Untuk tatapan anda~ ;)
Pda malam 27 rejab tahun kesebelas menjadi rasul, di isra'kan junjungan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjil Aqsa dengan jasad dan rohnya dalam keadaan sedar & jaga,
Dari masjid Aqsa, Baginda diangkat ke langit di mana Baginda bertemu Nabi Allah Adam di langit pertama yg di dalam keadaan tenang tabah & hebat gaya,
Di langit kedua, junjungan bertemu nabi Allah Isa anak Maryam yg suci dara,
Bertemu juga di situ saudara sepupu Isa, bernama Yahya, nabi yg telah dikurniakan ilmu pengetahuan sewaktu kecil dalam umurnya masuk tahun ketiga.
Di langit ketiga junjungan melihat Nabi Allah Yusuf yg cantik jelita,
Di langit ke4, junjungan melihat nabi Allah Idris yg ditinggikan kedudukannya tanda mulia,
Nabi Allah Harun yg dicintai oleh kalangan Bani Israil itu junjungan melihatnya di langit ke5,
Di langit ke6, junjungan bertemu dengan Kalimullah iaitu nabi Allah Musa.
Di langit ke7, junjunganbertemu Nabi Ibrahim yg sentiasa dengan Allah, bersih hati & baik sangka,
Ia diselamatkan Allah dari angakara Raja Namrud dengan menyejukkan untuknya kepanasan api & bara,
Selepas itu, junjungan di angkat ke Sidratul Mutaha hingga dapat mendengar suara kalam yg menulis qada' qadar yg kepada makhluk bakal tiba,
Kemudian Baginda diangkatkan lagi hingga ke makam Mukafahah - martabat paling damping terbuka hijab hingga barang apa yg dipohonkan oleh junjungan dikabulkan segala.
Allah mengangkatkan tabir-tabir yg menghalang Baginda daripada nampakkan Tuhan Yang Maha Esa,
Lalu nampaklah junjungan dengan dua biji mata Baginda akan Tuhannya dengan kebesaran & kemuliaan yg tiada bandingan & rupa,
Allah limpahkan di dalam hati junjungan perasaan manja kepadanya & dibenarkan meminta apa sahaja,
Allah mewajibkan ke atas junjungan & umatnya sembahyang sehari semalam 50 masa.
Kemudian dengan limpah kemurahan Allah, ia mengurangkan bilangan sembahyang itu dengan hanya sehari semalam 5 kali sahaja,
5 kali itu menyamai pahala sembahyang yg 50 ketentuan azali itu juga,
Selepas itu, pulanglah junjungan ke Makkah dengan peristiwa Isra'nya itu oleh Abu Bakar & orang-orang bijak sepertinya terus percaya,
Tetapi kaum Quraisy mendustakannya malah ada kalangan muslimin sendiri murtad dengan sebabnya oleh syaitan ia terpedaya.
Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata-kata ucapan selawat & selamat sejahtera.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment