Nuffnang Ads

Tuesday, December 2, 2014

[Ulat Buku] Sperma Cinta by Aiso Linglung

Assalamualaikum and olaaaa everyone. ;)

Tiba-tiba hari ni rajin nak buat book review tentang buku yang aku baca.
Sebelum ni tak pernah pula nak buat book review kan.
Okay, aku ketinggalan zaman. Haha.

Aku memang peminat buku.
Kalau bandingkan dengan adik-beradik aku yang lain, aku yang paling rajin beli buku dan baca.
Dalam family aku, yang rajin baca buku aku, ayah dan ibu.
Adik-beradik yang lain, bila tengok buku terus lari. Okay, yang ni aku tipu. Haha.
Diaorang tak berapa minat baca buku.
Aku kalau nampak kedai buku memang akan singgah. Tak sah tak singgah ek.
Kadang-kadang aku beli buku, tapi tak baca-baca sebab banyak sangat beli. Haha.
Kadang-kadang tak beli, buku dapat percuma.
Nak tahu sebab apa? Mesti seronok je kan dengar percuma.
Sebab guna Baucer Buku 1 Malaysia. Haha.

Untuk kali pertamanya, buku Sperma Cinta ni bukan aku beli.
Tapi aku pinjam kat library. Nampak tak muka ulat buku kat situ? Haha.
Aku kalau jalan jauh sikit memang kena bawa buku. Untuk isi masa lapang kat kereta api, kapal terbang atau kereta.
Kalau motor tu, agak-agak sempat tak buka buku? Melainkan aku penumpang.
Aku ni campuran budaya Jepun sikit. Haha. *Perasan
Salah satu tempat yang aku nak pergi selain Mekah ialah Jepun.
Aku memang suka tengok budaya Jepun dan suka contohi.
Nanti aku cerita kenapa aku suka dengan Jepun.

Habis cerita tentang 'aku pencinta buku'. Haha
Meh, aku ulas sikit tentang buku Sperma Cinta ni.

Ya, aku bawa buku ke mana sahaja. ;)
Pertamanya, aku suka dengan buku ni sebab bahasa yang digunakan sangat simple. Senang nak faham. Sebab aku tak suka baca benda yang menyukarkan otak aku sebab otak aku dah cukup serabut dengan program dan tugasan-tugasan. Haha.
Jadi, siapa yang nak rehatkan minda, bolehlah baca buku ni.
Buku ni kelakar dan apa yang tertulis pada muka depan buku ialah 80% kisah benar.
Penulis menceritakan tentang kisah hidup dia.
Dan bila aku baca, aku tersengih sendiri.

Buku ni tak tebal. So, senang dan ringan nak bawa ke sana ke mari.
Aku ni bukan pembaca novel, tapi tetiba nak baca buku ni. Hehe.
Penulisan dalam bab pun tak panjang. Pendek-pendek je untuk masuk ke bab lain.

Cuma buku ni tidak digalakkan kepada kanak-kanak dan remaja.
Aku cuma syorkan kepada Budak Lepasan Sekolah. Walaupun cuma sikit sahaja penulisan yang berunsurkan '18'.

Jadi, sesiapa yang suka baca buku yang light-light, aku syorkan buku ni.
Sesiapa yang nak hilangkan stress, aku syorkan buku ni.

Sekarang aku dah hasut kawan aku baca buku ni.
Dia terus cakap, nak pinjamlah.
Nampak tak keseronokan baca buku ni? Hehe.

Aku akan review buku yang lain pula nanti. InsyaAllah. ;)

Itu sahaja sebab aku nak pergi kelas. kelas pukul 11. Haha.
Wassalam~

No comments:

Post a Comment