Nuffnang Ads

Thursday, February 25, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (4)

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Genap dua bulan, nabi dlm kandungan ibu, menurut ulama empunya cerita,
Ayahanda Abdullah, wafat di Madinah negeri yg mulia,
Di masa e2 Abdullah menziarahi ke sana, di tempat bapa saudaranya, golongan Bani A'di, kabilah Najjar terbangsa,
Menginap di sana selama sebulan, sakitnya dirawat tak berjaya, lalu wafatlah ia.

Sempurna kandungan 9 bulan, menurut keterangan yg lebih kukuh sandaran kata,
Zaman gelap hampir benar menjadi cerah kemilang cuaca,
Di malam saat kelahiran, ibu Baginda, didatangi oleh Asiah & Maryam dlm suatu kumpulan bidadari syurga,
Sampai masanya, Aminah pun merasa sakit hendak bersalin maka lahirlah junjungan kemilangan cahaya.

Muka bercahaya laksana suria,
Menyinari malam gilang gemilang,
Malam keputeraan junjungan mulia,
Lahir agama yg benar terang,
Waktu itu Aminah ibu,
Anak Wahab keturunan bahagia,
Megah bangga sepenuh kalbu,
Mencapai kurnia tiada setara,
Aminah melahirkan seorang perdana,
Mengatasi Siti, Maryam yg dara,
Keputeraan anggapan si kafir durjana,
Bala menimpa menghancurkan mereka,
Bertalu suara bersorak ria,
Suara ghaib berbunyi nyata,
Muhammad lahir ke alam dunia,
Penghuni alam bersukacita.

Ada ulama berkata, elok benar berdiri ketika kisah junjungan dibaca,
Bertuah benar org2 yg bertujuan menghormati junjungan & juga memuliakan Baginda,

Harumkan Ya Allah makam junjungan yang mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

2 comments:

  1. dalam hal berdiri tu terdapat beberapa pendapat,
    kerana ada yang kata tak bagus kerana nabi itu juga manusia
    tetapi aku mengambil pendapat yang lain, harus berdiri kerana hormat :)
    kalau cikgu masuk kelas pun kita berdiri ini pula nabi :D

    sebenarnya dikatakan pada masa berdiri itu ruh nabi dan para solehin datang ke majlis tersebut. hanya Allah yang lebih mengetahui :)

    ReplyDelete