Nuffnang Ads

Wednesday, December 10, 2014

Kita Hamba Telefon Pintar?

Assalamualaikum and olaaa everyone!

Sekarang ni, payah sangat nak jumpa orang yang tak guna telefon pintar atau dipanggil smart phone.
Semakin canggih teknologi yang ada pada masa ini.
Semua orang sekarang jalan ja, mesti pegang handphone walaupun handphone tu tak ada mesej atau sebarang call.
Mungkin salah satu sebab depa pegang, mungkin sebab handphone depa besar sangat - tak muat kat dalam poket atau beg.

Namun, sekarang ni orang jalan tak tengok orang.
Orang jalan tengok handphone.
Semua duk pandang bawah. Bukan tawadhuk, tapi tertanduk.

Kat mana-mana pegang handphone.
Tak puas-puas cek facebook, twitter, whatsapp, wechat, yang sebenarnya tak ada pun notification. 
Sibuk baca status orang daripada baca buku.
Sibuk komen status orang dari komen forum yang disoal oleh pensyarah hari tu.
Sibukkan diri duk slide-slide atas ke bawah, walaupun dah tahu tak tahu nak buat apa la tu.
Semuanya sibuk dengan telefon pintar.


Sehinggakan ada segelintir dari kita digelar 'hamba telefon pintar'.
'Hamba' di sini bukanlah bermaksud menyembah telefon pintar tu.
Tapi most of the time waktu kita, duk tengok handphone.
Tengok instagram, nak beli tu nak beli ni.
Tengok facebook, nak komen tu nak komen ni, nak stalk orang ut, nak stalk orang ni.
Tengok whatsapp, mesej dari kawan-kawan yang tak ada kena mengena dengan diri. Sembang kosong sana sini.

Sampai ada yang digelar anti-sosial.
Sampai ke tahap ini.

"Wei, jom lepak kat luar, makan-makan. Lama dah tak bual-bual dengan kau. Rindu wei."

Jumpa-jumpa, duk pegang handphone.
Bualnya hanya diam seribu bahasa.
Perlawanan bola sepak di kaca televisyen mamak menjadi menarik pada malam tu - minat secara tiba-tiba, sebab kawan dengan tunggul kayu.
Rindunya hanya tersimpan di hati yang entah bila pula rindu yang sebenarnya nak temankan makan semata.

Kalau kena dengan Syaza, memang cakap,
"Nak jumpa aku ke nak jumpa handphone kau?"
"Nak bual dengan aku ke nak bual dengan handphone?"
"Handphone kau tu nak kena baling kat longkang ke?"

Memang tidak dapat disangkal, telefon pintar juga dapat bantu kita dalam perniagaan.
Mudah untuk kita balas komen pelanggan dan sebagainya.

Namun, kalau masa makan, masa kita dengan keluarga pun kita sibuk dengan handphone, tu dah melanpau.
Orang lain pun perlukan perhatian.

Sampai satu tahap kadang-kadang, kalau berjalan tu duk nak langgar orang je, sebabnya tak tengok depan.
Sampai satu tahap, menyusahkan orang.
Buat orang naik geram dan menyampah.

Dia duk sibuk dengan handphone dia macam dia sorang je ada handphone.
Orang lain pun ada handphone juga.

Di sini juga, Syaza nak ingatkan jangan sampai kita khusyuk main handphone, kita melambat-lambatkan solat kita.
Kalah khusyuk solat kita dengan khusyuk main handphone.
Panggilan Allah tu diutamakan.

Kalau hangpa duk kata, aku baca al-Quran dalam handphone ni.
Yang tu, alhamdulillah.
Jangan pula duk berzikir tapi ber'zikir' hok lain.

Tiap kali main handphone, teringat kata ibu Syaza, "Duk berzikir ka?"
Sebab handphone Syaza dulu keypad dia bunyi kuat 'tak tak tak.'
La ni keypad gak, tapi tak kuat macam dulu.
Sebab duk bermesej ja dengan kawan-kawan sampai keluarga nak cakap pun tak dengar.
La ni, handphone letak tepi.
Sebab nak simpan kredit. Haha.

Jangan kerana handphone kita lupa akan dunia - bahawa dunia merupakan jambatan kita untuk menentukan kita Syurga atau Neraka.

Semoga kita jadi hamba Allah yang sejati dan bukan hamba telefon pintar yang sejati.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment