Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2011

Menyambut Kehadiran Ramadhan Sendirian.

Assalamualaikum semua.

Ya Allah, sunyinya blog ni.
Maaf ya, banyak tugasan yang perlu Syaza siapkan sehinggakan blog ini terbengkalai.
Tapi, akhirnya ada juga sedikit coretan buat kamu sebelum kita melangkah ke bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah.

Apa khabar kalian?
Syaza baru pulang dari Shah Alam.
Alhamdulillah, akhiranya selamat sampai ke Tanjung Malim.
4 hari 3 malam di Shah Alam merupakan pengalaman baru buatku.
Kenapa? Biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu. ;)

Menyambut Kehadiran Ramadhan Sendirian

Alhamdulillah, akhirnya bulan yang dinanti-nanti datang lagi.
Terubat rinduku padanya.
Pada bulan yang mana kita bebas daripada godaan syaitan, banyakkan amalan.
Ramadhan, aku rindu kehadiranmu.
Kusambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah.



Ramadhan tahun ini berbeza sekali dengan Ramadhan sebelum ini.
Sebelum ini, hari pertama kubangun sahur bersama rakan serumah. Rasanya aneh sekali tanpa keluarga.
Kali ini, aku diuji lebih besar, bukan sahaja tiada keluarga di sisi, namun, teman-teman semuanya pulang ke rumah bersahur dan berbuka bersama keluarga katanya.
Aku, sendirian di rumah tanpa berteman.
Allah sahaja yang aku ada.

Sebak hatiku, pabila terpaksa menyambut kehadiran bulan yang mulia tanpa sesiapa.
Sahur pada hari pertama, cuma sendirian sahaja.
Aku tahu, keluargaku jauh dari pandangan.
Tetapi...
Aku cuba terima semua ini sebolehnya.


Ramadhan yang dinanti telah pun tiba.
Kuharap, aku dapat menyambut kehadirannya bersamamu.
Namun, aku hanya sendirian tiada berteman.
Kupohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.
Semoga Ramadhan kali ini dpat kita pertingkatkan amalan kita. InsyaAllah.
Jangan lupa kejar malam Lailatul Qadar.

Salam Ramadhan buat anda dari Syaza Syafeeqah. ;)


InsyaAllah, jika punya masa akan kukongsikan kelebihan bulan Ramadhan.
Puasa tau jangan tak puasa.
Jangan pula, puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk. ;)

Wassalam~

Friday, July 22, 2011

Rawang dan Tanjung Malim Menjadi Mangsa Citi Manisa.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat cuma penat tak hilang lagi. Masih ada sisanya.

Selama 3 hari iaitu dari 19.07.11 hingga 22.07.11, Citi Manisa datang ke Tanjung Malim dan bermalam di sini.
Terima kasih kerana sudi menjenguk kawanmu ini. Hehe.
Citi Manisa sedang bercuti pertengahan semester. Kesian dia sebab kat rumah je.
Syaza pergi mana?
Syaza masih ada kelas yang perlu dihadiri.

Alhamdulillah, hari ni tak ada kelas. Jadi, bolehlah bawa dia jalan-jalan.
Kita orang pergi mana? RAWANG. Haha.
Lagi-lagi Rawang, tak bosan ke?
TAK BOSAN lah.
Sebab ada Pak Cik MYDIN. Hehe. Kalau sebelum ni, Syaza pergi dengan Mastura dan Kak Shiela, sekarang giliran Citi Manisa pula.
Syaza buntu nak bawa pergi mana, sebab kalau kat Tanjung Malim ni, tak lah banyak sangat kedai yang boleh diterjah, oleh itu, saya bertekad untuk membawanya ke Rawang. Haha.

Maaf, kamera telefon bimbit saya tidak canggih.


Sebelum ni naik bas, tapi kali ni naik kereta api pula. Toot toot!
Kita orang tertinggal kereta api pada mulanya, jadi kenalah tunggu 1 jam yang seterusnya.
Tapi, tak rasa pun satu jam tu. Alhamdulillah. ;)
Kita orang bertolak dari Tanjung Malim pukul 10.55 pagi dan tiba dengan selamat di Rawang pukul 11.40 pagi. Alhamdulillah.
Kita jenguk-jenguk kedai yang ada kat Rawang ni. Sampailah ke Pak Cik MYDIN. Borang benda yang nak dibeli sahaja. Walaupun ada benda yang diluar senarai pun turut dibeli. :P Astaghfirullah.

Hari ni, Citi akan pulang ke Perlis sebab tu bawa dia jalan-jalan.
Tapi, bukan Rawang sahaja yang diterjah, Pekan Tanjung Malim pun jadi mangsa.
Citi kata dia nak beli tudung. Survey harga kat Rawang, tapi agak mahal. Tengok kat Tanjung Malim, jauh lebih murah.
Kalau boleh, Citi nak borong semua tudung. Hehe.
Lain kali datang Tanjung Malim lagi ya.

Terima kasih sebab sudi datang ke Tanjung Malim yang biasa-biasa sahaj.
Satu lagi memori yang dikecapi bersama.
Semoga anda sukses selalu ya. InsyaAllah.

Mudah-mudahan anda selamat sampai ke destinasi ya dituju. InsyaAllah. Amin~
Kesian Citi penta berjalan.
Nanti kat dalam kereta api, rehat ya. ;)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. ”


Riwayat al-Ibn an-Najjar


Itu sahaja.
Wassalam~

Monday, July 18, 2011

Aku Mahu Bercinta!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat. Syaza harap anda juga bgitu ya.

Hari ini, Syaza nak kongsikan satu artikel yang Syaza ambil dari iluvislam.
Mungkin ada di antara anda yang jarang buka laman web ni.
Tapi, itu bukan satu masalah.
Lepas ni, rajin-rajinlah baca artikel-artikel kat situ ek, sebab memang banyak sangat perkongsian yang tersedia.

Oleh sebab Syaza tak nak blog ni membisu je, lebih baik Syaza kongsikan sesuatu buat anda.
So, ini perkongsian untuk hari ni. ;)
Jemputlah baca. He~


Aku Mahu Bercinta!


Zulaikha : Kau pernah couple tak?

Aku : Err... selama 21 tahun hidup ni aku tak pernah couple.

Zulaikha : Tipu lah! Tak kan sekali pun tak pernah?

Aku : Betul lah. Tak percaya sudah!

Zulaikha : Kau tengok Ain dengan Hasyir tu, sweet kan tengok diorang couple.

Aku : Sweet macam mana tu?

Zulaikha : Ye la! Aku dengar dah lama diorang bersama, dari zaman sekolah lagi. Dekat tujuh tahun tu! kekal lagi diorang sampai sekarang. Alangkah bagusnya kalau aku dapat pakwe macam Hasyir tu.

Aku : Pakwe macam Hasyir?

Zulaikha : Aku ni tiada siapa nak kat aku, aku juga tak pernah couple. Aku tidak pernah rasa cinta dari seorang lelaki, aku rasa macam hidup aku kosong je. Kalau ada pakwe kan seronok. Hmm... ada orang yang ambil berat tentang aku, makan minum aku, sihat ke tidak. Rasanya aku kena tukar stail aku kot supaya aku lebih nampak seksi dan menarik di mata lelaki.

Aku : Astaghfirullah hal’azim...! Kau cakap apa ni Zulaikha? Aku juga tidak pernah couple, tapi aku tidak pernah merasakan kekosongan dalam hidup aku. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya, jodoh pertemuan itu Allah S.W.T kan dah tentukan. Siapalah kita untuk mempersoalkan kuasa-Nya?

Zulaikha : Aku teringin ada seseorang yang aku cintai dalam hidup aku.

Aku : Zulaikha, setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah. Kau lihat sahaja pasangan couple yang ada di sekeliling kita. Aku tidak mahu kau menjadi salah seorang daripada mereka! Kekalkan penampilan kau sebegini, biar nampak sederhana asalkan sempurna! Dekatkan diri pada Allah, sentiasa berdoa. Insyaallah, jodoh kau pasti tiba suatu hari nanti.



***


Itu sahaja perkongsian hari ini.
Harap anada dapat pengajaran daripadanya.

p/s: Banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Terutamanya mengulas jurnal. Doakan saya moga dipermudahkan segalanya ya. InsyaaAllah. ;)

Wassalam~

Tuesday, July 12, 2011

Bergurau Juga Ada Batasnya - Berpada-padalah!

Assalamualaikum semua.

Kabare?
Alhamdulillah, Syaza waras.
Hari ni, Syaza nak ceritakan tentang BERGURAU.

Anda suka bergurau?
Atau anda suka dengar orang bergurau?
Baiklah, biasanya kalau bergurau ni, kita biasanya akan ketawa.
Kadang-kala, ketawa kita tu terlebih batasnya sehingga lupa segalanya.
Orang kata, jangan ketawa kuat-kuat, nanti hati mati.
Petikan ni sebenarnya daripada Rasulullah kita sendiri.
Tak percaya, nanti baca hadis di bawah ya.

Pernah tak kamu semua rasa, apabila orang bergurau dengan kita, kadang-kadang tercalit sikit luka di hati. Pernah?
Ayat yang lebih mudah, masa orang bergurau tiba-tiba kita terasa walaupun dia tidak sengaja.
Mesti pernahkan.
Anda pernah lakukan begitu juga dengan orang lain?

Kadang-kadang, pabila kita bergurau ni, niat kita saja untuk menggembirakan hati orang, tetapi dalam masa yang sama kita tidak sengaja mengguris hati seseorang itu.
Sebab tu, bergurau pun ada batasnya.
Berpada-padalah ketika bergurau.
Kadang-kadang, bergurau pun boleh buat orang bertengkar.
Ini yang salah dalam bergurau.

Tidak salah untuk anda menghiburkan hati orang lain, tetapi tengok kiri kanan apabila ingin bergurau.
Sebab apa?
Yalah, takut-takut kalau kita tersentuh sesuatu perkara yang sensitif bagi dia.

Contohnya,

Situasi: Membutuhkan sesuatu barang.
Watak: Mu, Kawe.

Kawe: Mu, nak pinjam kad manila boleh tak?
Mu: Tak boleh. Hehe.
Kawe: Bolehlah.
Mu: Tak boleh. Wek. :P
Kawe: Emm... Tak apalah, kita guna kertas biasa jelah. (Mendiamkan diri)

Beberapa minit kemudian...

Mu: Kawe, saya minta maaf, kita main-main je tadi.
Kawe: Emm...


Dalam situasi ni, si Mu ni dah mengguriskan hati si Kawe.
Jadi, Mu ni pun dah berdosa sebab telah mengguriskan hati Kawe.
Jadi, kalau nak bergurau tu, biarlah kena pada masa dan tempat.




Baiklah, ini hadis yang Syaza maksudkan tu:

Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”
(Ahmad dan at-Tabrani)



Huraian


1. Bergurau janganlah melampaui batas kesopanan hingga menyakiti atau menghina sehingga menyebabkan dukacita dan sebagainya.
2. Banyak bergurau boleh menyebabkan hati seseorang mati dan mengurangkan kehebatan bahkan bergurau dengan cara mengolok-olok, mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah boleh mendatangkan dosa sama ada orang yang melakukannya itu menyedarinya ataupun tidak.
3. Selaku seorang Islam kita haruslah berlapang dada (toleransi) dalam menghadapi perbedaan pendapat di mana Islam melarang kita bertengkar hingga menyebabkan timbulnya pertikaian dan saling berhujjah, mengkafirkan atau menganggap yang lain halal darahnya (bunuh-membunuh).

Selain tu,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Huraian

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Perbaiki akhlak dan perbuatan kita.
Syaza juga mengingatkan diri Syaza sendiri juga.
InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat perbaiki diri kita ke arah yang diredhai oleh Allah. InsyaAllah.

Itu sahaja perkongsian pada hari ini.

Wassalam~

Sunday, July 10, 2011

Malam Nisfu Sya'ban - Jom Baca Yassin. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Semakin hari, semakin banyak tugasan yang perlu diselesaikan.
Doakan Syaza semoga dipermudahkan segalanya ya. ;)

Baiklah, hari ni Syaza nak kongsi tentang malam Nisfu Sya'ban pula ya.
Kalau bulan Rejab, Syaza pernah kongsikan tentang Peristiwa Isra' Mikraj, maka dalam bulan Sya'ban, Syaza nak kongsikan pula tentang Nisfu Sya'ban.

Jom hayati. ;)

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban

Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban

Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:

1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.

Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban

Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah.

Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.

Jika seseorang itu masih juga ingin untuk melakukan sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat Awwabin (di antara waktu maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq bukan sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada malam-malam yang lain.

Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban. Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang kepada maksiat.

Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah bulan di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak berpuasa sunat dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai persiapan dan persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda itu sewajarnya dicontohi oleh sekalian umat Islam disamping bulan Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti Malam Nisfu Sya‘ban.

***


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga hajat Syaza untuk kongsikan kepada anda tentang bulan Sya'ban ni.
Terima kasih kerana sudi membaca ya. ;)

Itu sahaja.
Wassalam.

Dua Hari di Tadika Chung Sin - Rindu dengan Mereka. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Hari ni, Syaza nak ceritakan tentang aktiviti yang Syaza lakukan pada 8 Julai sehingga 9 Julai 2011.
Syaza dan kawn-kawan dipanggil untuk menjadi sukarelawan di sebuah TADIKA di Tanjong Malim.
Kami juga disuruh untuk membuat persembahan sempena sukaneka yang mereka jalankan.

Pada 8 Julai tu, kami lakukan raptai di TADIKA ni.
Ramai sangan budak-budak kat TADIKA ni.
Dari umur 4 tahun hingga 6 tahun.
Setiap peringkat umur, ada 2 kelas.
Kata cikgunya, murid-muridnya lebih kurang 100 orang.
100 orang?
Ramainya...

Kita orang yang datang ni berapa kerat je, nak jaga budak yang 100 orang. Nak pengsan kot. He~
Ketika raptai tu, kenal-kenallah dengan budak-budak ni. Syaza jaga budak umur 5 tahun.
Dah namanya budak, mestilah ada yang nakal, ada yang pendiam, ada yang tak reti duduk diam dan macam-macamlagilah.
Syaza ni suka layan budak.
Walaupun sekolah ni sekolah cina, tapi semua bangsa ada. Best~

Syaza kenal dengan seorang budak lelaki Melayu ni, namanya Fikri.
Dia ni agak nakal juga arr, suka buat hal sendiri.
Tapi, sebenarnya dia okay sangat. Kita kena pandai ambil hati dia ni.
Dia ni, mula-mula tak nak cakap dengan orang. Kalau orang tanya, angguk-angguk, geleng-geleng je.
Yalah, baru nak kenal hati budi masing-masing. Haha.

Syaza rapat dengan dia ni, sebab ada satu peristiwa yang membuatkan kita orang rapat. Haha.
Peristiwa apa?
Kawan dia ejek dia, sampai dia nangis.
Syaza ni pun pening gak dibuatnya. Pujuklah dia dengan menggunakan peneguhan positif dalam diri dia. Ceh~
Selain Fikri, Syaza kenal ramai juga budak Melayu, Haziq, Anisa, Akil, Agaza, budak cina pun ada, tapi dah lupa dah nama dia. Sorry~

Hari kedua di Tadika Chung Sin, 9 Julai 2011, sukaneka dijalankan dengan meriahnya. Ibu bapa kanak-kanak turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.
Syaza ni, main-main dengan budak je kerjanya.
Daripada dia orang lari sana lari sini, susah nak jaga, lebih baik, duduk main dengan dia orang.
Memang banyak pengalaman yang Syaza dapat. Best sangat.
Rindu dah dengan dia orang.

Ni gambar Syaza kat Tadika Chung Sin.



Hari raptai.




Agaza

Layan si Fikri.


Yang belakang tu, Haziq dan ibunya. ;)


Itu sahaja.
Wassalam~

Friday, July 8, 2011

Jom Puasa! - Kelebihan Bulan Sya'ban. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Seperti yang Syaza janjikan dalam entri sebelum ni, Syaza nak kongsikan dengan anda tentang kelebihan pada bulan Sya'ban, bukan?
Jadi, jom baca! ;)

Kelebihan bulan Sya`ban.

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

Menghitung hari tibanya Ramadhan. ;)


9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.


Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.


Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

***


Macam mana?
Jom tambah amalan kita! InsyaAllah.

Lepas ni, Syaza nak kongsi tentang Nisfu Sya'ban pula ya.
Bersedialah untuk membaca. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Thursday, July 7, 2011

Jom Tambah Amalan dalam Bulan Sya'ban! ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Pejam celik, pejam celik, dah 6 hari Syaza tak sentuh blog ni.
Maaf ya.

Banyak tugasan yang telah diterima.
Kalau dah terima, mesti nak siapkan, bukan?
Sebab tu sampai tak sempat nak jenguk blog orang lain dan blog sendiri.

Baiklah, bulan Rejab sudah berlalu, sekarang Syaza nak kongsi pula tentang bulan Sya'ban.
Jom baca!

Persediaan Di Ambang Ramadhan

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.

Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.




Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:

Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.

Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:

Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.

Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:

Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

***


Lepas ni, Syaza akan ceritakan tentang kelebihan bulan Sya'ban dan Nisfu Sya'ban pula ya.
Bulan Sya'ban ni banyak kelebihannya, contohnya, ia merupakan persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan kelak.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ni. ;)

Wassalam~

Friday, July 1, 2011

Peristiwa Isra' Mikraj | Lepas Rindu untuk 'Pak Cik MYDIN'. ;)

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Blog ni dah lama menyepi. Maaf ya.
Nak kata sibuk, tak juga, cuma menyibukkan diri sendiri rasanya.

Semester ni, kelas Syaza kebanyakannya pagi sampai ke petang.
Oleh sebab rumah kami yang agak jauh, oleh itu kami terpaksa 'menginap sementara' di kampus. Hehe.

Baiklah, sempena Isra' Mikraj yang lepas pada 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432, Syaza ingin berkongsi tentang Peristiwa Isra' Mikraj kepada anda semua.
Kamu boleh mainkan video di bawah ini untuk mendengar lagu mengenai Isra' Mikraj. ;)




Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:

JalanAkhirat


Lepas Rindu untuk Pak Cik MYDIN


Hari ini (1 Julai 2011), Syaza telah mengajak rakan-rakan Syaza iaitu Mastura dan Kak Sheila untuk menerjah ke Rawang.
Untuk apa?
MYDIN.
Syaza memerlukan MYDIN ketika ini.
Syaza nak beli banyak bahan untuk semester ni.
Oleh itu, Syaza dengan tekad melangkah kaki untuk menerjah Bandar Rawang bersama teman kesayangan saya. Hehe.

Mula-mula, kami cadang nak pergi ke MYDIN Kuala Lumpur, tetapi disebabkan katanya amat berbahaya, lalu kami ingin ke MYDIN Selayang.
Tetapi, kata kawan Syaza, Farhana, kat Rawang pun ada MYDIN. Rasa semangat kat dalam diri terus memuncak untuk menjejaki Rawang yang tidak pernah dijejaki.
Farhana tunjuklah cara-cara nak pergi ke sana.
Katanya, perlu ambil bas untuk ke Rawang. RM5 katanya.
Sebelum pergi, kita orang siap tanya Pak Cik Google kat mana MYDIN dengan Stesen Bas Rawang.
Buat semakan sebelum pergilah katakan. Takut sesat entah ke mana.

Kami bertolak dari rumah ke Tg. Malim pada pukul 9.30 pagi. Naik bas untuk ke Rawang lebih kurang pukul 10.05 pagi kot.
Bas yang kami naiki adalah bas henti-henti.
Perjalanan kami memakan masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke Stesen Bas Rawang.

Pabila dah tiba di Rawang, memang dekat tahap gaban stesen bas tu dengan MYDIN.
Jadi, tidak perlu risau kalau sesat. Hehe.
Tanpa membuang masa, kita orang terus menuju ke MYDIN.
Belilah barang apa yang patut.
Banyak juga barang yang dibeli.

Lepas tu, pergilah mengisi perut yang kosong.
Dah tu, kami jalan-jalan kedai sebelahnya. Hehe.
Lepas jalan-jalan sikit, baru balik.
Nak balik tu pun. kami kena tunggu bas ke Tg. Malim yang agak lambat nak sampai.
Balik-balik bas ke Kuala Lumpur yang tiba.

Gaya kami menunggu bas yang tak kunjung tiba. ;)


Setelah lama menunggu, akhirnya penantian berhasil juga.
Pukul 2 lebih baru bas ke Tg. Malim tiba setelah kami menunggu dari pukul 1.20 petang.
Kami pulang dengan perasaan yang gembira dan bersyukur kerana telah dapat memborong banyak barang. Hehe.
Terima kasih Pak Cik MYDIN. :P
Memang berbaloi juga arr apabila berbelanja di MYDIN.
Kalau nak beli barang yang banyak, belilah kat MYDIN. Lebih jimat.

Kami di Rawang. ;)


Itu sahaja.
Wassalam~