Subhanallah~ cantiknya. ;)
Apakala junjungan berusia 35 tahun, kaum Quraisy membina semula Kaabah yg rosak kerana banjir yg menimpa,
Mereka bersengketa kerana semua pihak inginkan pihak mereka yg memindahkan semula Haja Aswad dari tempatnya yg sementara,
Hebat pertengkaran hampir berbunuhan, bersengketa menyebut-nyebut darah & bangsa,
Akhirnya mereka sedar & merasa patut menerima buah fikiran dari orang yg bijaksana.
Ada seorang yg menentukan siapa masuk dulu ke Kaabah melalui Babus Sadanah, maka hendaklah dituruti apa yg ia kata,
Tiba2 yg mula2 masuk ialah junjungan, masing2 pun gembira & berkata " Muhammad amin " orang yg kami kepadanya semua percaya,
Mereka kata, mereka rela junjungan menjadi pengadil menyelesaikan perselisihan besar dalam ini perkara,
Junjungan lalu meletakkan Hajar Aswad di atas sehelai kain dengan semua pihak diminta angkat serta.
Semua yg bertelingkah mengangkat batu itu ke suatu penjuru yg memang tempatnya diketahui biasa,
Sebaik tiba di tempat yg asal, lalu junjungan sendiri dengan tangan Baginda yg mulia meletakkan batu itu ditempatnya yg sedia kala.
Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment