Nuffnang Ads

Friday, December 19, 2014

Aku Kena Pakai Juga Ke?

Assalamualaikum and olaaaa everyone!

Alhamdulillah.
Kejap je dah hari Jumaat semula.
Macam rasa dah hari Sabtu. Melampau pula kan. Hehe.

Okay, Sabtu Ahad ni, pack dengan program persatuan dan kelab.
Macam menteri pula sibuk memanjang. Hehe.
Ibu mesej, "Ajja ada kelas?"
"Tak ada, malam ni ada meeting."
"Oh, yelah. Sibuknyalah anak ibu ni."
Hehe. Nak buat macam mana, bu.

Sabtu malam akan bertolak ke Bukit Broga.
Mudah-mudahan selamat semuanya. Amin~

Balik-balik dari Broga, malam Ahad tu ada dinner.
Tema, magis alam. Bunga-bunga bagai.

"Ajja, kita pakai flower crown ek."
"Aku tak nak."
"Tak ada, kita semua wajib pakai."
"Tak nak."
"Wajib. Kau kena pakai."
"Aku kena pakai juga ke? Aku kan AJK persiapan tempat, nanti nak lari sana sini."
"Tak ada, kena pakai juga."

Kawan-kawan aku memang suka paksa aku pakai benda-benda ladies ni.
Kalau ikutkan hati, tak adanya nak pakai.
Disebabkan sayangkan kawan-kawan ni, so aku decide pakai juga lah, walaupun malu sebab tak pernah pakai ladies-ladies ni. Haha.

Lalu, kami ni dengan semangat yang tinggi, beli bunga kat kedai bunga. Yelah takkan nak beli bunga kat kedai tayar pula kan. Hehe.
Kami buat sendiri flower crown ni ikut kreativiti masing-masing.
Cikgu-cikgu Pendidikan Awal Kanak-kanak mesti kena kreatif kan.
Jadi, inilah antara hasil-hasil kami. ;)

Kawan Syaza punya, Ina.

Kawan Syaza punya, Suzie.

Kawan Syaza punya, Syera.

Syaza punya, paling simple. Sebab saya malu nak pakai. Haha.

Senang je rupanya buatnya. 
Kalau Syaza punya satu warna bunga je kan, bajetnya sangat murah berbanding beli.
Sebab peralatan yang lain, macam dawai tu, kongsi beberapa orang, sebab ramai. Hehe.
Bila dah siap, semangat pula nak pakai. Haha.
Tak dapat bayangkan muka aku nanti. Haha.

Aku cuba-cuba pakai. Okay, muka aku makin gemuk. Haha.
Cantik tak...
Mana paling cantik?
Kawan-kawan Syaza punya semua cantik. Hehe.



Itu sahaja.

Wassalam~

8 comments:

  1. kita rasa smua cantik ! tp paling kita suka yg syaza punya sbb tak banyak bunga,kita pun ras malu jga nak pakai..huhu.. tetiba kena pakai,sbb kawan relakan aja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terima kasih kak nana. kan... xdpt bayangkan esok syaza pakai mcm mana. haha

      Delete