Nuffnang Ads

Monday, March 1, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (12)

nature Pictures, Images and Photos

Sedapnya mata memandang :)
Photobucket

Manakala junjungan berusia 40 tahun menurut kata ahli2 sejarah yg mengetahui,
Baginda dilantik sebagai rasul keseluruh alam membawa berita gembira & ngeri,
Mula2 Baginda didatangi mimpi yg benar, 6 bulan masa diberi,
Tidak junjungan bermimpi melainkan menjelma datang seperti cahaya cemerlang pagi menyinari.

Mimpi dimulakan adalah sebagai memberi latihankekuatan kepada nabi,
Supaya Baginda tidak terkejut menerima kedatangan jibril sendiri,
Digemarkan dia suka bersendirian hingga keraplah Baginda beribadat di gunung Hira', beberapa malam seorang diri,
Hal ini berjalan beberapa masa hinggalah turun malaikat Jibril menemui Baginda membawa wahyu.

Tarikh berlaku ini, hari Isnin malam 17 bulan Ramadhan atau bulan Lailatul Qadar yang juga nama diberi,
Ada juga ulama berkata, 24 & 27 Ramadhan & ada yg kata delapan Rabiul Awal tetapi yg masyhur ialah yg mula2 tadi,
Datang Jibril menyuruh baca, junjungan enggan membaca lalu dipeluknya Baginda erat sekali,
Disuruh lagi Baginda membaca, Baginda tidak juga membaca maka Baginda dengan kuat dipeluk lagi.

Kali ketiga Jibril menyuruh lagi membaca, junjungan enggan lalu dipeluknya lagi supaya Baginda benar2 sedia mengemaskan diri,
Juga supaya junjungan dapat menerima wahyu yg akan disampaikan kepada Baginda bersungguh-sungguh hati,
Selepas itu wahyu terhenti 3 tahun lamanya atau 30 bulan supaya junjungan rindu kepadanya & ternanti-nanti,
Kemudiannya barulah turun ayat " Yaa Ayyuhal Muddathir " , berikutnya turun lagi ayat bertubi-tubi.

Adalah Baginda dengan turunnya ayat ' Iqra' ' menjadi nabi,
Dan kemudian Baginda mula bekerja memberi khabaran gembira & menyampaikan khabaran ngeri.

Harumkan ya Allah makan junjungan yg mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

No comments:

Post a Comment