Nuffnang Ads

Wednesday, September 1, 2010

Aku Tinggal Di Sabah. Aku Tidak Pulang, Sayang. Jaga Mulut, Boleh?

Assalamualaikum semua.

Wah, agak rajin ya saya menulis hari ini. Ha~
Alhamdulillah, Allah masih beri saya kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.

Hari ni, tahap kesabarnku dicabar sekali lagi.
Ada seorang hamba Allah yang berani pula bersuara, yang membuatkan saya terasa dan terluka.
Bukan saya sahaja, ada beberapa lagi rakan saya.

Semasa kelas KAS1043 (Perkembangan Kanak-kanak dari Perspektif Fisiologi) inilah kesabaranku tercabar.
Walaupun hanya dengan sebaris ayat.
Bila kata itu dikeluarkan dengan selamba, ia agak menyakitkan.

Sekali lagi, pensyarah sentuh tentang balik kampung. Kini, aku sudah kumpul kekuatan untuk menerima soalan itu.

Pensyarah: Orang yang tinggal Sabah dan Sarawak ni tak balik ke?
(Sambil melihat ke arahku)
Aku dan rakanku: (Menggelengkan kepala. Tiada kata)
Pensyarah: Tak balik?

Tiba-tiba... Suara dari kerusi atas kedengaran.

D: Alah, budak Sabah dan Sarawak tak payah balik. Dia orang mana puasa.

Aku langsung menoleh tajam ke arahnya. Aku tahu dia tidak perasan.
Sakit. Perit. Aku telan.

Pensyarah: Cuti Sem tak balik? (Sambil melihat ke arahku)
Aku: (Menggeleng)
Pensyarah: Cuti sem?
Aku: (Mengangguk)

Tidak mampu untuk bersuara.

Sayang, walaupun aku asal dari Johor, tetapi kini aku menetap di Sabah.
Aku punya hati. Jika aku punya hati, semestinya aku punya perasaan, bukan?
Kamu tidak punya hati ya?
Tidak memikirkan perasaan orang lain.
Main cakap lepas sahaja.

Untuk pengetahuan D, di Sabah dan Sarawak juga ada orang Islam. Kami berpuasa, sayang.
Oleh sebab kami puasa, kami tidak melawan cakap kamu.
Kami hanya diam.
Kerana, sesungguhnya kami berpuasa.
Kami jaga pertuturan supaya tiada hati yang sakit.
Kamu jangan cuba cabar aku ya.
Kamu beruntung kerana cabar kesabaran aku di bulan Ramadhan ini.
Aku tidak akan cabar kesabaran kamu kembali.
Kalau ikutkan hati, memang aku akan lemparkan kata yang mungkin akan mencabar kesabaran kamu.
Tapi, aku fikir, ini bulan mulia, kenapa aku perlu kotorkannya?
Semata-mata perkara sebegini.
Buang masa.

Pabila kata-kata itu dilemparkan sememangnya perit.
Pahit untuk ditelan, namun aku paksa sahaja.
Sumbat!



Air mata cuma bergenang.
Fikir bahawa ada juga orang yang tidak punya perasaan sebegini ya.

Lepas tu, tiada pula kata maaf.
Ya Allah, kedekut juga kamu untuk berbuat baik ya.

Aku tidak pulang beraya, sayang.
Aku juga kemungkinan besar tidak pulang semasa cuti sem.
Kasihan?
Lupakan sahaja perasaan itu.
Jangan tunjukkan pada aku.
Aku hanya perlukan kekuatan.
Kamu ingin salurkan?
Aku ada Allah bukan? ;)

Ada yang ingin rasa apa yang kami rasa?
Kepada orang Semenanjung Malaysia, kamu sambung belajar di Sabah atau Sarawak. Jangan pulang ketika bercuti. Itu sahaja.
Dan mungkin kamu akan rasa apa yang kami rasa.

Duhai hati, sabarlah ya! Allah sentiasa ada untuk kita.
Ini cubaan bukan?
Sesungguhnya aku berpuasa.

Wassalam~

Maaf, Tiada Titipan Hari Kemerdekaan | Titipan Kuih Raya Buat Kak Long Tersayang :)

Assalamualaikum semua.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, watashi wa genki desu.

Bagaimana amalan bulan Ramadhan ini?
Masih sama? Meningkat? Berkurangan?
Itu semua jawapannya pada anda ya.

Malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang ditunggu-tunggu oleh ramai umat Nabi Muhammad.
Mereka yang sedar akan keistimewaan malam ini, sememangnya berkejar-kejaran untuk menjadi salah seorang yang dipilih oleh Allah.
Yalah, siapa yang tidak mahu doanya dikabulkan.
Siapa yang tidak mahu amalannya mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun.
Mesti semua nakkan?
Jangan hanya katakan dalam hati.

Apa tunggu lagi?
Lakukan dan buktikan!

***


Maaf kepada semua kerana tiada titipan untuk Hari Kemerdekaan.
Bukan tiada masa, cuma tidak punya idea.

Sebenarnya, Syaza amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Biar apapun yang terjadi, ada aku kisah? He~
Kalau orang kata, Malaysia ni ada apa.
Macam-macam ada.

Malaysia aman daripada peperangan.
Mempunyai pelbagai kaum yang sentiasa hormat menghormati satu sama lain.
Tiada permusuhan antara kaum.
Sebab itu, saya berbangga jadi anak Malaysia.

Adakah kamu juga begitu?

Salam Kemerdekaan yang ke 53 tahun.
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI!

***


Tidak sabar rasanya diri ini menunggu hari Jumaat.
Masa seperti berjalan perlahan.
Menghitung detik demi detik.
Tik tok tik tok.
Aduhai, lama sungguh.

Wajah kakak sulungku, Kak Long sudah bermain di minda.
Menjemputku di Stesen KTM Shah Alam.
Dengan motornya yang berwarna merah.
Senyuman diukir diwajahnya.

Setiap hari dengar bunyi kereta api langsung teringatkan Kak Long. He~
Sememangnya banyak titipan dari aku buatnya.
Dia sudah tidak sabar menunggu titipannya sampai ke tangan bukan aku. He~
Kuih raya, minyak wangi Miracle Lancome dan saguhati dari Penang. Itu yang akan kuberikan kepadanya.
Tidak lupa juga cerita yang sudah aku download khas untuk dia.
Cerita yang pelakonnya bernama Takuya Kimura.
Dia memang peminat setia pelakon ni. He~

InsyaAllah, Hari Jumaat pagi baru aku bertolak ke Shah Alam.
Ya, sekali lagi menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM).
Kak Long adalah salah seorang pengubat rindu ku pada keluarga di Sabah sana. ;)



***


Ya Allah, pertemukanlah aku dengan sahabatku, Citi. Ya Allah, berikanlah aku ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi Aidilfitri pada tahun ini. Ya Rabb, kurniakanlah keberanian untuk menghadapi segala dugaan dan cabaranMu.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku salah seorang yang dipilih di malam Lailatul Qadar itu ya Allah.

Perkenankanlah doaku ini, Ya Allah.
Amin, Ya Rabbal A'lamin.

Wassalam~

Monday, August 30, 2010

Sayang, Aku Hanya Insan Biasa. Pernah Kamu Selami Hatiku Sedalam-Dalamnya?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Bagaimana peringkat iman?

Alhamdulillah akhirnya kita sudah tiba 10 malam yang terakhir.
Apa tunggu lagi?
Jom, perbanyakkan lagi ibadah kita.
Kalau sebelum ni kita baca Al-Quran 1 muka surat, sekarang kita baca 2 muka surat.
Boleh? InsyaAllah.
Takpun, kalau sebelum ni kita isi masa-masa kita dengan online, chatting, apa kata kalau sekarang kita penuhi hari-hari kita dengan membaca al-Quran dan zikrullah.
Kalau nak dengar lagu raya pun boleh. He~
Mari kita sama-sama mencari Lailatul Qadar.
Mudah-mudahan kita adalah orang-orang yang Allah pilih. :'(



Subhanallah, hari ni tahap kesabaran Syaza cuba digoyahkan oleh orang yang tidak kenal erti Ramadhan.
Alhamdulillah, nasib baiklah Syaza ingat bulan ni adalah bulan Ramadhan. Sesungguhnya aku berpuasa.
Syaza hanya dapat lepaskan semua kepada Allah. Mungkin setitis air mata itu sudah cukup bagiku untuk lepaskan segalanya.
Aku menarik nafas. Sedalam-dalamnya. Dihembuskan kembali. Mengeluarkan karbon dioksida. Kuberikan kepada tumbuhan hijau yang memerlukannya. Kuukir senyuman paksa.
Semuanya mahu menuding jari kepadaku.

***

Sayang, aku hanya insan biasa.
Teramat biasa.
Aku tidak mampu untuk memberitahu kamu semua satu persatu.
Aku bukan orang berada.
Aku hanya insan biasa yang tidak punya harta apa-apa.
Pernah kamu selami hatiku sedalam-dalamnya?
Kamu hanya pentingkan diri kamu sahaja.
Jangan pernah kamu cuba tipu diriku.
Kerana aku tahu.
Walaupun melalui suara apakan lagi bertentangan mata.

Aku juga punya perasaan, sayang.
Aku juga punya hati untuk merasai.
Jika aku undur diri, adakah kamu berani ke hadapan?
Mengganti tempatku.
Aku ganti tempatmu.
Kata seperti apa yang kamu kata padaku.
Percayalah, mungkin bukan setitis air mata sahaja yang jatuh.
Itupun, kalau kamu punya perasaan dan punya hati memikirkan diri orang lain.

Alhamdulillah, Allah sentiasa di hatiku untuk memberikanku kekuatan.
Sebenar-benar kekuatan. :)


***


Aku ini hanya seorang perempuan biasa.
Ada cita-cita mahu menjadi seorang perempuan yang agak luar biasa.
Jadi seorang Rabiatul Adawiyah.
Jadi seorang Sayyidah Nafsiah.
Atau setidak-tidaknya seorang Fatimah
az-Zahra.
Atau seorang Asiah.
Atau seorang Khadijah binti Khuwailid.
Tetapi siapalah aku ini di sisi Allah s.w.t.ku?
Aku hanya seorang perempuan yang biasa ya Ilahi Rabbiku! Biasa itu adalah sangat biasa.
Sungguh biasa sekali.
Kecil bagai sezarah debu.
Bukankah begitu?


***


Kepada yang Syaza tak layan tadi, Syaza minta maaf sangat-sangat. Syaza sedang menstabilkan emosi. Syaza tak boleh cakap dengan orang.
Syaza kena diam.
Kalau Syaza cakap, lain jadinya.
Terima kasih kepada yang memahami.




Jumaat tak ada kelas. Khamis kelas pagi je. Tapi, saya balik Shah Alam hari Jumaat juga. He~ :) Kak Long, tunggu kehadiran saya ek! Ada kuih raya buat Kak Long ni.

Sampai di sini sahaja.

Wassalam~