Nuffnang Ads

Wednesday, December 3, 2014

Tak Sayang Ibu Ayah Adik-kah?

Assalamualaikum and olaaa everybody.

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. QS. Al-Israa' (17) Ayat 32."
Sekadar hiasan.

Hari Ahad yang lepas, Syaza dan adik Syaza pergi jalan-jalan ke Times Square.
Kalau nak pergi Times Square tu-kan kena naik monorel ke Jalan Imbi-kan.
Masa beli token tu, ada sekumpulan budak sekolah beratur depan Syaza walaupun tak tahu umur, tapi muka memang budak sekolah.
Masa dalah monorel tu, faham-faham jelah, ramai sangatkan - macam sardin dah kat dalam tu.
Budak-budak remaja sekolah ni depan Syaza.
Ada sepasang 'kekasih merpati dua sejoli' ni, perghhhhh sedap betul depa peluk-peluk depan aku.
Telan air liur, darah naik menggelegak, tahan marah - semua rasa ada.
Kalau budak-budak sekolah ni 'relationship' memang kena ada dalam list.
Yelah, nafsu nak ber'suami' tu dah ada dah.

Yang perempuan, pakai tudung.
Yang lelaki mulalah ambil kesempatan peluk-peluk.
Yang perempuan pun memeluk erat.
Astaghfirullah, dunia akhir zaman.
Buat maksiat tak tahu malu depan orang ramai.

Adik, akak tak kisah kalau lelaki tu suami adik.
Kalau suami adik, adik nak peluk-peluk, nak bermanja ke, tu memang akak tak kisah.

Adik, mesti adik beritahu ibu ayah nak pergi jalan-jalan dengan kawan-kan.
Ibu ayah bagi pun dah cukup bagus.
Tapi, janganlah sampai campakkan ibu ayah kita sendiri masuk api Neraka.
Dosa adik tu, ada tempiasnya pada ibu ayah adik tau.
Tak kasihan Ibu Ayah adik ke?
Tak sayang Ibu Ayah adik ke?
Sampai adik sanggup campakkan ibu ayah adik masuk api Neraka.

Akak bukan pakar Agama, tapi sekurang-kurangnya akak tahu mana Halal mana Haram.
Sekarang ni, walaupun dah tahu Halal Haram, tapi masih buat juga.
Kematian tu tak menunggu kita bertaubat.
Bila sampai masa, sempat taubat atau tak, kita akan mati juga.
Allah...

Sejujurnya, akak sedih bila tengok agama Islam akak sendiri dipermainkan sebegitu.
Akak nak tegur, nanti ada tangan-tangan lain yang sampai ke muka.
Kalau ditegur, nanti ada muka yang tak tahu nak letak mana.
Kalau ditegur, nanti kita pula yang kena marah balik.

Allah...
Aku rasa berdosa sangat padaMu.
Aku hanya mampu mencegah dengan hati - selemah-lemah iman.

Pada ketika itu, Syaza cuma fikir tentang perasaan Ibu Ayah adik tu je.
Macam mana perasaan ibu ayah dia kalau nampak dia macam tu?

Di sini, Syaza nak tanya.
Salah siapa?
Ibu ayah yang tak bagi didikan agama yang cukup dan beri kebebasan pada anak-anak untuk keluar sesuka hati?
Guru Agama yang tak sampaikan kepada murid-murid dengan lebih mendalam?
Atau salah diri sendiri yang masih tak faham Halal Haram?

Syaza hanya mampu geleng kepala - istighfar.
Perkara pertama yang Syaza luahkan pada adik Syaza, mereka tak kasihan ibu ayah mereka ke?

"Semoga hubungan kita sampai ke Jannah."
Kalau ini yang kamu luahkan pada hubungan yang tidak Halal itu, bukan Jannah yang kamu cari, tapi Jahanam.

Wassalam~

4 comments:

  1. Assalamualaikum dan Salam Kenal :D

    Moga kita sentiasa menjadi anak yang mengenal kasih ayah dan ibu sentiasa..

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/12/jordan-part-4-river-trekking-wadi-al.html

    ReplyDelete
  2. @TimeTraveller, waalaikumussalam dan salam kenal kembali. ;)

    InsyaAllah. ;)

    ReplyDelete
  3. Kalau ikutkan, kita boleh je nak tegur budak budak tuh sebabnya kita sesama Islam, but tau tau sendiri kalau budak2 tu bila kena tegur, darah muda. Memberontak lagi ada. Takpe lah syaza. Kita tegur dengan selemah lemah nya iman, iaitu doa. Moga diorang masih diberi peluang untuk berubah. Amin.

    ReplyDelete