Nuffnang Ads

Sunday, February 28, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (9)

qua đường Pictures, Images and Photos

Comel kan. Cuba kita bayangkan yg kita jadi siput. Terlalu byk dugaan yg nak ditempuhi. Tapi, bila Allah baru uji kita sedikit, kita dah mengeluh. Kalau apa2 yg terjadi, kita kena balik padaNya, baru boleh selesai masalah. InsyaAllah. :)
Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Apakala junjungan berumur 4 tahun, ibunya membawa Baginda ke Madinah negeri junjungan,
Dalam perjalanan pulang di suatu tempat bernama Abwa' atau Syi'bil Hajun, ibunya kembali ke hadrat Tuhan,
Maka junjungan di bawa pulang ke Makkah, di bawah Ummu Aiman punya asuhan,
Di suatu masa, Ummu Aiman dikahwinkan oleh junjungan dengan Zaid bin Harithat seorang hamba yg Baginda bebaskan.

Ummu Aiman bawa junjungan kepada Abdul Mutalib, lalu ia memeluk cucundanya dengan penuh rasa kasih & cinta,
Abdul Mutalib berkata " cucuku ini " akan melahirkan peristiwa besar, beruntung benar bagi yg menyokongnya & membela,
Sejak kecil lagi junjungan tak pernah mengadu lapar & dahaga,
Yg kerap dilakukannya ialah ke telaga zam zam minum airnya itu sudah memada.

Delapan tahun umur junjungan, wafat pula Abdul Mutalib nenda Baginda,
Dipelihara pula akan junjungan oleh Abu Talib, ayahanda junjungan punya saudara,
Bersungguh-sungguh benar ia menjaga junjungan & memelihara,
Malahan kalah ia menjaga diri sendiri & anak2 nya juga.


Tatkala umur junjungan 12 tahun ke negeri Syam oleh Abu Talib junjungan dibwa,
Dikenali junjungan oleh paderi Nasrani Buhaira namanya, disebabkan ia tahu tanda2 yg ada pada Baginda,
Paderi itu berkata " Aku yakin budak ini " bakal jadi rasul pemimpin alam semesta,
tandanya kayu & batu hormat kepadanya - tidak berlaku ini hanya kepada nabi2 saja.

Kata paderi " kami " dapati sifat2 nya ada di dalam kitab2 suci Ilahi,
Lagipun ada meterai di belikatnya ' Khatamun Nubuwwah ' - sekelilingnya cahaya menyinari,
Paderi lalu menyuruh Abu Talib, bawa junjungan pulang sahaja ke Makkah, kerana bimbangkan angkara Yahudi,
Abu Talib pun pulang membawa junjungan samapi ke Busra saja, ke Syam tak jadi.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

No comments:

Post a Comment