Nuffnang Ads

Friday, March 5, 2010

Bila Ditahan Pak Polisi...

http://emo.huhiho.com


Photobucket

Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni~ ( ala2 Bang Bil ) Syaza suka guna tajuk yg bermula dengan 'Bila'. Kenapa ek? Entah lah, Syaza pun tak mengerti.

oK, kembali pada topik yg Syaza nak post nie~


Kota Kinabalu: Semalam bersamaan dengan hari Khamis, 4.3.2010, Syaza telah ditahan oleh polis trafik sebanyak dua kali. Polis trafik kini sedang merajinkan diri mereka sendiri untuk membuat roadblock untuk motosikal kerana telah ditugaskan oleh ketua mereka.

Pada roadblock yang pertama, 2 orang Pak Polisi cuma menahan Syaza dan sempat lagi bertanya. " Adik Puteri UMNO ke? " Kerana ketika itu, Syaza pakai baju yang berwarna merah jambu. Syaza hampir tergelak. " Tak Ada lah" Selamba Syaza menjawab. Lalu polis trafik tersebut melepaskan Syaza. " Ok, boleh jalan," ujarnya. Lalu Syaza meneruskan perjalanan untuk ke destinasi.

Pada roadblock yang kedua pula, Syaza sekali lagi ditahan polis. ' Ramai pula polis nak ngurat aku ni. Nak tanda tangan ke, tuan?' Hati Syaza berbicara. He~ Tipu je. Di roadblock yang kedua, lebih ramai jumlah orang polis berbanding roadblock yang pertama. Di roadblock yang kedua, hanya Syaza seorang sahaja wanita di situ.

Salah seorang Pak Polisi datang kepada Syaza. " Selamat pagi," katanya. Lalu Syaza pun memabalasnya dengan ucapan yang sama. " Nak tengok lesen," sambungnya lagi. Lalu Syaza mengeluarkan dompet serta lesen L Syaza. Tiba2 , datang lagi seorang Pak Polisi ke arah Syaza. Dia juga minta lesen. Syaza cakap, " Dah bagi dah." Lalu polis yang memegang lesen Syaza pun berkata. " Dia dah bagi dah." Agaknya malu juga polis tu. Ha~

Selepas lesen Syaza diberikan kembali, dia sempat interview Syaza. Lain yang dia tanya, lain yang Syaza jawab. He~ Ini antara dialognya.

P (Polis): Syaza buat apa sekarang?
S (Syaza): Lepas ni nak ambil JPJ test.
P : Syaza sekarang ni, kerja ke, belajar ke?
S : Owh. Lepasan. Baru je lepas SPM.
P : Syaza buat apa kat sini ( Sabah ) ?
S : Nak cari barang. Saja jalan2 .
P : Syaza buat apa kat Sabah ni?
S : Owh. Syaza tinggal kat sini.
P : Owh, tinggal sini. Ok, hati2 ek.
S : Ok. Terima kasih ek.

Berapa banyak kali Syaza ucap terima kasih, Syaza langsung tak ingat. Banyak kali la juga. Tanpa rasa cuak dan gerun semasa Syaza jumpa Pak2 Polisi tu. He~

Itu sahaja berita hari ini. Sekian, dari saya wartawan Syaza :)

Wassalam~

Photobucket

6 comments:

  1. wah...tabikla kat polis2 tuh semua...menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab...mereka mintak no telefon???hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe... e2 die org x mintak. lupa kot~ ahaks. dah mcm bapak org la kak. hehehe

    ReplyDelete
  3. ulang baca..
    ...
    ulang baca..
    ...
    apa konklusinya?

    owh rupanya nak bagitau ada lesen..
    wakaka..

    :-)

    ReplyDelete
  4. eh, tak ade lah.
    konklusinya, dapat pengalaman kena tahan oleh polis. hehehe

    ReplyDelete