Smart deh~
Dalam musim2 haji, maka datanglah kabilah2 arab ke Makkah, lalu junjungan menerangkan kepada mereka bahawa Baginda utusan Ilahi,
Ikut beriman dengan Bagi seramai 6 orang daripada kaum Ansar ketentuan Allah untuk mereka memeluk agama yg diredhai,
Pada musim haji tahun berikutnya datang 12 orang dari Madinah & mereka membuat ikatan janji setia dengan junjungan nabi,
Selesai segala2 nya mereka pun pulang, maka tersebar Islam di Madinah hingga jadilah Madinah tempat perlindungan junjungan yang menyenangkan hati.
Pada musim Haji tahun ketiga selepas itu datang lebih kurang 70 orang dari puak Aus & Khazraj yg dikenali,
Mereka juga membuat janji setia dengan junjungan lalu junjungan melantik 12 orang dari kalangan mereka sebagai ketua dihormati,
Manakala bertambah hangat rasa permusuhan kaum musyrikin Makkah maka beberapa orang muslimin mula berpindah ke Madinah negeri yg dimuliai,
Berpisahlah mereka dengan tanah air mereka berputus arang dengan kekafiran kerana ingin merebut rahmat keredhaan Allah yg sedia terjanji.
Perpindahan kaum muslimin itu membimbangkan hati kaum Quraisy, mereka takutkan sesuatu peristiwa luar dugaan akan terjadi,
Lalu mereka bermesyuarat sulit yg keputusannya junjungan mesti dibunuh, tetapi dengan pemeliharaan Allah, tipu belit kaum Quraisy tak jaya sama sekali,
Diizinkan junjungan berhijrah dalam keadaan gerakkan perpindahan junjungan itu diintip oleh puak musyrikin kerana mereka hendak membunuh nabi,
Tetapi junjungan dapat keluar sebaliknya junjungan menabur pasir atas kepala mereka dengan begitu pun mereka tidak menyedari.
Menujulah junjungan ke gua Thur bersama-sama sahabat Baginda, Abu Bakar iaitu rakan Baginda yg rapat sekali,
Burung2 merpati & sarang2 lelabah mengelirukan pendapat kaum Musyrikin hingga mereka memikirkan junjungan tidak ada di gua itu pada halnya junjungan memang ada di situ selama 3 hari,
Pada malam Isnin dari gua Thur, junjungan serta sahabat Baginda Abu Bakar keluar menunggang tunggangan kerana melepaskan diri,
Dalam perjalanan itu, tiba2 , terserempak junjungan dengan orang upahan Quraisy bernama Suraqah, lalu junjungan berdoa bagi keselamatan diri.
Dengan doa itu, tak semena-mena terjerluh kaki kuda Suraqah ke dalam tanah kering yg keras membatu,
Kepada junjungan Suraqah meminta damai manakala junjungan pula dengan rela hati perkenan maka Suraqah pun tidak diganggu.
Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment