Tuesday, May 31, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Hari ni, Syaza nak sertai giveaway oleh Nisa Menaip.
Biasalah orang dah tak ada kerja, jadi inilah kerjanya. He~
Syarat-syarat nak sertai pun amat simple. Suka-suka~



Paling gempak, giveaway ni di sponsor oleh mereka-mereka ini:

Sandra Azwan

Darkbatman

Pink Heart Craft

Ayunar

Mas Ahmad Safwan

Yuyu Musa

Myra Amira

Ciminny

Alfi Kasran

Sarang Jerung

Terima kasih ye. ;)

Tarikh mula 31 Mei 2011, tarikh tutup 6 Jun 2011.

Jom la ramai2 sertai giveaway ni. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

Sunday, May 29, 2011

Sunshine Smile Contest - Ashraf Jalil ;)

Assalamualaikum semua.

Hari ni Syaza nak menyertai satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh Ashraf Jalil.
Pertandingan ni adik Syaza yang suruh join.
Jadi, dengan hati yang ikhlas Syaza pun join, walaupun dari mula pertandingan adik Syaza dah suruh join, sekarang ni baru terdetik hati nak menulis tentang pertandingan ni.
Sebenarnya dah lama dah nak join contest ni, tapi tunggu mood sampai.
Maaf ye, En Ashraf. ;)

***


Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/


2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html


5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Paling penting hadiah UTAMA berupa Polaroid Instax Mini 7S beserta Instax Mini Film yang bernilai RM600.

Oleh itu, ini gambarnya. ;)



" Senyuman saya paling ceria sebab pertama kali saya pergi ke IKEA. "

Insan-insan yang ditag adalah:
Khalilah Sapawi
Ieka Ahmad
Khairah Nazurah
Sesiapa yang nak join pun boleh ;)


***


Sejujurnya, Syaza memang nak kamera tu. He~
Boleh tak sebab yang macam tu? Haha.

Gambar ni diambil oleh Kak Long, masa Kak Long bawa jalan-jalan pergi IKEA.
Memang first time pergi IKEA masa tu.
Jadi, kita terjahlah IKEA tu. He~

Gambar tu dipilih oleh adik Syaza sebab Syaza pun tak tahu nak pilih gambar apa.

Itu sahaja.
Wassalam~

Saturday, May 28, 2011

생일 축하 해요 - Saeng-il Chugha Haeyo, Khairah Nazurah ;)

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Maaf ek, sebab dah tak selalu update blog ni.
Hotto gomen ne~
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menerjah ke blog ni.
Yippy! *^_^*

Berita tergempar!
Berita tergempar!

17 tahun yang lepas, ada seorang anak kecil telah dilahirkan oleh seorang ibu yang sanggup mengandungkannya selama 9 bulan.
Perjuangan seorang ibu akhirnya terjawab, setelah seorang bayi yang suci lahir dari rahimnya pada 28 Mei 1994.
Bayi tersebut diberi nama Khairah Nazurah. Awat nama cantik sangat?

Nama tersebut telah diberikan oleh ayahnya, dengan persetujuan ibunya.

Satu keluarga gembira dan bersyukur atas kehadirannya.
"Dapat adik baru! Yeay!"
Ayat ini yang selalu terkeluar oleh mulut. Ye ke? Awok pun tak ingat. He~

Kini, sudah 17 tahun dia berpijak di bumi Allah ini.
Siapa Khairah Nazurah?
Ayuh kini terjah! Poyo bebeno.

Suka sangat dengan lomo ek, ni gambar Abby dah bagi lomo dah. He~


Khairah Nazurah binti Mohammad Khasnan diberi nama.
Dia adalah salah seorang ahli keluarga kami.
Adik paling bongsu, dialah orangnya.
Yang suka merah tahap gaban, dia juga orangnya.
Yang meminati Mawi WORLD, itulah dia.

Dengan secara rasminya, saya, Syaza Syafeeqah ingin mengucapkan Saeng-il Chugha Haeyo, Khairah Nazurah! Macam mana nak sebut? Tengok kat Pak Cik Google ek. He~
Selamat Hari Jadi, adikku!
Hang memang terbaiklah.
Hanglah adik cek sorang-sorangnya.
Tak dok dah adik lain.

Nasihat seorang kakak kepada adiknya:

- Belajar rajin-rajin samapai menara gading. Jangan sampai belalai je. :P
- Ingat Allah selalu, jangan lupa solat.
- Tingkatkan iman, kurangkan bebanan. ;)
- Sembahyang betul-betul. Hahahahahahaha.
- Jangan suka duk marah orang. Nak ketawa lagi boleh tak?
- Jaga diri baik-baik. Cuba yang terbaik! Ganbatte kudasai! Cek tahu hang boleh. ;)
- Ingat pesanan ibu dan ayah kerana pesanan itu dapat membakar semangat kita. Yeah! Eh, terlebih sudah~
- Yang paling penting... Apa yang penting? Kerjasama! Eh, bukan-bukan. Ingat pesanan cek yang cek pernah bagi kat hang.
- Paling penting, D.U.T - Doa, Usaha, Tawakal.

Hadiah?
Hang nak hadiah?
Cek dah bagi awal lagikan...
CD abang hang tu kira hadiah hari jadi la ek. Haha.



Kak Ajja doakan Abby supaya menjadi anak yang solehah dan semoga hidupmu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga diberi kecemerlangan di dunia dan di akhirat dan semoga dijauhi segala kemungkaran di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~

Nak kenal dia ni lagu mana...
Klik sini ek: Khairah Nazurah

Maaflah, kejut pukul 12 pagi.
Saja nak buat kejutan.
Tapi, tak terkejut pun.
Sebab hang mamai-mamai. Hahaha

Kenangan bersama adikku, Khairah Nazurah. ;)







Nur Kasih The Movie, I'm coming...
InsyaAllah. ;)

Wassalam~

Friday, May 20, 2011

Nama yang Punya Senyuman di Belakangnya - Senyumannya Telah Kupadam ;) | Kem Sayangi Daku

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza update blog ini.
Maaf semua sebab dah lama biarkan blog ni senyap.
Biasalah orang jarang balik rumah bersama keluarga, ginilah gayanya. ;)

Nama yang Punya Senyuman di Belakangnya - Senyumannya Telah Kupadam ;)

Diam seribu kata.
Tiada khabar daripadanya.
Tiada pesanan yang disampaikan.
Bisu.

Hati dikebalkan bak dinding.
Segala kenangan beku dibaliknya.
Segala kepahitan tepalit padanya.
Segala pemikiran dibiarkan hanya sebagai angan-angan yang mengisi waktu yang kosong, tidak berpunya.
Angan-angan yang tidak bisa bertukar menjadi kenyataan.

Perlahan-lahan kurenung namanya yang hanya tersimpann di telefon genggam.
Kenapa ada senyuman di belakangnya?
Berkali-kali persoalan itu menerjah benak fikiranku.

Kenapa masih punya senyuman pada namanya?
Sedangkan aku sudah tidak tahu dia hilang entah ke mana.
Lantas, aku cuba untuk memadamkan senyuman itu.
Perasaan aku?
Biasa sahaja.
Tersangat biasa.
Kalau aku ahu begiu, sudah lama aku padam senyuman itu.
Ketawa.

Ya, aku berjaya padam senyuman itu.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. ;)



Kem Sayangi Daku

Siapa Sayang Saya?
Saya Sayang Siapa?

Ini adalah temanya.
Kenapa temanya sebegitu?
Kerana diri para peserta dalam dilema.

Kem ini diadakan pada 13 Mei hingga 15 Mei 2011 yang lalu.
Kem ni dijalankan di Surau Siti Khadijah, SMK Perempuan Likas.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada Ustazah Noraini kerana menjemput Syaza dan menjadikan Syaza sebagai salah seorang fasilitator dalam kem ini.
Bersyukur dan gembira sangat sebab dapat jumpa cikgu-cikgu, kawan-kawan, para junior dan barisan rakan PSS.

Aku seorang yang sangat sempoi dan aku sangat selesa dengan diriku kini.
Mudah untuk ketawa dan berkongsi suka dan duka dengan hidup mereka.
Aku hanya mendengar dan berkongsi apa yang terdaya.
Aku hanya insan biasa yang perlu menjalani kehidupan yang sudah terbentang untukku; kegembiraan, kepayahan yang menjadi lumrah setiap individu.
Aku tidak lari dari semua itu.
Cumanya, cara kita berbeza untuk mengatasi semua ituu.
Aku tidak seperti orang lain, begitu juga orang orang lain tidak seperti orang lain yang lain.

Berkongsi ilmu kepada para peserta dengan cara aku yang tersendiri dapat menarik perhatian mereka yang benar-benar ingin berubah. Alhamdulillah.
Peserta yang mula-mulanya pasif dapat aku tukar menjadi aktif. Alhamdulillah.
Hubungan seperti sudah lama kenal dapat aku suntik.
Alhamdulillah.
Semuanya atas pertolongan Allah.

Aku sudah cuba semampuku dan aku serahkan semuanya kepadaMu.

Terima kasih kepada adik-adik sebab percaya pada akak dan sentiasa mendengar apa yang disampaikan.
Akak harap adik-adik dapat mencapai matlamat hidup adik-adik. InsyaAllah.

***


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Terima kasih, ya Allah atas segala nikmat kurnia dan rezeki yang telah Kau kurniakan kepadaku.

Wassalam~

Friday, May 6, 2011

Fisioterapi di Sabah

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Syaza harap anda semua sihat hendaknya. ;)

Maaflah kalau Syaza tak update blog ni.
Biasalah, kalau dah kat rumah sendiri bersama keluarga, diri ini agak lupa diri sikit. Hehe.

Fisioterapi

Fisioterapi yang pertama di Sabah telah pun dijalankan.
Di sini lebih banyak peralatan dan lebih ramai orang.
Kebanyakannya terdiri daripada orang Cina.
Mostly, they are older than me. Ngee~
Aku pun terfikir juga, "Aku sahaja ke yang agak remaja kat sini? Remaja lain sungguh berjaga-jaga dengan langkah ya? :P"

Biasalah, budak nakal macam saya ni memang tak reti duduk diam.
Sakit-sakit macam ni pun masih nak berlari.
Dah namanya pun tak reti duduk diam.

Fisioterapi di Sabah agak berlainan.
Kalu di Kuala Kubu Baru, kakiku dicelupkan ke dalam cairan lilin, tapi di Sabah kakiku dibalut dengan ais.
Agak kontra ya di situ. Satu panas, satu lagi sejuk.



Di Sabah, peralatannya lebih sempurna.
Ada senaman yang perlu aku lakukan di rumah.
Fisioterapi seterusnya akan dijalankan pada 18 Mei 2011.
Pada 15 Mei 2011, aku akan terbang ke Labuan.
Buat apa?
Buat apa yang patut mungkin. He~

Pejam celik, celik pejam, sudah seminggu aku berada di Sabah.
Sekejap sahaja masa berlalu.
Ah, sekejap lagi aku akan pulang semula ke Tanjung Malim.
Oh, TIDAK!

Bukan tidak suka untuk menuntut ilmu, tetapi tidak suka untuk berjauhan dengan keluarga.
Perit rasanya.
Allah sentiasa bersama bukan?
Mereka juga tetap bersamaku.
Di mana?
Di mana lagi kalau bukan di hati. ;)

Sampai di sini sahaja.
Wassalam~