Nuffnang Ads

Tuesday, December 16, 2014

Terjah Mana Pula Ni?

Assalamualaikum and olaaa everyone!

Hari ni, Syaza tak ada kelas.
Pensyarah bagi rehat. Minggu depan nak study week. Haha.
Jadinya, rancangan hari Sabtu dan Ahad yang tak jadi tu, telah ditangguhkan pada hari Selasa ni.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Allah bagi Syaza kesempatan untuk pergi Big Bad Wolf untuk ke sekian kalinya.
Berapa kali dah ek pergi? Hehe.

Kali ni Syaza pergi sendiri.
Sendiri?
Ya, sendiri.
Syaza bertolak dari UPSI pukul 7.30 pagi. Haha. Awalkan?
Ambil KTM pukul 7.45 pagi.
Nak pergi The Mines ni kena beli tiket ke Serdang ya.
Sampai Serdang lebih kurang pukul 9.50 pagi.
Sebab tu saya bertolak pagi. Lama nak sampai ke destinasi. Hehe.
Jalan kaki ke The Mines dari KTM Serdang.

Masuk The Mines, terus pergi MIECC tempat Big Bad Wolf.
Masuk je, waaaaaahhhhhhh... Bukuuuuuuu. Haha.
Terus rambang mata.

Awal pagi, masih tak ramai.
Aku pantang nampak buku kanak-kanak.
Yang pertamanya aku fikir untuk anak buah aku, Sufi Rifqi.
Kedua untuk kos aku sendiri.
Tengok jenis buku, sesuai tak dengan umur kanak-kanak. Haha.

Makan masa berjam juga aku pilih. Haha.
Dari pukul 10.00 pagi sampai pukul 2 petang aku berada di kawasan itu. Haha.
Lamakan?
Sampai kaki lenguh. Haha.
Aku ambil buku budak-budak, lepas tu aku letak balik.
Ambil, letak. Haha.
Aku sebenarnya cuma nak cari idea buat buku kanak-kanak.
Alhamdulillah, banyak idea yang aku dapat.
Siap aku catit kat buku catatan lagi tau. Haha.
Sebab, biasanya buku kanak-kanak yang keluaran Malaysia ni, kebanyakannya tak sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak yang dipaparkan.
Contohnya, dia tulis situ untuk kanak-kanak 4 tahun, sedangkan tahap bacaannya untuk kanak-kanak 6 tahun.
Bukan senang nak buat buku kanak-kanak tau.
Ayat, perkataan semua kena sesuai dan diambil kira.
Ha... Tu dia, bila aku dah mula sentuh tentang kos yang aku ambil.

Aku tak jumpa buku aku.
Buku parenting, teacher for early childhood education.
Ada tu memang ada, cuma tak menarik minat aku. Haha.
Walaupun murah, kalau kita tak baca, membazir la kan. Allah tak suka membazir. Aku ni pun kena fikir bajet juga. Haha.
Jadi, aku rembat 2 buku cerita untuk anak buah.
Untuk aku, aku cuma cari idea. Hehe.

Tadaaaaa...
Selama 4 jam, ni je yang aku rembat. 
Dari bakul aku penuh, sampai bakul aku 2 buku je, sebab aku pilih yang terbaik.
Penuh tu pun sebab nak baca semula, cari idea - catit dlam buku. Haha.

Aku pandang kiri kanan, bakul penuh!
Siap bawa beg besar pindah rumah.
Aku lenggang kangkung bawa beg galas. Haha.
Buku yang aku beli pun boleh masuk beg.

Hasil tangkapan unuk anak buah.

Alhamdulillah hari ni rezeki aku.
Buku ni dah la murah.
Lepas tu dapat lagi 10%. Haha. Alhamdulillah.
Buku yang ada stereng tu, boleh bunyi tau. Hon dia bunyi. Button tepi-tepi tu pun bunyi.
Suka la anak buah aku ni.
Murah je buku tu, hanya RM15.00 sahaja. Kalau kat kedai buku biasa mesti cecah RM40-50 tu.

Bila dah bayar semua, masa nak keluar jumpa kedai jual badge.
Aku pantang nampak benda-benda macam ni. 3 = RM10.00.
Mula-mula tak nak beli, tiba-tiba aku nampak Superman. Lepas tu nampak Spiderman.
Terus aku rembat mangkuk depan mata. Haha.
Masukkan dua benda tu.
Lepas tu, cari lagi satu, baca satu-satu.
Ni yang aku berkenan.
Bayar. Settle!

Penggemar badge.
Aku beli badge Superman sebab nak ganti badge yang adik aku beli dulu.
Dah kena hujan.
Dah lusuh.
Pin dah tak ketat.
Jadi aku gantikan dengan yang baru.
Yang penting Superman. Haha.

Lama dan baru.

Disebabkan buku aku tak dapat.
Gatal tangan nak beli buku juga.
Aku beli tiket pergi KL Sentral sebab nak pergi MPH kat sana.
Kat mana ada MPH?
Kat NU Sentral tuuuuu.
Dalam KL Sentral.
Aku cepat-cepat pergi MPH, cari buku.
Nak cari buku DIAgnosis, tak jumpa.
Nampak buku Kosong-kosong ni dulu.
Banyak buku yang nak rembat tadi, tapi bila fikir duit, ambil satu dulu.
Sekali, aku nampak DIAgnosis.
Tapi, aku letak tepi dulu.
Lain kali ya. ;)

Aku ada baca sedikit tadi di dalam kereta api.
Baca, tersedak sendiri. Hoho.

Buku Kosong-kosong yang isinya bukan kosong.
Puas hati dapat satu buku untuk diri. Alhamdulillah.
InsyaAllah, aku akan ulas satu buku lagi kemudian.
Aku habis baca buku tu dalam kereta api tadi.
Bukan buku ni ya.
Buku lain. Hehe.
Buku atas ni belum khatam lagi.

Apa-apa pun, alhamdulillah rasa puas hati dah terjah pesta buku Big Bad Wolf.
Gatal je kaki nak pergi dari hari tu lagi.
Alhamdulillah.

Wassalam~

2 comments:

  1. Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

    Assalamualaikum

    Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
    Baca lagi.......

    http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

    ReplyDelete