Nuffnang Ads

Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Wednesday, November 1, 2017

Kejayaan Aku Milik Mereka

Bismillahirrahmaanirrahim~
Assalamualaikum w.b.t.

Wah... Dah 2 tahun tak tulis blog.
Tiba-tiba rasa nak tulis something here - for memories.

***

Alhamdulillah, syukur - Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki yang Kau berikan selama ini.
Alhamdulillah, aku dah bergraduasi pada 26 Oktober 2017 (Khamis) yang lepas.

Konvokesyen aku kali ini agak berbeza dan punya rasa yang bercampur-baur.
Ibu ayah aku tidak dapat menghadiri konvokesyen aku kali ini.
Yang dapat hadir hanya kakak sulung aku.
Jadi, tidak mengapalah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Perjalanan sepanjang pembelajaranku tidak begitu mudah.
Ya, aku tahu tidak ada yang mudah dalam mencari ilmu.
Pengorbanan, usaha, tanggungjawab, amanah - semua perlu dipikul dalam satu masa.

Kau belajar, tetapi kau perlu beri komitmen kepada persatuan, kelab, organisasi dan sebagainya.
Kau belajar, tetapi kau perlu bahagi masa nak makan, tidur, belajar, perjumpaan, mesyuarat, simposium, aktiviti kelab dan macam-macam lagi.
Sampai satu saat, kau tidak kenal erti penat.
Sampai satu saat, kau tidak kenal erti rehat.

"Kau tak penat ke Syaza?"
"Kau ni tak pandai rehat ke Syaza?"

Jawapan aku, "Tipu kalau aku tak penat." "Tipu kalau aku tak nak rehat." 
Tetapi atas dasar tangungjawab, amanah yang diberikan begitulah kehidupan aku.


Bersama Kak Long
Aku percaya dalam sedikit kepayahan aku menuntut ilmu ini, ada yang lebih payah dari aku.
Alhamdulillah, dalam kepayahan aku ada Allah yang memudahkan.
Ada keluarga aku yang sentiasa beri semangat.
Ada sahabat-sahabat aku yang sentiasa beri sokongan antara satu sama lain.


Terima kasih Wani dan Kak Wani
Aku bukanlah orang yang mengejar 'pangkat'.
Bagi aku, keputusan aku tidak perlu dikhabarkan satu dunia.
Cukup keluarga aku yang tahu.
Kerana sahabat aku sendiri tidak tahu. Hah~
Kerana apa?
Aku sangat takut ada perasaan riak yang terselit walau sedikit dalam diri.
Jadi, biarlah ianya rahsia.

Cukup bagi aku menjadi kebanggaan keluarga dan orang yang terdekat.
Terima kasih semua.

Antara orang kuat dalam hidup
Aku bukanlah orang yang dikenali ramai.
Kerana aku selalu bekerja hanya belakang tabir.
Aku bukanlah orang yang petah berbicara.
Namun, kelebihanku jarang sekali aku tonjolkan.
Maka, aku biarkan.
Siapa yang tahu bagaimana diriku, maka mereka kenallah aku.

Bersama Prof Amin, TNC HEPA UPSI
Penat lelah aku yang tidak seberapa ini, tidak dapat kubayar dengan penat lelah ibu ayahku yang selama ini medidik aku.
Yang selama ini kerah keringat dan waktu untuk menyara pengajianku.
Yang selama ini tidak kenal erti lelah untuk mencari rezeki buat pengajianku.

Jujur, aku tidak mengambil pinjaman PTPTN dan mendapat mana-mana biasiswa.
Fully, ayah aku yang tanggung.
Tapi, alhamdulilah dengan rezeki yang ayah cari selama ini, itulah keberkatan yang aku dapat dengan kejayaan yang aku genggam sekarang.

Tidak mengapa ibu ayah tak dapat datang konvo aku pada hari tersebut.
InsyaAllah datang masa jubah itu punya dua garis tepi ya. ;)

Bersama boyfriend, Sufi Rifqi
Apa-apa pun, Alhamdulillah.
Terima kasih semua.
Terima kasih Allah, keluarga dan rakan-rakan kerana sentiasa ada.

Saya gabungkan gambar Diploma dan Degree ya, supaya ibu ayah ada. ;)

Jangan pernah penat untuk mencari ilmu.
Semoga ilmu yang kita tuntut bermanfaat buat diri kita dan seluruhnya. Aamiin.;)

Finished!

Wassalam~

Sunday, September 13, 2015

Ambil Tanpa Kebenaran?

Assalamualaikum.

Hari tu, aku tergerak hati untuk melihat buku secara online di salah sebuah akaun instagram ni.
Tiba-tiba aku ternampak satu gambar hasil tangan aku diambil tanpa kebenaran.

Gambar ini.
Sebagai seorang jurugambar yang tak professional, aku juga ada hak aku.
Dia menggunakan gambar ni untuk menjual buku #Chenta ni dalam instagram dia.
Aku agak terkejut pada mulanya.
"Macam aku kenal gambar ni."
Yelah, siapa yang tak kenal hasil tangan sendiri kan.

Aku tak kidah orang nak guna gambar aku. Tak kena bayar pun kalau nak guna.
Tetapi, sekurang-kurangnya bagi tahu.
Kalau tak bagitahu pun tak apa, at least bagi kredit.
Sekiranya tak tahu juga, aku mohon, jangan buang watermark aku kat bawah tu.

Aku sedikit tidak puas hati pada dia sebab dia crop bahagian watermark aku dan letak watermark dia.
Aku tak nak la post kat sini, sebab dia pun cari rezeki halalkan.

Sebelum aku ambil tindakan, aku tanya kawan-kawan jurugambar aku.
Diaorang cakap kena ambil tindakan.
Aku fikir baik-baik.
Sebab aku pun kasihan lah juga pada dia sebab dia pun nak cari rezeki juga.
Akhirnya aku whatsapp dia, tanya baik-baik mana dia dapat gambar ni.
Dia pun cakap kat internet.
Dia minta maaf sebab guna tanpa kebenaran dan dia decide untuk delete gambar tu.
Pada aku, tak perlu nak delete sebab dia pun dah admit salah dia kan.
Tapi, dia pun delete gambar tu.

Aku tahu aku buku jurugambar yang professional, tapi aku sayang gambar hasil tangan aku.
Nak deal dengan aku senang je.
Minta kebenaran yang guna gambar, and then dah.
InsyaAllah aku akan bagi. ;)
Okay?

Wassalam~

Tuesday, September 8, 2015

Bahasa Arab?

Assalamualaikum.



Tersentap seketika aku untuk kelas pertama buat hari ini.
Kelas Bahasa Arab Komunikasi untuk pengayaan diri.
Aku pilih bahasa Arab untuk bahasa ketiga kerana aku mahu belajar akannya. Lama dah aku tinggalkan untuk memahami bahasa arab.
Kalau sebelum ni, aku terkejar-kejar untuk belajar bahasa Jepun dan Korea.
Tapi aku tidak pilih bahasa-bahasa itu untuk bahasa ketiga aku di universiti ini. Semoga Allah redha dengan pilihan ini. InsyaAllah.
Kalau sebelum ni, memang pernah terdetik di dalam diri untuk belajar sedikit-sedikit bahasa Arab, namun setiap kali itu juga aku kalah dengan diri aku sendiri yang lebih mengutamakan aku untuk mempelajari bahasa Jepun.
Dan alhamdulillah, mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk aku peringat kembali apa yang telah aku pelajari masa sekolah rendah dulu.

Sejak kecil lagi aku dididik untuk mengenal huruf-huruf Arab, membaca Iqra', Muqaddam dan seterusnya Al-Quran.
Sehingga kini, alhamdulillah masih fasih dalam membaca al-Quran.
Walaupun sudah banyak kali khatam, walaupun banyak kali membaca Al-Quran beserta terjemahannya, namun aku masih tetap lupa akan maksud-maksud disebalik ayat-ayatnya.

Ustaz kata, selama ini kamu baca al-Quran, adakah kamu faham akan maksudnya?
Faham akan setiap perkataannya?
Ya Allah, terasa jahilnya diri aku.
Setiap hari baca Al-Quran, tetapi masih belum faham akan maksud ayat-ayatNya, walaupun membaca beserta terjemahannya.

Pabila Ustaz cakap macam tu, serious talk aku rasa jahil sangat.
Aku rasa macam bersalah sangat.
Bersalah pada Allah, Rasulullah, keluarga dan bersalah pada diri.
Aku rasa macam, aku masih tak layak lagi untuk masuk Syurga Allah.
Membaca al-Quran dan memahami Al-Quran itu perkara yang sangat berbeza.
Berapa perkara yang kita benar-benar faham tentang ayat-ayat dalam al-Quran?
Allah... Semakin disenaraikan, semakin rasa jahilnya aku.

Dan kerana itu juga, aku rasa lebih yakin untuk belajar bahasa Arab walaupun sebenarnya sebelum ini aku berbelah bahagi sama ada nak ambil Arab atau Jepun.
Moga ini adalah pilihan yang terbaik untuk aku.
Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.
Doakan aku.

#iniceritaaku

Wassalam~

Monday, August 31, 2015

[Photography] Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, aku pergi tengok sambutan hari kemerdekaan di bandar Kota Kinabalu.
Aku tak nak cerita panjang-panjang.
Kali ni, macam tak ramai yang datang untuk menyambut hari kemerdekaan sama-sama.
Dan ini antara hasil tangkapan aku. ;)

Bunga raya, bunga kebangsaan.

Kanak-kanak ini sangat bersemangat!






Kanak-kanak yang sedang melihat perarakan.




Saya pun berbaris - kata anjing itu.














Keluarga.

Jumpa kawan sekolah.

 



Lepas dari tengok sambutan hari kemerdekaan, jalan-jalan ke bandar sekejap dan meredah pula ke Papar.
Teringin nak ke Beringgis Resort & Spa,
Banyak gambar tak edit lagi. So, tengok je apa yang ada ek. Hehe.

Kenderaan yang efisyen. Haha. Jauhnya bawa motor dari KK ke Papar.
Aku tak kisah pun bawa jauh-jauh. Haha.


Itu sahaja.
Salam merdeka!

Wassalam~

Sunday, August 30, 2015

Ada Apa Dengan Bersih 4.0?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum korang nak baca ni, aku nak bagi tahu yang aku perlukan orang yang open-minded dan sedia menerima pandangan penulis hingusan macam aku.
Ini hanya sekadar pendapat aku.
Sekali lagi aku tekankan ini hanya sekadar pandangan aku.

Nak kecam aku?
Terpulang.
Sudah aku bilang bahawa ini pandangan aku.
Dan aku juga punya hak bersuara seperti kamu yang ingin hak suara didengari. Hah.


Ada apa dengan Bersih 4.0?
Sebelum aku bagi pendapat aku, mari tengok tujuan sebenar mereka.

Lima tuntutan Bersih 4.0:

* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara

Seperti yang kita tahu perhimpunan kali ni akan dilakukan berdekatan tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia.
Menurut tarikh yang diberikan ialah 29 dan 30 Ogos, tetapi aku dengar-dengar 31 Ogos pun akan ada juga.

Hari Sabtu aku jalan-jalan, yang cuma ada dijalanan adalah road block oleh barisan polis-polis yang sangat ramai dari setiap sudut. 

Hari ni aku jalan lagi sebab nak survey barang adik. Sebab dia free hari Ahad sahaja.
Dan kali ni, jalan banyak yang tutup.
Nasib baik naik motor.
Naik motor pun kena fikir jalan lain tahu?
Perjalanan yang mengambil masa 10 minit dah membuatkan perjalanan aku 40 minit sebab nak cari jalan yang tak tutup pun susah. Jalan tutup kena patah balik cari jalan lain.
Dan penutupan jalan memakan jalan yang sangat besar.
Jadi memang menempuh jammed la nak lalu jalan lain tu. Sebab semua orang akan menumpu jalan yang sama. Dah tak ada jalan alternatif dah.
Jalan rahsia pun jadi jammed.

Kalau korang ada hak untuk berdemonstrasi, aku ada hak untuk bersuara.
Aku tak salahkan polis yang menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara.
Aku salahkan orang yang nak berdemonstrasi ni sebab tak fikir orang lain yang nak mencari keamanan dan kemerdekaan sebenar.

Aku tahu perkara ni dah lama jadi, tentang pemerintah atau negara-Malaysia-masih-aman.
Kau fikir kalau kau buat macam ni negara kita makin aman?
Kau mahu pemerintah mendengar suara rakyat.
Ya, boleh. Tapi bukan masa ni.
Bukan masa Hari Kemerdekaan kita yang bakal berlangsung esok.

Masa ni lah best, dapat perhatian lebih meluas.
Ya seronok bagi kau, tapi bukan aku yang ingnkan kebebasan dalam pergerakan ke sini sana.
Jalan yang dekat jadi jauh.
Alaaa, bukan selalu...
Aku naik motor supaya senang nak gerak dan senang sampai destinasi, tapi aku tak rasa macam ni sejak ada perhimpunan ni.

Aku terbaca, perhimpunan ini juga untuk menyelamatkan ekonomi negara.
Tetapi disebabkan perhimpunan inilah ramai peniaga yang tak dapat pendapatan pada hari-hari seperti ini kerana jalan tutup, jadi orang tak boleh nak datang.

Aku bukan kata tak boleh nak buat demonstrasi, tapi kena sesuai dengan hari.
Aku tak rasa MERDEKA itu di mana, apabila adanya perhimpunan ini.

Kau ada hak untuk memilih, begitu juga dengan aku.
Kau ada hak bersuara, begitu juga dengan aku.
Kau ada hak untuk berdemonstrasi, begitu juga dengan aku.

Kau guna cara kau.
Aku guna cara aku.

Kalau demonstrasi yang mengganggu ketenteraman orang itu adalah cara kau, terpulang.
Kerana aku menulis apabila aku ingin meluahkan perasaan.

Eh, ini jihad la!
Mungkin jihad bagi kau lain.
Jihad aku adalah bagaimana ingin menghalang rasa memberontak dalam diri.

Oh ya, aku lupa nak nasihat.
Kalau kau ikut mana-mana perhimpunan, tolong jaga ikhtilat.
Kerana kebanyakannya, aku nampak ikhtilat tak terjaga sekiranya ada perhimpunan sebegini.
Dari aku, pemerhati-dari-jauh.
Aku-bukan-budak-baik yang nak jadi baik.

Sekali lagi, ini hanya pandangan penulis hingusan macam aku.
Tak nak terima tak mengapa.
Sudah aku bilang, yang aku perlukan pembaca yang buka-minda nya.

Ini apa yang aku rasa.
Kalau tak puas hati, aku sudah sedia tulis biodata aku yang aku tulis ikut suka, tulis ikut rasa dan ikut suka dia.

Wassalam~

Saturday, August 29, 2015

[Photography] Kampung Warisan Fasa 2, Sabah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kali ni, Syaza jalan-jalan ke Kampung Warisan Fasa 2, Sabah.
Tempatnya bersebelahan dengan Muzium Sabah.
Jadi, memang senang nak cari.

Syaza redah je guna motor sorang-sorang.
Bersama tripod ke hulu ke hilir.
Orang tengok macam bawa senapang. Haha.

Apa yang syoknya, tak ada orang!
Jadi, Syaza dapat tangkap gambar puas-puas. Haha.
Jadi, dipersilakan untuk menjamu gambar-gambar yang tak seberapa ni. ;)


Apa yang best lagi tempat ni?
Tempat ni ada pelbagai jenis rumah dari pelbagai kaum dan daerah.
Jadi, bolehlah nak kenal-kenal rumah-rumah tradisional Sabah. ;)


Unikkan rumah ni, Ada satu tingkap je. Hah!

Ni bukan mak kau hijau, bapak kau hijau okay? Ni tumah kuijau!

Merenung ke luar jendela.




Sangat nyaman!









Feeling-feeling model. Pffffttttt~





How is it?
Interesting right?

Tunggu apa lagi?
Jom terokai Sabah! Haha.

Wassalam~