Junjungan Rasulullah s.a.w. paling sempurna bentuk rupa, budi pekerti & mempunyai sifat2 yg terpuji,
Badan sederhana tinggi, kulitnya putih kemerahan, luas mata, bercelak, lentik alisnya, serta lenat halus bulu yg tumbuh di sini,
Jarang sedikit giginya, luas lebar mulutnya, luas dahi berbentuk anak bulan kelihatan cantik berseri,
rata pipinya, sederhana mancung hidungnya dalam bentuk yg menarik.
Bidang di antara bahu & tengkuk Baginda 2 tempap, berangka kasar, besar tulang sendi, sedikit daging tumit, tebal janggut, besar cantik kepala Baginda dengan rambut dibiarkan panjang hingga kedua cuping telinga menuruni,
Diantara 2 belikatnya bermetrai dengan Khatamun Nubuwwah ( Nabi Kesudahan ) yg di sekelilingnya cahaya meliputi,
Peluh Baginda putih bersih laksana mentari, bau harum bih dari kasturi,
Bila berjalan bongkok udang sedikit kelihatan seolah-olah seperti keadaan orang yg sedang turun daripada tempat yg tinggi.
Bila junjungan berjabat tangan dengan sesiapa, maka tangan orang yg dijabat itu, wangi, sepanjang hari,
Dan bila2 juga junjungan meletakkan tangan atas kepala seseorang budak, maka dapat diketahui bahawa budak itu pernah disentuh oleh junjungan kerana baunya yg harum wangi,
Wajah Baginda laksana bulan purnama kelihatan sentiasa cantik gemilangan berseri,
Orang yg meriwayatkan rupa bentuk junjungan pernah berkata, tak pernah aku lihat sesiapa baik sebelum atau sesudah ini, ada orang yg kecantikannya dengan junjungan dapat menyamai.
Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment