Assalamualaikum and olaaaa everyone.
Salam Jumaat buat semua.
Pejam celik-pejam celik dah nak habis dah semester ni.
Syaza ke kelas setiap hari jalan kaki je, tapi selalu tak bawa kamera.
Tiba-tiba semalam ter-rajin bawa kamera. Saja-saja.
Lama tak pegang kamera untuk tangkap gambar cantik-cantik. *Selama ni cantik ke? Hehe*
So, bila dah pegang kamera tu, dapatlah ambil beberapa keping gambar yang memuaskan hati, walaupun tak secantik mana.
Setiap orang ada interpretasi tersendiri terhadap sesuatu gambar.
Sebab pandangan orang tak sama - pemikiran orang tak sama.
Setiap hari, Syaza akan redah jalan yang sama.
So, this is it!
Masjid UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah. Sebenarnya aku lupa nama masjid ni. Haha. |
Perjalanan hidup yang penuh berliku. Sebab tu pakai sandal, walaupun etika sebenarnya tak boleh. Lagi satu, sebab kaki tak berapa nak sihat. Hehe. |
Selalu pejalan kaki yang berhenti. Kereta dengan bangga jalan selamba. |
Sebab, ada berlaku lintar pintas di blok Syaza.
Modem internet terkena air.
Jnagan tanya macam mana boleh terkena, Syaza pun tak tahu. Tup-tup, internet susah nak buka.
Ni pun Syaza kat kafe untuk online.
Itu je lah kot.
Wassalam~ ;)
No comments:
Post a Comment