Nuffnang Ads

Saturday, February 27, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (8)

Color Pictures, Images and Photos

Hidup ini penuh dengan warna-warni. Kadang-kala, suram & kadang2 cerah. ;)


Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Adalah kesuburan badan junjungan, satu hari, menyamai kanak2 lain sebulan, dgn pertolongan Tuhan,
Junjungan berdiri dalam umur 3 bulan, berjalan sendiri dalam umur 5 bulan, tegap serta fasih bercakap dalam umurnya 9 bulan,
2 malaikat datangi junjungan melakukan pembedahan dada lalu seketul darah hitam dikeluarkan,
Juga membuangkan dari dada yang mulia, habuan syaitan & dengan air salji dicucikan.

Sebaliknya malaikat bertugas itu memenuhkan dada junjungan dgn hikmah & iman,
Lepas itu, dicantumkan dada junjungan & dimeteraikan dgn 'Khatamun Nubuwwah', ertinya nabi kesudahan,
Kemudian ditimbang didapati 1000 ganda beratnya dr umatnya ahli kebaktian,
Memang sejak kecil lagi, junjungan bersifat dgn sifat2 manusia yg kesempurnaan.

Akhirnya Halimatus Sa'diyyah menyerahkan balik junjungan kpd ibunya, sekalipun, dilakukan dgn hati keberatan,
Halimah bimbang kalau2 sesuatu terjadi atau sesuatu menimpa atas diri junjungan,
Ia kunjungi Baginda selepas Baginda dengan Khadijah menempuh gerbang perkahwinan,
Kerap junjungan membukakan tangan ' pelbagai benda kpd Halimah ' dikurniakan.

Pernah Halimah mengadap junjungan dlm tahun kedalapan hijrah- tahun perang Hunain - Baginda bangun memberi kehormatan,
Malah junjungan sendiri, selendangnya untuk Halimah dihamparkan,
Halimah & suami, anak2 & cucu2 nya telah Islam sekalian,
Sebahagian besar ulama yg teguh pengetahuan memasukkan Halimah & suaminya dalam kumpulan sahabat junjungan.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

No comments:

Post a Comment