Hanya utk tatapan bersama~ :)
Tatkala junjungan berusia 25 tahun, belayar lagi Baginda ke Busra membawa dagangan Khadijah wanita muda,
Mengiringi junjungan seorang suruhan Maisarah namanya untuk berkhidmat khas kepada yang mulia,
Dalam perjalanan itu dibawah sebatang pohon besar berhampiran gereja paderi Nasrani bernama Nastura, junjungan berhenti sementara,
Di sini paderi kenalkan junjungan sebab bayang2 pohon itu, berilah memayungkan Baginda.
Paderi itu lebih jauh berkata " tiada sesiapa walau bila2 juga akan singgah " di situ, melainkan nabi lah ia,
Atau rasul yg Allah tntukan dia beberapa kelebihan yg nyata,
Kpd Maisarah paderi bertanya, " adakah pada lelaki itu merah bertanda di dalam mata ",
Maisarah menjawab " ya, ada " kalau begitu benarlah ia rasul seperti yg diduga.
Maisarah dinasihatkan, supaya jangan berjauhan dari junjungan malah awak katanya hendaklah penuh azam & jujur dengan dia,
Kerana lelaki itu sebenarnya nabi pilihan Allah & termulia,
Selesai segala junjungan berangkat pulang ke Makkah sedang Khadijah bersama beberapa wanita lain dari suatu tempat tinggi, nampak junjungan dengan nyata,
Dalam penglihatan Khadijah, ada dua malaikat memayungkan junjungan dari panahan panas cahaya pagi sang suri.
Maisarah bercrita segala yang dilihatnya mengenai junjungan kepada Khadijah serta memberitahu pesanan2 paderi Nasrani yg telah ia jumpa,
Barang2 dagangan bila dikira maka didapati untungnya berlipat ganda,
Nyata kepada Khadijah segala apa yg telah dilihat & dengar bahawa junjungan adalah rasul alam semesta,
Ia pun melamar junjungan untuk menyedut keharuman iman sepenuh daya.
Junjungan menceritakan hal lamaran Khadijah ini kepada bapa2 saudara Baginda,
Mendengar ini mereka semua gembira memandang taraf, agama, rupa, harta & bangsa yg kerana itu semua, jadi impian semua pihak ingin berkahwin dengan dia,
Abu Talib berkhutbah dalam khutbah ia memuji junjungan di samping memuji Allah dengan pujian terbit kata,
Ujar Abu Talib demi Allah " Muhammad ini " dibelakang hari akan melahirkan berita agung dalaman ia akan dipuji merata-rata.
Selesai segala, maka Khadijah dikahwinkan dengan junjungan berwalikan bapa ada yg berkata berwalikan bapa saudara, setengah yg lain berkata berwalikan saudara,
Natijah perkahwinan itu Khadijah melahirkan semua anak2 junjungan melainkan putera yg bernama Ibrahim seorang itulah sahaja.
Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.
Wassalam~
hebat anda igt kisah nabi2 kita! tabek anda!
ReplyDeletehttp://fitridzulkifli.blogspot.com
ini pun kita ikut berzanji. :)
ReplyDelete