Assalamualaikum and olaaaa everyone!
Majalah JOM! ni baru juga bertapak.
Sekarang ni dah isu yang ke 33.
Sebanarnya ini kali pertama Syaza beli majalah JOM! ni.
Hari tu, pernah terbaca di kedai buku Popular kat Rawang.
Tu pun awal tahun.
Tertarik juga dengan isi dia.
Cara penulisan yang simple dan senang faham.
Syaza dah cari lama kat Tg. Malim, tapi mesti cepat habis sebab depan hantar 2 buah sahaja.Siapa cepat dia dapat.
Dan kali ni, alhamdulillah rezeki Syaza dapat beli majalah ni.
Setiap hari pergi kedai buku alat tulis depan kampus, duk tanya "Majalah JOM! dah sampai?" Haha.
Sampai kakak-kakak kat kedai tu dah kenal dah dan aku dicop sebagai 'adik majalah JOM!'. Haha.
Apa yang seronoknya dengan majalah ni ialah:
1. Ilmu agama
Kita dapat tahu lebih banyak perkara yang kita sebenarnya tak tahu dan tak jelas.
2. Warna-warni
Buka muka depan je warna-warni, tapi dalam pun warna-warni.
Seronok je baca. Tak bosan.
3. Penggunaan perkataan yang mudah difahami
Ayat yang digunakan mudah difahami.
Kadang-kadang, kalau cbaca buku-buku agama ni, kita kena baca banyak kali ayat yang sama, sebab tak faham.
Tapi, sekarang banyak buku yang menggunakan perkataan yang mudah, supaya pembaca tak cepat bosan.
Jadi, majalah JOM! ni memang seronok dibaca. Senang nak faham. Baca sekali je dah faham. Alhamdulillah dan tahniah!
4. Senang dibawa
Majalah ni kecil sahaja. Saiz macam buku tulis.
Jadi, senang nak bawa ke mana sahaja.
Macam Syaza cakap, Syaza memang suka bawa buku kat dalam beg, walaupun tak baca. Haha.
***
Dengan harga RM6.00 (SM) dan RM7.00 (SS), anda boleh dapat ilmu yang insyaAllah buat anda ingat apabila melakukan sesuatu perkara.
Syaza nak menghabiskan majalah ni, mengambil masa seminggu juga.
Antara sebabnya ialah, nak hayati bila baca, yalah sebab bab-bab agama ni kita tak boleh baca sekilas sahaja - kena faham betul-betul dan kalau boleh praktikkan.
Sebab yang lain, minggu lepas minggu yang pack dengan nak hantar assignment dan segalanya. Sebab tu lambat habis.
Lagipun, Syaza memang lambat habis kalau baca buku agama.
Syaza sarankan kalian untuk beli majalah JOM! ni, sebab mereka menggunakan pendekatan bercerita dalam penulisan mereka.
Siapa tak suka baca ceritakan...
Rupanya sekarang ni berlangsung Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC, dan Syaza tak dapat pergi sebab ada program Sabtu Ahad nanti. *Nangis dalam almari*
Jadi, kepada semua bolehlah jenguk-jenguk Majalah JOM! ni ek!
Selamat membaca.
Wassalam~
Assalam,
ReplyDeleteSaya dari blog
http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html ,
done follow this blog. mohon follow back ya :) . Salam kunjungan ^^
wassalam. done follow dear. ;)
DeleteNanti zumal nak cari gak Majalah JOM nie ^-^
ReplyDeletejom beli majalah JOM! sangat bermanfaat. ;)
Delete