Nuffnang Ads

Friday, March 19, 2010

Selamat Hari Jadi Ibu!

Assalamualaikum

Hari yang memenatkan. Hari ni, Syaza ambil cuti. Ha~ Baru 2 hari kerja dah ambil cuti. Ha~

Syaza berusaha nak update blog nie sbb rindukan korang! He~


oK, berita untuk hari ini ialah :

Kota Kinabalu : Hari ini, Jumaat bersamaan 19.03.2010, seorang wanita yang telah banyak berkorban untuk keluarganya yang digelar ibu telah menyambut hari lahirnya yang ke-44. Seorang ibu yang diberi nama, Rosmiati Binti Hj Sainoh telah dilahirkan pada 19 Mac 1966. Pengorbanannya amat besar kepada seisi keluarga. Penat lelahnya tidak dapat dikira. Jumlah tenaga dan titik peluhnya tidak terhitung dan terukur dek pembaris atau sewaktu dengannya.

" Selamat Hari Jadi Ibu yang ke 44. Ajja sayang ibu. Terima kasih kerana telah memberikan didikan yang secukupnya untuk Ajja. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan, mudah-mudahan sentiasa berada di bawah naunganNya dan semoga bahagia di dunia dan di akhirat." Salah seorang anaknya, Syaza berkata.

Ha~ Dah lama dah gambar ni.

Syaza ambil cuti hari ni sebab ada jamuan BALKIS untuk alumni BALKIS. Rasa bersyukur dan berterima kasih menyelubungi diri ini.

Terima kasih kepada Ustazah Noraini dan barisan AJK BALKIS 2010 kerana membuat jamuan ini. Lain kali, kalau part makan-makan ni, panggil la kita orang. Ha~

Itu sahaja untuk laporan kali ini. Terima kasih. Daripada saya, Syaza wartawan blog MenCaRi CinTaNya.


Yeay, Syaza dah kembali! He~

Wassalam~


Photobucket

No comments:

Post a Comment