Nuffnang Ads

Friday, December 12, 2014

Dia Bagi Apa yang Perlu.

Assalamualaikum and olaaa everyone!

Eh, dah hari Jumaat rupanya.
Macam sekejap sahaja masa berlalu. Allahu~
Sempena hari Jumaat ni, kita top-up iman kita ek.
Kalau boleh top-up hari-hari lagi bagus.
Sebab kita bukan nabi yang imannya setiap hari meningkat.
Sebab kita bukan malaikat yang imannya statik, tidak berubah.
Sebab kita manusia yang imannya turun naik tak tentu hala.


"Ya Allah, Kau berikanlah aku kerja di restoran itu untuk memikat hati anak kepada Pak Mat tauke restoran tu." Ali menitip doa dengan penuh khusyuk selepas pulang menghantar resume untuk bekerja di restoran tersebut. Hebatkan, restoran pun kena resume.

Wah, hebatnya doa.
2 hari selepas itu, Ali mendapat sepucuk surat.

Kepada En. Ali, sukacitanya dimaklumkan bahawa encik ditawarkan untuk bekerja di Pusat Islam. 
"Aku ingat surat tawaran kerja dari Restoran Pak Mat." Ali meletakkan surat tersebut di atas meja.

Beberapa jam kemudian, ibu Ali berjumpa dengannya.

"Li, tahniah!"
"Kenapa bu?"
"Dapat kerja kat Pusat Islam. Alhamdulillah. Dah lamakan Ali nak kerja."
"Tapi Ali tak nak kerja kat Pusat Islam?"
"Kenapa?"
"Em... Ali dah jumpa kerja lagi baik."
"Apa dia?"
"Ali tengah tunggu surat dari Restoran Pak Mat tu."
"Tapi masih tak dapatkan?"
Ali menggeleng.
"Dah tu? Pak Mat tak nak ambil Ali jadi pekerja dia lah tu."
"Kenapa pula bu?"
"Habis, dah tiap-tiap hari pergi sana, tapi semua masuk buku tiga lima." Ibu tersengih.
"Ali bayarlah."
"Memanglah bayar, tapi duit ibu ayah. Pak Mat nak Ali kerja lebih baik lah tu. Ali-kan lepasan ijazah, mesti Pak Mat harap Ali dapat kerja lebih baik."
"Ye ke? Mana ibu tahu?"
"Tadi ibu pergi kedai Pak Mat, macam ada pekerja baru dah."
Ali membulatkan mata.
"Amacam, nak terima tak kerja ni. Peluang hanya sekali."
"Ali fikir dulu."
"Jangan fikir lama-lama." Ibu tersengih.

Setelah beberapa minggu Ali bekerja di Pusat Islam, Ali mula selesa walaupun dia kecewa kerana Pak Mat telah mengambil orang lain bekerja di kedainya.

Kini, Ali jarang makan di kedai Pak Mat kerana kesibukan bekerja.
Ali pun sudah jarang melihat anak dara Pak Mat. Entah ke mana hilangnya dia.

Ali sudah bekerja selama 4 bulan.
Pendapatan dah stabil, kereta dah ada, perut dah penuh, duit dah boleh simpan, cuma yang tinggal rumah dan pasangan.
Tiap kali jumpa Pak Mat, Ali mesti tanya, "Pak Mat, kenapa tak ambil Ali kerja dengan Pak Mat?"
"Kamu tu belajar universiti. Tak manis ler kalau kerja restoran Pak Mat yang biasa ni."
"Yelah tu Pak Mat."
"Tengok sekarang, kamu dah kerja bagus. Kalau Pak Mat terima kamu kerja dengan Pak Mat, kereta pun belum tentu dapat beli. Perniagaan Pak Mat ni Li, tak selalunya untung, ada ruginya juga."
"Oh... Terima kasih Pak Mat sebab tak terima saya bekerja."
"Kenapa kamu nak bekerja dengan Pak Mat?"
"Uhuk-uhuk." Ali tersedak. "Saya pergi kerja dulu Pak Mat. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

***

Setelah beberapa bulan Ali bekerja di situ, bukan pendapatan sahaja yang dia perolehi, namun ilmu agama, rakan-rakan yang baik dan iman Ali pun dah tak serendah dulu.
Bab pasangan, Ali serah pada Allah.
Kini, keluarga Ali pun gembira dengan Ali.
"Terima kasih, ibu sebab paksa Ali kerja di Pusat Islam."
"Sekarang ni masih terpaksa?"
"Tak. Sekarang ni dah ikhlas."
Senyum.

"Assalamualaikum, encik. Tumpang tanya, boleh saya jumpa dengan Puan Hasfiza?"
"Waalaikumussalam. Boleh. Kejap ya. Nak hantar resume ke?"
"Ya. Eh, Abang Ali."
"Ya?" Ali terkejut, siapa pula yang kenal aku ni.
"Mia... Mia anak Pak Mat?" 

***

Kadang-kadang, kita ada aturan kita sendiri.
Namun, percayalah bahawa aturan Allah itu lebih baik.

Bukan Allah tak nak beri apa yang kita mahu,
Tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Mahu kita itu, akan disusuli kemudian.
InsyaAllah. ;)

Allah lebih tahu segalanya.

Semoga sabar menunggu.
Allah akan beri lebih baik dari yang kita mahu.

Wallahu'alam.

Wassalam~

2 comments: