah At-Taubah,
Sujud mendekati Allah,
Berkhiblatkan Kaa’bah.

Diriku!

Assalamualaikum...
Hari ini mood sy agak baik,jd nak cite psl diri sy serba sedikit...
Sy nie sbnrnye seorg yg byk ckp,tp klu org x knl mmg nmpk pendiam ckit...
klu org yg first time nmpk 2,mmg mcm sombong ckit tp maybe mse 2 kite x smpt nak senyum @ tgh bad mood...
kwn2 kat sklh,klu first2 nak kwn dgn kite,die org tkut....ntah npe tah...tp bile dah tau perangai kite mcm mne,semuanya b'jln dgn lncr.
tu dlu,tp skrg...bdk2 junior yg knl diri kite mcm mne,die org brani buli senior di org... mangsanya,sy lah...tp x pe...sabar2!
ape2 pun,Alhamdulillah sumenye oK!
Selain 2 gak,sy nie seorg yg tegas.tp tegas bertempatlah...sy nak kongsi satu cerita,ade satu ari 2,kls sy nie mmg x reti diam,org ckp kat dpn sruh buat pembetulan tp die org b'bual je.tiba2 mood ku b'tukar menjadi panas...he3...terus diam satu kls...takut trus...
tp,esknya kite minta maaf lah sbb takut ade yg terasa dan sbginya.abis cite yg nie...
Skrg nie kite msih sdg memperbaiki diri,sbb klu kite dtg 'sot' kite,mmg straight mase 2 penuh dgn ketidak betulan mental...he3...
Smpi cni dlu lah ek...InsyaAllah,klu ade cite lain kite citekn lg...
Wassalam...