Gambar hanya sebagai hiasan :)
Orang pertama percayakan Baginda, teman Baginda yg sama bersembunyi di gua Thur bernama Abu bakar, iaitu pihak lelaki.
Pihak kanak2 Saidina Ali, pihak wanita Siti Khadijah yg meniup semangat supaya Baginda bertabah hati,
Bekas hamba ialah Zaid, hamba pula ialah Bilal yg pernah diseksa oleh tuannya Umaiyyah dengan seksaan yg dahsyat ngeri,
Sedang Bilal diseksa, Abu Bakar ada terlihat lalu ia membeli Bilal & memerdekakannya sekali.
Berikutnya ilah Uthman, Sa'ad, Sa'id, Abdul Rahman bin A'uf & Zubair anak ibu saudara nabi,
Mengekori mereka beberapa yg lain, natijah seruan Saidina Abu Bakar dengan cara yg lembut sekali,
Masa itu junjungan & sahabat menyeru & beribadah dengan bersembunyi,
Hinggalah turun ayat " Fasda' ", yg menyuruh berterang, barulah Baginda bertindak tidak bersembunyi lagi.
Masa itu kaum bangsa Baginda masih rapar hinggalah junjungan mencela sembahan berhala & mengajak mereka menyembah Ilahi,
Mereka pun bersikap menentang melakukan permusuhan tidak tabik kecuali,
Hebat benar derita ditanggung oleh pihak muslimin maka pada tahun kelima, mereka berpindah ke negeri Habsyi,
Junjungan tidak berpindah & Baginda di bibela oleh bapa saudara Baginta Abu Talib, yg orang2 Makkah memang segankan dia & menghormati.
Kepada junjungan Allah fardhukan sembahyang beberapa jam di malam hari,
Kemudian sembahyang itu dimansuhkan, lalu diturunkan ayat yg ertinya bacalah kamu seberapa yg mudah daripada ayat2 Quran & lakukan sembahyang sendiri,
Sembahyang yg baru itu ialah 2 rakaat sebelah petang & dua rakaat pula sebelah pagi,
Sembahyang ini pun kemudiannya dimansuhkan sebaik sahaja di malam Mi'raj perintah sembahyang fardhu yg 5 diberi.
Dipertengahan bulan Syawal, tahun ke 10, Abu Talib meninggal dunia menyebabkan kaum muslimin yg ada tertindas sekali lagi,
3 hari berikutnya kaum muslimin bertambah derita kerana Siti Khadijah pula dipanggil ke hadrat Ilahi,
Kepada junjungan kaum Quraisy melakukan pelbagai angkara yg menyakiti,
Lalu junjungan pergi ke Thoif, menyeru kaum Thaqif beriman kepada Allah dengan harapan semoga seruan itu diterima, tetapi rupa2 nya tiada siapa di antara mereka yg ambil peduli.
Sebaliknya mereka bersorak mengejek melalui si bodoh & hamba sahaya s=dengan cerca & maki,
Bercampur pula dengan lempar melempar batu hingga berlumuran darah, kasut2 junjungan yg ada di kaki,
Akhirnya, pulanglah junjungan ke Makkah hampa, lalu Baginda didatangi malaikat yg menjaga gunung-ganang, mohon izin menghancurkan kaum itu semua sekali,
Junjungan berkata " Jangan ", saya mengharapkan keturunan mereka akan beriman & berbudi.
Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.
p/s : Cuba kita bayangkan, kalau kita kat tempat Nabi Muhammad. Mesti dah suruh malaikat hancurkan kaum tu kan. Subhanallah, kita harus mencontohi sifat peribadi Rasulullah yg penyabar, penyayang & banyak lagi. :)
Wassalam~
No comments:
Post a Comment