Nuffnang Ads

Saturday, February 27, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (7)

Photobucket


Gambar di atas hanya untuk tatapan bersama. :)

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Disusukan junjungan beberapa hari oleh bonda kemudian Thuwaibatul Aslamiyyah pula menyusukan,
Thuwaibah asalnya hamba kepunyaan Abu Lahab dimerdekakan kerana dia segera memberitahu kelahiran junjungan,
Dia menyusukan Baginda bersama anaknya Masruh & Abu Salamah yg menjadi buah hatinya tetapi kepada junjungan ada lebih kesayangan,
Thuwaibah juga dahulunya telah menyusukan bapa saudara Baginda bernama Hamzah yg dlm hal2 agama ada byk memberi sokongan.

Semasa junjungan di Madinah, kerap Baginda kpd Thuwaibah mengirim belanja & juga pakaian, Kiriman seperti itu, berlaku terus menerus hingga Thuwaibah kembali menhadap Tuhan,
Ada orang mengatakan Thuwaibah meninggal dunia belum beriman,
Yang lain mengatakan Thuwaibah meninggal sesudah beriman- pendapat2 ini dibawa oleh Ibnu Mandah yg tinggi pengetahuan.

Kemudian wanita muda Halimatus Sa'diyyah turut menyusukan junjungan,
Sebelum ini tiada sesiapa mahu mengupah menyusukan anak2 kerana ia susah kehidupan,
Tetapi selepas menyusukan junjungan hidupnya berubah menjadi mewah diluar dugaan,
Penuh ambung susu Halimah, saudara susuannya hisap yg kiri, manakala junjungan pula menghisap yg kanan.

Dari miskin derita taraf hidup Halimah jadi mewah & kaya,
Seekor unta belaannya jadi gemuk serta kambing2 nya juga,
Dengan itu, hapuslah daripadanya segala kesusahan & derita,
Keadaan Halimah seterusnya murah rezeki, hidup senang ria & gembira.

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

No comments:

Post a Comment