Inilah bukunya... |
Lama juga ambil masa untuk habiskan buku ni.
Salah satu sebabnya, sebab Syaza nak selesaikan apa yang patut dulu: assignment, program dan rancangan pengajaran harian.
Alhamdulillah, semuanya dah selesai.
Last class tadi pun Alhamdulillah dah settle. Speaking test pula tu. Haha. Main redah je cakap. Sebab Syaza bukannya fasih cakap english.
Memartabatkan Bahasa Melayu kononnya. Haha. Bahasa Melayu pun tunggang terbalik, lagilah bahasa Inggeris. Haha.
Okay, full stop. (Memartabatkan sangat... -_-")
Usrah Ini Semua Poyo! Oleh Asyraf Farique
Usrah? Apa yang anda fikirkan tentang usrah saat pertama kali mendengar tentangnya.
Seram? Untuk orang bajet alim? Untuk orang baik-baik sahaja? Poyo? Skema?
Tidak mengapa jika anda mempunyai persepsi seperti itu, kerana saya juga pernah mempunyai persepsi yang serupa saat pertama kali mula mendengar perkataan yang begitu asing sekali, USRAH!
Bagaimana pula jika, anda telah mengikut usrah tetapi hati masih berasa kosong? Anda telah mengikuti usrah tetapi anda gagal menjaga hati daripada perkara yang melalaikan?
Anda telah menjadi murabbi tetapi masih sukar mengambil hati mad'u?
Buku ini bakal menghidangkan anda tip dan kaedah yang efektif untuk diamalkan sebagai seorang murabbi dan mutarabbi (anak murid / anak didik usrah) yang menyengat dalam jalan dakwah. InsyaAllah.
Itulah sinopsis bagi buku ni. Hehe.
Pendapat Saya
Buku ni cukup bagus kepada naqib / naqibah serta mutarabbi.
Ianya membuka mata kita tentang tugas sebenar sebagai seorang murabbi (ketua usrah) dan mutarabbi (anak didik usrah).
Buku ni juga mengajar kita cara mendekati adik-adik usrah kita ni.
Tak semestinya kena pakai songkong, berjubah. Pakai biasa-biasa sudah, yang penting ilmu penuh di dada. Gituuuu.. Hehe.
Setiap dari kita ni merupakan khalifah di muka bumi ini.
Setiap dari punya tanggungjawab untuk menyampaikan dan menerima.
Setiap dari kita ni merupakan seorang dai'e.
Bukan masuk Dai'e Millinea baru digelar dai'e. Tidak.
Bukan masuk Pencetus Ummah, baru digelar dai'e. Tidak.
Bukan masuk Imam Muda, baru digelar dai'r. Tidak.
Tetapi, kita semua sebagai dai'e.
Sebagai penyampai dan penasihat kepada setiap umat Islam, setiap rakan kita, setiap ahli keluarga kita.
Itu tanggungjawab kita.
Jangan pula di akhirat nanti, semua tanya kita,
"Kenapa kau tak pernah ajak aku ke arah kebaikan?"
"Kenapa kau di Syurga aku pula di Neraka?"
Kau mahu jawab apa?
Jadi, kita nak masuk Syurga, masuk sama-sama.
Bawa keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan seluruh umat Islam. InsyaAllah.
Jangan masuk sorang-sorang ek. ;)
Jadinya, buku ni memang tentang usrah.
How to be a great murabbi.
Jadi itu je lah kot.
Harganya?
Hanya RM20.00 sahaja.
Bolehlah beli ya. ;)
Orang dah boleh habis baca buku ni dalam seminggu je atau kurang dari tu.
Kau, Syaza?
Berbulan-bulan nak habis. Haha.
Sorry.
Twitter Penulis: Aku Bukan Superman
Facebook Penulis: Aku Bukan Superman
Wassalam~
Klik sini ya! This cutie pie is given balloons to play with. Arghhh I just can't enough of her cuteness!! |
No comments:
Post a Comment