Kadang-kadang, kita ada buat tugasan dalam kumpulankan?
Kalau tugasan kumpulan mesti kena buat sama-samakan?
Tugasan kumpulan tu macam mana?
Tugasan kumpulan ni terdiri daripada 2 orang ke atas yang perlu dibuat secara berkumpulan, bukan sendiri-sendiri. Jelas?
Pernahkah anda mengalami situasi di dalam kumpulan anda, anda yang paling rajin buat kerja, semuanya suruh anda yang siapkan atau semuanya mengharapkan anda yang buat dan susun?
Tetapi...
Tetapi bila dah siap kerja tu, pensyarah puji ahli kumpulan anda.
Ahli kumpulan anda pun bangga sampai nampak yang kononnya dia yang buat.
Pernah?
Syaza pasti ramai yang pernah mengalaminya.
Situasi kedua, anda yang usaha lebih dalam kumpulan anda, tetapi markah anda lebih-rendah-berbanding-dengan-ahli-kumpulan-yang-tak-berapa-buat-kerja.
Mesti korang tak rasa puas hatikan?
Dan rasa tertanya-tanya dan ingin menjelaskan segalanya pada lecturer dan ingin menyatakan bahawa semuanya ini usaha kau punya dan yang lain hanya duduk diam sahaja, bersembang kencang sini sana.
Baiklah, pertama sekali tarik nafas dalam-dalam dan lepas.
Kedua kalinya, tarik nafas dalam-dalam, istighfar dan lepas.
Ketiga kalinya, tarik nafas dalam-dalam, istighfar, lepas dan ucap Alhamdulillah.
Kita ketepikan perasaan tak puas hati kita.
"Kenapa saya dapat markah sedikit daripada dia sedangkan semua yang terhasil tu atas kerja saya?"
"Kenapa orang lain yang dapat nama, sedangkan saya yang berusaha?"
Kadang-kadang kita juga geram sebab usaha kita, tapi orang lain yang dapat markah lebih.
Tapi, nak buat macam mana.
Pensyarah bukan tahu pun bahawa usaha kita yang lebih dalam kerja kita tu.
Pensyarah bukan tahu pun yang semua perkara kita yang sediakan.
Pensyarah hanya tahu apa yang berlaku depan mata dia je.
Tetapi, jangan risau.
Syaza ada cara yang terbaik untuk anda!
Bukan jumpa lecturer terangkan yang kerja tu hasil tangan korang. Bukan.
Cara ni, lebih baik dan lebih afdhal. Percayalah.
Pertama: Syukur.
Bersyukurlah apa yang ada.
Dapat markah sedikit pun, syukur.
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.Maka, bersyukur.
Surah Ibrahim ayat 7
Pujuk diri, tak apalah, rezeki orang lain.
Kedua: Percaya.
Percaya pada apa?
Percaya bahawa Allah lebih tahu segalanya.
Allah lebih tahu usaha kita banyak mana, walaupun Pensyarah tak nampak semua.
Tak apa.
Pujuk diri, Allah lebih tahu segalanya.
Ketiga: Berdoa dan Usaha.
Doa.
Minta pada Allah, semoga kita dapat markah yang lebih baik untuk peperiksaan nanti.
Jangan doa sahaja, usaha juga kena lebih lagi.
Tak cukup ke usaha aku bagi dalam kerja sebelum ni?
Mungkin.
Perbaiki diri.
Mungkin ada yang kurangnya.
Allah nak kita usaha lebih dari orang lainsupaya kita lebih baik dari orang lain.
Dan supaya Pensyarah nampak usaha kita tu.
Mana tahu kan?
***
Kita tak tahu apa yang Allah rancang buat kita.
Maka, fikir positif.
Anggap positif pada apa yang berlaku, pada Allah, pada segalanya. InsyaAllah, Allah akan membantu.
"Boleh jadi apa yang kamu benci itu suatu yang baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu suatu yang buruk bagi kamu. Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah : 216
Allah lebih tahu segalanya.
Jadi, janganlah mudah putus asa dan kecewa.
Keep smiling and pray! ;)
Wassalam~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInsyaAllah :') Terima kasih syaza about this entry. Sesunggahnya Dia Maha Mengetahui setiap satu kejadian yang akan jadi dan yang tengah jadi. Langkah terbaik, ialah Huznudzon (bersangka baik) dgn aturan Allah. :)
ReplyDelete@sakura, sama-sama. alhamdulillah. semoga bermanfaat buat semua. lagi-lagi yang menjadi mangsa. semoga diri terus kuat. ;) betul tu. bersangka baik dengan Allah. ;) terima kasih sakura.
ReplyDelete