Nuffnang Ads

Tuesday, March 9, 2010

Berita Terkini!

Alhamdulillah Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum

Kota Kinabalu : Hari ini, Selasa bersamaan 9.3.2010, seorang calon ujian JPJ motorsikal telah lulus menjalani ujian tersebut. Rasa bersyukur menyelinap dirinya. " Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah. Semua ini atas pertolonganNya juga. Saya dah usaha, doa dan di sana saya hanya bertawakal sahaja. Semuanya saya serahkan kepadaNya. Tapi, alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa saya." Kata seorang calon yang bernama Syaza ketika ditemu bual tadi.

" Saya nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada pembaca blog ini yang telah mendoakan Syaza," sambungnya lagi. Beberapa orang calon juga telah tewas dalam ujian tersebut. Rasa gentar di hati Syaza memang tidak terkata. Namun, ketenangan telah menyingkap ke dalam diri Syaza ketika menjalani ujian tersebut. Semua ini kuasa Allah dan doa kamu semua.

Doumo arigatou gozaimasu!

Itu sahaja laporan dari saya, Syaza wartawan blog MenCaRi CinTaNya. :)

Sekali lagi, kepoyoan Syaza terserlah. Harapan adikku, Khairah telah tercapai. Terima kasih semua! ;)

Cerita Diari Saksi Coretan bab 7 telah dipostkan. Harap korang enjoy membaca ek! :)

Wassalam~

Photobucket

2 comments: