Nuffnang Ads

Friday, March 5, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (16)

photography Pictures, Images and Photos

Kita adalah perantau di dunia. :)

Photobucket

Dalam perjalnan Rasulullah menuju Madinah, Baginda melalui kampung Qudad dan singgah di rumah Ummi Ma'bad, seorang perempuan dari suku Khuzai',
Baginda ingin membeli bahan2 makanan seperti daging & susu, rupa2 nya semua yg dihajatkan di situ tidak didapati,
Ada tidaknya Baginda terpandang dirumah itu seekor kambing sakit yg hendak makan pun tak larat lagi,
Maka junjungan minta izin untuk memerah susu dari kambing yg sakit itu, lalu diizin dengan kata2 manalah ada susu dari kambing yg sedang sakit begini.


Junjungan menggosok-gosok ambung susu kambing itu sambil berdoa ke hadrat Ilahi,
Tiba2 ambung kambing penuh susu diperahnya ramai dapat minum sepuas hati,
Junjungan memerah lagi, kali ini untuk disimpan dalam bajan membuktikan itu mukjizat yg kepadanya Allah kurniai,
Apabila balik suami Ummi Ma'bad & melihat ada susu ia tercengang hairan sekali.

Ia bertanya isterinya " dari mana dapat susu pada hal tiada kambing yg boleh diperah susunya di rumah kita ini",
Isterinya menerangkan bahawa ada datang ke rumah kita seorang lelaki begini2 bentuk badannya & berperibadi,
Berkata suaminya, inilan dia pemuda Quraisy, maka ia pun bersumpah dengan nama2 berhala yg ia ketahui,
Demi jika ia jumpa pemuda itu pasti ia mengikuti dia & beriman dengannya sepenuh-penuh hati.

Dalam perjalanan itu akhirnya junjungan sampai ke Madinah iaitu pada hari Isnin 12 Rabiulawal dalam mana negeri Madinah kelihatan berseri-seri,
Orang2 Madinah keluar beramai-ramai mengalu-ngalukan Baginda & Baginda berhenti di Quba' di sana Baginda membangunkan sebuah masjid iaitu masjid dalam Islam yg dibina pertama-tama sekali.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket



No comments:

Post a Comment