Nuffnang Ads

Wednesday, February 24, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (3)

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Apakala Allah hendak melahirkan nur Muhammad ke malam nyata,
Bertubuh badan, bernyawa, berupa & bersifat dgn sifat2 kebatinan yg ada,
Dipindahkan ke dalam rahim ibunya Aminah keturunan mulia,
Dan ditentukan bahawa Aminah itulah ibu kpd Baginda.

Berita disampaikan ketujuh-tujuh apisan langit & bumi, bahawa Aminah mengandungkan nur Muhammad yg mulia,
Setiap yg merestukan kelahirannya, merasa nyaman seperti udara berhembusan di embun pagi menunggu datangnya Sang Suria,
Kamarau hilang & bumi subur semula laksana memakai kain sundus, menghijau rata,
Buah2 an menjadi ranum, menunggu petikan tuan yg empunya.


Mergastua kabilah Quraisy dlm hal ini berbahas arab fasih bercerita,
Singgahsana istana, patung2 berhala tersembam duka,
Timur & barat, ikan dilaut, binatang di darat sama gembira,
Alam seluruhnya ria, laksana peminum dapat meneguk minuman yg lazat cita.

Jin2 juga dapat berita gembira, di samping ahli2 nujum & paderi yg merasa kecewa,
Heboh sekalian yg mengetahui dari hal kelahiran junjungan bercerita,
Di suatu malam Aminag bermimpi, dikatakan " engkau wahai Aminah mengandungkan bakal penghulu alam semesta",
Namakan wahai Aminah, bayi itu, Muhammad, ertinya terpuji kerana dia akan terpuji & dipuji merata-rata.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

1 comment:

  1. ya allah sampaikan salam kepada Nabi Muhammad dan seluruh keluarganya !

    ReplyDelete