Nuffnang Ads

Saturday, March 6, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (Akhir)

Photobucket

Junjungan terkenal bersifat pemalu, merendah diri, sanggup menjahit kasut2 koyaknya, menampal bajunya, memerah susu kambingnya, malah sanggup menguruskan hal2 rumah tangganya & anak isterinya dengan elok & rapi,
Baginda mencintai orang2 fakir & miskin, sepergaulan Baginda dengan mereka menziarahi pesakit2 di kalangan mereka turut mengiringi jenazah2 mereka, bahkan tidak pernah Baginda memandang hina akan orang2 yang susah walau bagaimana sempit kehidupan yg menimpai,
Sebaliknya junjungan murah hati, memberi kemaafan, tidak pernah Baginda menempatkan tanda2 tak suka kepada sesiapa, malahan janda & hamba2 pun Baginda temani,
Baginda tidak merasa gerun kepada raja, kerana Allah Baginda murka & kerana Allah pula junjungan meredhai.

Cara junjungan berjalan bersama-sama dengan sahabatnya junjungan berjalan disebelah belakang & pernah junjungan bersabda " di sebalik belakang ku yang ada hanya malaikat saja ",
Mengenai kenaikan junjungan pernah menunggang unta, kuda, keldai yg setengahnya dihadiahkan kepada junjungan oleh raja2 ,
Seta=engah ketika, junjungan mencerut perut Baginda berlapikkan batu menahan lapar sedangkan kalau Baginda mahukan mewah, kenyang memang pun kepada Baginda. Perbendaharaan kekayaan sentiasa terbuka,
Gunung & bukit pernah menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda tetapi Baginda menolak tawaran kekayaan yg berupa harta benda.

Mengenai pergaulan, junjungan jarang benar bercakap sesia & bila Baginda berjumpa sesiapa, Baginda yg mula memberi salam, sembahyang jumaat Baginda panjangkan sedikit & bila bekhutbah Baginda ringkaskan saja,
Orang2 kenamaan & mulia dimuliakan oleh Baginda & bermesra serta pernah pula Baginda bergurau tetapi kata2 gurau tidak pernah bercampur dusta,
Hingga di sini terhentilah pena saya dalam suatu perjalanan segera kepangkalan sebaram nyata, Tibalah sudah seluruh karangan ini, ke bumi rata dalam suatu lapangan penerangan kalam bertinta.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

No comments:

Post a Comment