Ku katakan bahawa nur yang tersebut tadi ialah nur penghulu kita Nabi Muhammad, anak Abdullah anak Abdul Mutalib, yang juga bergelar 'Syaibatulhamdi',
Abdul Mutalib anak Hasyim yg juga bergelar Umar anak Abdul Manaf, yg juga 'mughirah' nama dikenali,
Abdul Manaf anak Qusai, yg juga bernama Mujammi', dinamakan Qusai yg bererti jauh itu, kerana Qusai pernah dibawa merantau jauh dr Mekah, iaitu Quda'ah namanya negeri,
Tetapi dgn kehendak Allah, ia balik semula & menjaga negeri asalnya Mekah negeri yg dihormati.
Qusai itu anak Kilab, yg juga b'nama Hakim, anak Murrah anak Ka'ab, anak Luai anak Ghalib, anak Fihir yg juga dipanggil Quraisy yg kemudian Quraisy itulah, gelaran tetap bg puak2 yg masyhur ini,
Puak Quraisy sebelum ini, dipanggil 'Kinani', begitulah kecenderungan pendapat, pakar2 penyelidik keturunan nabi,
Fihir itu anak Malik, anak Nudhar, anak Kinanah, anak Khuzaimah, anak Mudrikah, anak Ilyas, iaitu org pertama menyembelih korban tertentu di tanah suci,
Pernah t'dgr dari tulang sulbi Ilyas, junjungan berzikir & memuji Ilahi.
Ilyas ialah anak Mudhar anak Nizar, anak Ma'ad anak Adnan yg begitulah salasilah, menurut hadis yg samapi riwayatnya kpd junjungan sendiri,
Meneruskan rangkaian salasilah junjungan, hingga Nabi Allah Ibrahim, ada larangan Syari',
Bagaimanapun, rangkaian nama satu persatu hingga Adnan adlh benar2 tidak ragu2 lagi,
Dari Adnan hingga Nabi Allah Ismail, salasilah keturunan memang ada bertali.
Sila hormati rangkaian keturunan yg laksana permata intan baiduri,
Rangkaian di mana junjungan berada di tgh2 bulatan dukuh terpilih bermutu tinggi,
Suatu rangkaian keturunan yg kau kira tinggi berharga dgn segala hiasannya. Mengkalungkan dia oleh bintang jauza' diangkasa akan rakan2 bintangnya.
Alangkah cantiknya dukuh bertatah permata dgn keagunganNya.
Dikaulah permata tunggal yg tiada bandingannya.
Siala muliakan titisan keturunan yg suci dari perangi sumbang kelamin secara org bebal tak mengetahui,
Ini telah dinyatakan didalam kitab Maurid karangan Zainul I'raqi,
Memuliakan Muhammad, Allah pelihara,
Keturunan baginda, suci mulia,
Tidak tersentuh sumbang & cela,
Sejak Adam ke ayah bonda Baginda.
Pemimpin yg mulia berpindah-pindah dari keturunan, demi keturunan yg bergemilang cahaya,
Akhirnya tiba digarisan dahi nendanya, Abdul Mutalib & Abdullah bapa Baginda.
Harumkan Ya Allah, makam junjungan yg mulia,
Dgn kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment