Nuffnang Ads

Wednesday, August 1, 2012

Adakah Anda Rasa Ianya Sama atau Berbeza?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Syaza harap semuanya sihat. InsyaAllah.
Mohon maaf ya keranna lama dah menyepi.
Tugasan semakin berlambak. Allahuakbar... *Pengsan*
Penulisan ini hanya sekadar pandangan Syaza.



Tak Boleh Puasa dan Tak Puasa.


Pada pendapat Syaza, tak boleh puasa ialah seseorang yang mempunyai sebab mereka tidak boleh berpuasa, contohnya uzur syar'ie, uzur, orang yang terlalu sakit dan sebagainya sepertimana kita belajar di sekolah rendah agama, mahupun sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tak puasa pula adalah seseorang yang sengaja tidak berpuasa. Bermakna dia tak puasa tanpa sebab yang munasabah.

Adakah Anda Rasa Ianya Sama atau Berbeza?


Situasi 1

A: Awak puasa tak hari ni?
B: Tak boleh.
A: Oh, tak puasa.

Situasi 2

A: Awak boleh puasa tak hari ni?
B: Tak boleh.
A: Oh, tak boleh puasa.

Nampak tak perbezaannya?

Ada di antara kita yang mengatakan ianya sama.
Bagi pendapat Syaza ianya langsung tidak sama.
Kerana apa?
Berbalik kepada penerangan awal Syaza iaitu perbezaan tak boleh puasa dan tak puasa.

Berdosa hukumnya kepada individu yang boleh berpuasa tetapi tidak berpuasa.
Tidak berdosa hukumnya kepada individu yang mampu untuk berpuasa tetapi tidak boleh berpuasa.
Jelas tak?


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” Riwayat Bukhari & Muslim
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum. ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung. 
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T. 
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T. 




Subhanallah, sungguh besar kasih sayang Allah kepada kita sehinggakan bau mulut kita yang busuk kerana berpuasa berbau wangi di sisi Allah. :')

Sesungguhnya rugilah seseorang itu yang mampu untuk berpuasa tetapi tidak mahu berpuasa.
Kebahagiaan manakah yang anda kejar?
Dunia atau akhirat?

Untuk bahagia di akhirat, dunia inilah tempatnya untuk anda mengumpul segala amal ibadah supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Wallahu'alam.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari Syaza sendiri.

Wassalam~